Senggugut Semasa Haid – Panduan Mengurangkan Kesakitannya

Haid atau menstruasi adalah keluarnya darah dari vagina kerana luruhnya lapisan dinding rahim yang banyak mengandungi pembuluh darah. Kebanyakan senggugut berlaku apabila lapisan dinding rahim ini runtuh. Ramai daripada kaum wanita merasa tidak selesa semasa tempoh ini, dan lebih separuh daripada mereka mengalami kesakitan untuk satu atau dua hari setiap bulan. Inilah punca nombor satu wanita tidak hadir ke sekolah dan tempat kerja mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan di Amerika Syarikat.

Senggugut yang kuat sehingga membataskan aktiviti yang biasa anda buat dikenali sebagai “dismenorea” atau nyeri haid.  Dalam kebanyakan kes, ia boleh dirawat. Antara gejala dismenorea termasuklah kejang dan sakit di bahagian bawah perut atau belakang, bahagian dalam paha rasa seolah ditarik-tarik, cirit-birit, muntah-muntah, sakit kepala dan pening.

Seseorang itu lebih kemungkinan mengalami sakit menstruasi jika mereka :

  • mempunyai darah haid yang banyak,
  • merokok,
  • minum alkohol,
  • mula baligh lebih awal (kurang daripada usia 11 tahun), atau
  • jika tempoh menstruasi mereka lebih daripada lima hari.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesakitan menstruasi adalah:

Read More