Fakta Keguguran Yang Anda Perlu Tahu

Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

Sebab keguguran

Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

Read More

Jenis-Jenis Penyakit Kulit

Folikutis

Folikutis disebabkan oleh serangan bakteria pada folikel rambut sehingga pustul terbentuk. Penyakit kulit ini biasanya berlaku pada lelaki terutama di bahagian kulit berjanggut atau folikel berjanggut. Gejala penyait ini biasanya terhad kepada rasa gatal dan pedih. Penghidap akan berasa pedih apabila rambut atau janggut dicabut.

Untuk merawat penyakit ini, minyak merkuri berammonia disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti. Ubat antibiotik juga boleh digunakan jika perlu.Sekiranya penyakit ini tidak dirawat, folikulitis akar menjadi kronik dan berlanjut untuk bertahun-tahun.

Ekzema

Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu penyakit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi kepada orang yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi yang berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan ekzema.Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak.

Oleh kerana kulit terasa gatal, maka pesakit akan menggaru kulit sehingga terdapat tanda cakaran. Akhirnya kulit merekah. Ekzema tidak boleh diubati. Rawatan cuma untuk melegakan rasa ketidakselesan pesakit bagi mencegah jangkitan sekunder.

Kudis Buta

Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau. Tungau betina menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka kepada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan , permukaan sebelah dalam lengan atas, peha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat.

Pesakit itu akan merasa sangat gatal dan kulit akan terluka akibat digaru. Patogen lain mungkin akan memasuki kulit melalui bahagian kulit yang terluka itu. Jika tidak dirawat, penyakit boleh berjangkit dan menjangkiti orang lain. Tungau berjangkit melalui sentuhan tubuh dengan orang yang mengidap kudis buta atau dari tempat tidur dan pakaian yang penuh dengan tungau.

Jerawat

Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja melibatkan muka, malah turut melibatkan bahagian leher, bahu, dada dan bahagian belakang atas badan.Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak akibat daripada ketidakseimbangan hormon.

Pembentukan jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersekat. Keadaan ini menggalakkan bakteria merebak.Bakteria menyebabkan bukaan kelenjar terdedah kepada kotoran. Ini seterusnya menyebabkan bukaan kelenjar menjadi kotor lalu membengkak. Akhirnya, ia akan pecah dan mengeluarkan nanah. Keadaan ini dipanggil pustul.

Jerawat tidak membawa maut. Ia lebih merupakan masalah kosmetik dan sosial. Penyakit boleh dielakkan dengan meningkatkan kebesihan diri. Kini terdapat ubat dalam pasaran yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Walau bagaimanpun, penggunaan ubat perlulah mengikut persepsi dan arahan doktor.

Sentiasa mencuci kulit dengan air dan sabun. Minum banyak air dan makan makanan yang kaya dengan vitamin B dan C. kurangkan pengambilan lemak.

Sembuhkan Segala Penyakit Kulit Anda Dengan Produk _____ Yang Terbukti Berkesan dan Mujarab.

>> Klik Disini Untuk Ketahui Produk ____ <<

Senggugut Tak Jejas Hamil

SAYA berusia 24 tahun dan akan berkahwin pada tahun ini. Saya mengalami masalah senggugut yang sangat teruk setiap bulan. Masalah ini dihadapi sejak saya haid pada usia 13 tahun. Setiap kali penyakit ini datang, saya akan mengambil pil penahan sakit. Apakah kesannya pada kesihatan saya? Adakah pengambilan ubat akan menyebabkan saya tidak boleh atau sukar mengandung?

EIYA

Sebelum saya menjawab soalan anda, benarkan saya jelaskan masalah senggugut. Pelbagai anggapan yang tidak benar mengenai senggugut wujud di kalangan masyarakat kita.

Read More

Kenali Penyakit Epilepsi

Memahami penyakit sawan dan epilepsi

Pergerakan aneh, pengsan dan sawan
Sawan atau tarik adalah rangsangan elektrik yang berlaku di dalam otak secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku atau aktiviti kanak-kanak tersebut. Ini dapat dilihat jika kanak-kanak:

  • Diam seketika
  • Tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran
  • Kaki dan tangan menjadi keras/kejang
  • Kaki dan tangan menyentak-nyentak
  • Tiba-tiba jatuh ke lantai

Ramai kanak-kanak yang boleh mengalami kejadian yang menyerupai sawan. Pergerakan aneh atau pengsan ini termasuklah :

Kenali Penyakit Asma Secara Terperinci

PENYAKIT asma atau lelah adalah immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.

Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar bersenam. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan, menyebabkan paru-paru berkurangan udara dan mengakibatkan pesakit boleh pengsan.

Penyakit ini boleh menyerang kanak-kanak mahupun orang dewasa. Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus dan biasanya ia tidak boleh diubati.

Read More