kanak kanak

Alahan Jerebu Pada Kanak-kanak

kanak kanak

Apabila dikaitkan dengan pencemaran udara dan jerebu, dua masalah kesihatan iaitu pernafasan dan alahan kulit memang sukar dielak.

Bagi orang dewasa yang mempunyai daya ketahanan badan atau imuniti lebih tinggi, sistem mekanisme badannya mungkin boleh menangkis penyakit bawaan jerebu itu. Namun tidak bagi kanak-kanak.

Sebab itu bukan sesuatu yang menghairankan jika klinik, hospital kerajaan dan swasta menerima banyak kes di kalangan kanak-kanak berkaitan dua masalah tersebut.

Pakar kanak-kanak dari Pusat Perubatan Taman Desa, Dr. Eric Lee Kim Hor berkata, memang banyak kes berkaitan masalah alahan dan pernafasan dilaporkan di kalangan kanak-kanak yang dimasukan ke wad kecemasan akibat pernafasan dan batuk setiap kali berlakunya jerebu.

Malah ketika negara dilanda jerebu paling teruk sekitar tahun 1997 dulu jumlah kes berkaitan alahan pernafasan dan kulit telah meningkat lebih kurang 20 peratus.

Ini kerana kedua-dua masalah tersebut amat sensitif dengan perubahan kualiti udara persekitaran mereka.

“Secara umum alahan sebenarnya satu subjek yang besar, umpama satu segi tiga yang ada dalamnya ialah asma, alergi rhinitis (sinus) dan ekzema.

“Penyebabnya adalah satu saja iaitu Ige sejenis imuniti yang ada dalam badan manusia.

“Biasanya bagi kes alahan, satu hingga tiga bayi yang baru dilahirkan akan mengalaminya. Ia mungkin akan lebih buruk kepada bayi yang tidak menyusu badan kerana sistem imuniti badan yang rendah,” jelasnya yang ditemui di kliniknya baru-baru ini.

Menurut Dr. Eric, ibu bapa perlu dari semasa ke semasa memantau keadaan anak mereka apatah lagi dalam keadaan udara yang tercemar seperti jerebu.

Anak-anak perlu dibawa berjumpa doktor untuk mengenal pasti sama ada mereka mempunyai penyakit asma atau ekzema dan resdung kerana tiga penyakit itu amat berkaitan.

“Jika dilihat, alahan yang berlaku pada kanak-kanak sebenarnya bersifat sementara. Memang banyak kes alahan di kalangan kanak-kanak yang pulih dalam masa dua hingga tiga bulan sahaja.

“Mungkin yang akan kekal ialah resdung sahaja. Dalam kes yang teruk mungkin alahan akan bertukar kepada lelah,” katanya.

Dr. Eric mengingatkan bahawa ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak, kerana lelah dan batuk adalah dua perkara yang berbeza.

“Salah satu cara untuk mengenal pasti sama ada anak lelah atau tidak ialah dengan mendengar pernafasan mereka iaitu pernafasan mereka berbunyi.

“Katakan jika sudah diberi ubat pun masih batuk, mungkin anak anda sudah dijangkiti virus. Biasanya apabila anak mencecah umur tiga tahun imunisasi mereka akan meningkat dan sekali gus mengurangkan risiko untuk terkena penyakit tersebut dengan lebih kerap lagi,” ujarnya.

Bagi masalah ekzema pula, kata Dr. Eric, alahan itu tidak boleh dipulihkan namun boleh dikawal.

Kawalannya pula bergantung kepada apa yang menjadi penyebab masalah tersebut.

“Jika rumah, maka kena pastikan semuanya bersih supaya anak tidak mendapat serangan kegatalan kulit yang kronik

“Memang ruam adalah satu perkara yang biasa, bintik-bintik merah di muka, namun bila bayi tidak menyusu badan, agak susah untuk sistem imunitinya sendiri bertindak, jadi ibu bapa perlu prihatin dengan memberikan susu yang sesuai yang bersifat hipo allergenic ataupun susu soya,” jelasnya.

Justeru, ibu dan bapa perlu sedar bahawa bayi baru lahir mempunyai sistem imunisasi yang rendah, jadi setiap kelainan pada bayi perlu diberi perhatian,” jelasnya.

Sumber: Utusan Online

“Selamat Tinggal Ahli Kelab Resdung & Jerawat. Kami Dah Jumpa Kelab BARU <klik>

Sinusitis

Rawat Resdung (Sinusitis) Cara Betul

Sinusitis
Sumber gambar: http://www.drbehrmann.com/New/gp.html

HIDUNG anda selalu tersumbat akibat selesema. Hingus anda berwarna kuning dan pekat. Anda juga sering batuk serta berasa penat dan pening.

Malah, pipi, sekitar mata, tulang atas gigi dan dahi sering berasa sakit seperti ada sesuatu di dalamnya yang menekan tengkorak anda.

Anda berasa anda diserang demam selesema lalu mengambil ubat selesema biasa tetapi ia masih tidak mengurangkan kesengsaraan anda.

Akhirnya anda mengheret kaki ke klinik setelah berdepan dengan pening yang teruk dan selepas diperiksa, doktor menyatakan anda menghidap sinusitis (resdung).

Sampai manakah tahap kesedaran anda? Adakah selepas pening teruk baru merujuk pada pakar atau masih membiarkannya kerana menganggap ia hanyalah masalah biasa berpunca daripada cuaca yang tidak menentu?

Ya, sinusitis bukanlah masalah yang membawa maut secara langsung tetapi ia memberi kesan kepada kehidupan seharian pesakit serta keyakinan diri.

Bayangkan, bagaimana anda mahu menjadi produktif atau bersemangat jika sering bersin tidak henti serta berasa pening yang teruk sehingga menjejaskan kehidupan anda.

Pakar Runding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mallina Sivarajasingam berkata, ramai pesakit yang merujuk kepada pakar selepas melalui saat-saat menyusahkan itu untuk tempoh lama.

“Selesema biasa akan reda dalam tempoh tiga hari hingga seminggu dan jika berterusan, berkemungkinan pesakit mempunyai masalah resdung (sinusitis).

“Ada sesetengah kes pesakit tidak dapat melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan perubahan altitud seperti menaiki kapal terbang dan menyelam skuba disebabkan sakit kepala vakum (vacuum headache) akibat daripada sinusitis.

“Malah, ada yang sampai ke tahap jangkitan pada sinus menyebabkan adanya polip (ketumbuhan) di dalam hidung, menyukarkan pesakit untuk bernafas.

“Lagi teruk jika kuman sinusitis merebak ke otak kerana lapisan tulang kepala tidak tebal.

“Sinusitis boleh dirawat sama ada melalui pengambilan ubat-ubatan terutamanya antibiotik bagi mematikan kuman atau ada kes perlu melakukan pembedahan sinus,” ujarnya.

Apa itu sinusitis

Terang Dr. Mallina, orang ramai sering salah faham dengan istilah sinus. Semua orang mempunyai sinus iaitu rongga-rongga di dalam tengkorak yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil dan masalah yang dihidapi dipanggil sinusitis.

Sinus terletak pada bahagian muka iaitu pipi di bawah mata, di antara dua mata, sedikit di belakang hidung serta turut meliputi bahagian dahi seseorang.

“Mari Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Encik Resdung & Cik Jerawat <klik>

“Ia berfungsi untuk meringankan tulang di samping memberi resonan pada vokal dan lendir yang dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa disalirkan ke dalam hidung.

“Jangkitan sinusitis atau resdung berlaku apabila salur yang pengaliran lendir secara semula-jadi itu tersumbat lalu membengkak serta bernanah di dalamnya,” ujar Dr. Mallina.

Terangnya, pesakit akan merasa simptom seakan-akan selesema biasa tetapi dalam tempoh lama disertai dengan pelbagai simptom lain terutamanya pening dan sakit pada tulang di wajah iaitu di sekitar mata, pipi, atas gigi dan dahi.

Sinusitis dibahagikan kepada dua jenis iaitu akut (berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik.

Punca Sinusitis (Resdung)

Pelbagai punca menyebabkan sinusitis. Punca yang paling kerap adalah selesema biasa berlanjutan yang tidak dirawat lalu menyebabkan jangkitan bakteria pada sinus.

Rinitis yang teruk, berulang dan tidak dirawat juga boleh menyebabkan sinusitis kerana alahan pada hidung akan mengganggu bahagian sinus.

Sinusitis turut boleh berlaku jika pesakit pernah mengalami kecederaan pada tulang hidung atau keretakan pada tengkorak.

Tulang rawan yang bengkok mungkin terkena pada bahagian sinus lalu menyebabkan jangkitan kuman.

Selain itu, apa saja yang mengganggu sistem penyaliran mukus dari sinus akan menyebabkan sinusitis.

Perubahan cuaca sejuk, alahan, masalah sistem imun seperti virus HIV dan pesakit kanser yang menjalani kimoterapi juga boleh menjadi penyebab sinusitis.

Rawatan Alternatif Resdung

Sinusitis yang lebih dikenali sebagai resdung dalam kalangan orang tempatan sering dikaitkan dengan ‘ulat’ yang memakan muka.

Pelbagai cara alternatif yang dijalankan bagi mematikan ‘ulat resdung ‘ ini. Antara yang paling terkenal teknik berasap iaitu asap daripada kertas herba yang dibakar akan disalurkan pada seluruh muka.

Menurut Dr. Mallina, tidak ada masalah jika pesakit mahu berusaha melalui cara alternatif asalkan ia tidak memudaratkan.

Tetapi tegasnya, tiada teknik berasap yang digunakan dalam perubatan hospital dan dia juga tidak pernah menemui ulat di dalam rongga sinus.

“Apa yang paling hampir dengan teknik berasap tersebut adalah ubat wap mentol yang mampu melancarkan pernafasan tetapi ia hanya melegakan untuk sementara.

“Tiada masalah meneruskan rawatan alternatif asalkan tidak memudaratkan kerana saya percaya ia juga sebagai langkah psikologi untuk pesakit.

“Namun, saya syorkan pesakit juga mencuba rawatan dengan doktor kerana ia terbukti dengan kajian yang dijalankan oleh pakar,” ujarnya.

Beliau turut menolak andaian yang jerawat berpunca daripada sinusitis (resdung) kerana jelasnya, jerawat merupakan jangkitan pada lapisan luar iaitu kulit manakala sinusitis berada di dalam.

Sumber: Utusan Online

“Mari Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Encik Resdung & Cik Jerawat <klik>