aizat

5 Tabiat Yang Menyebabkan Masalah Gemuk

5 TABIAT YANG MENYEBABKAN MASALAH GEMUK!

(1) Makan makanan rendah/bebas lemak

Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan pemakanan yang betul dari pakar.

(2) Tidur terlalu sedikit/banyak

Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.

(3) Minuman bergas

Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.

(4) Elak waktu makan

Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan merangsang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.

(5) Makan terlalu cepat

Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebihan. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.

–> http://kesihatan.info/go/kuruspantas <– Sebuah Komuniti Page untuk berkongsi tips dan panduan macam mana cara nak kurus dan sihat tanpa perlu makan sebarang pil kurus

berat badan berlebihan

Talian Bantuan Untuk Tangani Masalah Berat Badan

Tidak kira sama ada seorang warga emas atau remaja apabila berhadapan dengan isu berat badan, semua akan menerima kesannya.

Ini ditunjukkan oleh maklum balas menerusi talian bantuan untuk pengurusan berat badan yang baru dilancarkan yang melihat pemanggil berusia di bawah 21 tahun sehingga mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

Menurut pusat panggilan bantuan itu, lebih separuh daripada pemanggil adalah di bawah 21 tahun dan sekurang-kurangnya 10 orang adalah berusia lebih 60 tahun.

Setakat Jumaat lalu, kira-kira 50 peratus daripada 140 panggilan ke pusat itu merupakan mereka yang mengalami obes manakala 30 peratus lagi mempunyai berat badan berlebihan dan selebihnya dalam berat badan yang normal.

Talian itu diwujudkan oleh Persatuan Farmaseutikal Malaysia bagi membantu menangani peningkatan yang membimbangkan di kalangan bilangan rakyat Malaysia yang obes.

“Kami memantau secara rapi setiap perkembangan program. Kami harap kami dapat melihat sebaik mungkin bagi memberikan perubahan terhadap kelaziman obesity di negara ini,” kata Presidennya, Datuk Nancy Ho.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan pada Disember tahun lalu, kira-kira 15 peratus rakyat Malaysia adalah obes, meningkat 1 peraus sejak 2006 dan hampir separuh daripada orang dewasa rakyat Malaysia mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes.

Ho berkata, program itu memberi bantuan dan kaunseling kepada orang ramai yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obes, dengan kombinasi diet, nutrisi, perubahan gaya hidup dan bantuan perubatan sekiranya perlu.

“Kami mempunyai kumpulan yang terdiri daripada ahli farmasi, ahli nutrisi dan pakar diet yang akan membimbing peserta melalui proses secara menyeluruh,” kata beliau, sambil menambah proses itu mengambil masa selama empat bulan.

Beliau berkata, talian itu merupakan pilihan kepada mereka yang mahu untuk tampil ke hadapan bagi mendapat bantuan berhubung isu berat badan.

Talian adalah bebas tol di 1-300-800-373 dan dibuka dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang, dari Isnin sehingga Jumaat.