sakit perut

Kanser Usus Punca Sembelit Kronik?

kanser usus
Klik gambar untuk imej lebih jelas

ADAKAH anda kerap menghadapi masalah sembelit sehingga ke tahap yang serius? Tahukah anda kanser usus merupakan salah satu faktor punca berlakunya masalah sembelit kronik?

Kanser usus merupakan kanser ketiga tertinggi di Malaysia dan statistik daripada Kementerian Kesihatan turut mencatatkan 90 peratus daripada pesakit kanser ini adalah mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Namun, kanser ini turut menyerang golongan muda atas faktor pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam dan merokok.

Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Seenivasagam Theruvenkidan, kanser usus sukar dikesan di peringkat awal kerana kebanyakan pesakit hanya akan mengetahuinya setelah menunjukkan petanda apabila penyakit ini berada di peringkat serius.

“Antara tanda kanser usus sudah kronik ialah apabila pesakit mengalami masalah membuang air besar akibat daripada pembentukan sel kanser di dalam usus besar yang menghalang laluan najis,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Tambah Dr. Seenivasagam, sembelit yang kronik merupakan salah satu simptom kepada masalah kanser usus atau kolon apabila sel kanser yang semakin membesar menyebabkan bukan sahaja najis tidak dapat melalui usus dengan sempurna malah terdapat juga masalah lain seperti tidak dapat mengeluarkan angin daripada badan.

Beliau berkata, kesedaran mengenai kanser usus masih lagi kurang dalam kalangan masyarakat di negara ini kerana ramai pesakit datang berjumpa doktor hanya ketika kanser telah berada di peringkat ketiga dan keempat iaitu peringkat yang serius di mana sel kanser telah merebak ke bahagian usus dan organ badan yang lain.

“Beberapa simptom yang boleh mengesan kanser usus antaranya adalah najis yang bercampur darah, sembelit kronik diselang-seli dengan najis yang berair dan beberapa simptom lain,” katanya.

Namun kebanyakan pesakit gagal mengesan kanser ini di peringkat awal dan menurut Dr. Seenivasagam beberapa ujian akan dijalankan untuk mendiagnos penyakit ini.

Antara ujian yang akan dilakukan ialah kolonoskopi yang mana tiub akan dimasukkan ke dalam badan untuk melihat keadaan di dalam kolon.

“Jika terdapat ketumbuhan biasa, ia akan dibuang dengan menggunakan peralatan tersebut dan jika kanser usus dikesan, pembedahan akan dijalankan bagi membuang usus yang dijangkiti sel kanser,” katanya.

Setelah pembedahan dilakukan sistem pencernaan akan kembali berfungsi dengan baik dan masalah sembelit akan hilang.

Sumber: Utusan Malaysia

kanser payudara

Apa Yang Wanita Wajib Tahu Mengenai Kanser Payudara?

Apabila menyebut kanser payudara ia tidak terlepas dari pandangan setiap wanita. Manakan tidak kanser payudara adalah pembunuh no. 2 di dunia pada ketika ini.

Kanser payudara juga tidak mengenal usia, muda atau tua masing-masing berisiko untuk ‘diserang’ olehnya.

Jadi amatlah penting untuk setiap wanita khususnya memeriksa dan meneliti setiap tanda-tanda kanser payudara. Oleh itu disenaraikan disini beberapa tanda umum kanser payudara.

Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:

1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d’orange) yang berlubang kecil.

Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat.

cara kesan payudara

Kaum wanita boleh melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP)

Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Jagalah kesihatan diri anda dengan sebaik-baiknya. Amalkan pemakanan yang seimbang dan jangan sebarangan makan. Kanser payudara tidak mengenal siapa anda. Bersama-samalah kita mencegah kanser dari menyerang diri kita dengan mengambil makanan kesihatan yang mempunyai fungsi menguatkan sistem imuniti badan.

Satu daripadanya ialah Evening Primrose Oil (EPO).

epo softgel
Amalan Evening Primrose Oil Setiap Hari Dapat Mencegah dan Mengurangkan Risiko Kita Terkena Kanser Payudara. Mulakannya Hari Ini!

>> Klik Disini Untuk Tempahan Evening Primrose Oil Softgel <<