Aspirin – akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

Alkohol – meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

Litium – ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

Vitamin A – jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

Tetrasaiklin – sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

Ubat penahan sakit – boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

Rokok – ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

Hentikan kegiakan lasak – seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

Minuman tertentu – kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

Makanan – makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

One thought on “Apa Yang Harus Dielakkan Ketika Hamil?

  1. razwien

    Ambil pemakanan yang sihat sepeeti sayuran, buahan, dan ambil lah supplement yang terbaik untuk baby dan ibu…selain itu senaman ringan juga diperlukan untuk memudahkan proses kelahiran…JANGAN sesekali baut kje berat, luar dari kemampuan seorg ibu yg hamil..berhati2 ketika berada di toilet..pasti kan langkah keselamatan di rumah dan diluar rumah dititikberat kan…salam perkenalan, mari la jengah ke page kami pula https://www.facebook.com/pages/Drazwin-healthy-beauty/580234235365326?ref=hl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *