hidung resdung

Resdung Tiada Kaitan ‘Ulat’

hidung resdung

Dalam satu bilik kecil, seorang pengamal perubatan tradisional mengasapkan wajah seorang pesakit kononnya bagi mengubati pesakit resdung..

“Sekejap lagi kamu akan lihat ulat kecil keluar daripada muka kamu dan itulah ulat yang menyebabkan kamu menghadapi resdung,” demikian kata bomoh berkenaan bagi meyakinkan pesakit.

Bagaimanapun, beberapa ketika kemudian, kenyataan bomoh berkenaan benar-benar terjadi. Dari muka pesakit, kelihatan timbul ulat kecil menyerupai hampas kelapa yang dikatakan punca penyakit resdung.

Resdung mungkin menjadi antara penyakit yang popular di negara ini lantaran kaedah rawatannya tidak saja tertumpu di hospital atau pusat perubatan tetapi turut memenuhi kaki lima dan pasar.

Ramai mendakwa mampu mengubati penyakit itu malah menggunakan pelbagai kaedah rawatan yang menghasilkan pelbagai `punca’ penyakit itu daripada lendir sehinggalah ulat seumpama hampas kelapa yang keluar daripada pipi pesakit. Tidak ketinggalan juga laporan mengatakan bahawa kaedah digunakan hanyalah penipuan.

Mendengar penerangan Perunding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Darul Ehsan (Demc), Dr Abd Razak Rahman Hamzah, mungkin menyebabkan pesakit lebih berhati-hati dan memikirkan kembali kesahihan kaedah rawatan yang digunakan. Tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut `sinusitis’ dalam istilah perubatan malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat.

Sinusitis

Beliau berkata, ini disebabkan sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit.

Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.

Apabila membran mukos mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.

Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.

Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.

Sehubungan itu, seseorang yang menghidapi selesema tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera.

Rawatan awal iaitu kurang empat minggu, mungkin boleh diubati menggunakan ubat dan antibiotik tetapi jika kronik atau berlarutan melebihi lapan minggu, ia memerlukan pembedahan.

Mengesan Resdung

Untuk mengesan penyakit resdung, kaedah endoskopi digunakan iaitu tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala penyakit itu.

Jika mukos di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi memperbetulkan semula tulang yang bengkok serta membuang ketumbuhan.

80 peratus daripada penghidap asma berpotensi menghidap sinusitis dan bagi penghidap penyakit itu, walaupun sudah pulih sama ada menerusi pengambilan antibiotik atau pembedahan, mereka masih berisiko untuk mendapat kembali jangkitan pada masa akan datang, bergantung kepada tahap imunisasi badan masing-masing.

Sinusitis tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Bagaimanapun, masalah alahan atau asma boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

Fakta

Simptom sinusitis

  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
  • Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
  • Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
  • Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
  • Pening kepala.
  • Hidung tersumbat.
  • Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan.
  • Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
  • Kurang deria rasa atau bau.
  • Kelesuan.

Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/486-resdung-tiada-kaitan-ulat.html

Sumber gambar: http://www.scott-eaton.com/portraiture-for-artists-workshop

sakit lutut

Cara Kurangkan Sakit Lutut

sakit lutut
Gambar dari http://crepitustreatment.com/crepitus-knee-what-to-do/

Sakit lutut biasanya berlaku di kalangan warga tua namun ada juga berlaku di kalangan orang yang aktif bersukan yang mengalami kecederaan akibat jatuh atau pelanggaran. Masalah ini harus mendapat rawatan khusus yang segera sebelum ia melarat menjadi lebih parah. Adakah kita tahu apa yang perlu dilakukan apabila menghadapi masalah sakit lutut ini di peringkat awal. Mari kami kongsikan bersama anda beberapa info penting bagi mengurangkan sakit lutut.

Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan sakit lutut yang berpunca daripada kecederaan mahupun masalah osteoartritis yang dialami sejak bertahun lalu.

Berikut beberapa langkah mudah untuk membantu lutut dalam keadaan baik.

+ Jangan terlalu banyak rehat. Banyak berehat akan membuatkan otot lebih lemah, sekali gus memburukkan keadaan sendi yang kesakitan. Cari program senaman yang selamat dan sesuai untuk sakit lutut.

Jika tidak pasti dengan teknik senaman itu, berbincang dengan doktor atau pakar terapi fizikal.

Elakkan risiko jatuh. Lutut yang sakit akan membuatkan diri tidak stabil lalu boleh menyebabkan terjatuh.

+ Elakkan terjatuh dengan berjalan di kawasan terang dan berpermukaan rata. Pegang pada penghadang ketika naik atau turun tangga walaupun rasa diri mampu melakukannya tanpa bantuan.

Sentiasa gunakan tangga atau bangku teguh jika perlu mendapatkan sesuatu dari kawasan tinggi.

+ Amalkan ‘RICE’ (Rest, Ice, Compression dan Elevation). Ia baik untuk mengurangkan kesan kecederaan ringan pada lutut atau keradangan akibat artritis. Rehatkan lutut apabila perlu. Letakkan ais untuk mengurangkan bengkak, pakai pembalut mampat dan rehatkan lutut pada paras lebih tinggi daripada pinggang.

+ Jangan pandang remeh pada berat badan. Jika mengalami peningkatan berat badan, segera menurunkannya menerusi senaman dan pengambilan makanan seimbang. Ini akan membantu mengurangkan tekanan pada lutut. Tidak perlu sehingga mencapai berat badan ideal. Cukup sekadar untuk tubuh yang lebih sihat.

+ Jangan malu menggunakan tongkat ketika berjalan. Berjalan dengan tongkat membantu mengurangkan tekanan pada lutut.

+ Pertimbangkan rawatan akupunktur. Teknik perawatan tradisional Cina ini membabitkan tusukan jarum halus pada beberapa titik tumpuan tubuh yang dikenal pasti membantu mengurangkan pelbagai jenis kesakitan.

+ Jangan membiarkan kasut memburukkan keadaan. Memakai kasut yang mempunyai lapisan kusyen tambahan dapat membantu mengurangkan tekanan pada lutut. Untuk pesakit osteoartritis lutut, doktor biasanya mengesyorkan lapik dalaman khas yang boleh didapati di kedai kasut khusus.

Jangan tambahkan kesakitan pada lutut. Senaman impak tinggi hanya memudaratkan kesakitan itu. Elakkan senaman seperti berlari, melompat dan kickboxing. Selain itu, elakkan senaman seperti ‘lunges’ dan mencangkung (squat) kerana ia memberikan tekanan berlebihan pada lutut.

+ Dapatkan nasihat pakar perubatan dengan segera. Jika sakit lutut baru dirasai, sebaiknya jumpa doktor. Rawatan awal akan membantu mengelakkan mudarat pada masa depan.

.

.

Ingin cuba rawatan alternatif teknologi baru merawat sakit lutut? Klik Disini untuk info lanjut.

.

.

11072178_636120423198186_7318591680020806877_n

Sakit Lutut Boleh Sembuh Tanpa Suntikan & Pembedahan

11072178_636120423198186_7318591680020806877_n

“Mak sakit lutut ni, dah 2,3 hari dah” aku bimbang mendengar keluhan mak begini.

“Cuba abang cari ubat sakit lutut untuk mak. Mana tau ada yang boleh sembuhkan sakit lutut mak ni” mak meminta aku carikan penawar sakit lutut.

Aku nekad aku mesti cari ubatnya.
Tapi bagaimana ya..hmm.

Aha.. benda paling cepat untuk dapat info pastinya Pakcik Google..

Lantas ku buka Google dan taip “ubat sakit lutut“.

Wow.. ada rupanya penawar. Banyak rupanya..

Aku google juga keyword punca sakit lutut.

Ini hasilnya…

.

Ada 8 Punca Sakit Lutut Yang Biasa Berlaku

1. Serpihan tulang (bone chips) – semasa berlaku kemalangan disebabkan terjatuh atau terkena impak kuat daripada pelanggaran, stuktur tulang boleh pecah dan berkecai. Serpihan ini boleh terperangkap diantara ruang sendi dan menyebabkan rasasakit dan bengkak.

2. Bursitis – bengkak yang berlaku pada selaput yang mengandungi lendir pelincir sendi. Rasa sakit ini berlaku disebabkan kesan yang dialami oleh lutut daripada terjatuh, terlalu kerap digunakan.

3. Iliotibial band syndrome – iliotibial adalah sekeping tisu kukuh yang terdapat dari pinggul anda ke betis. Jika ia terlalu letih disebabkan terlebihdigunakan atau masalah-masalah lain, ia boleh menjadi bengkak dan menyebabkan sakit di sebelah luar lutut.

4. Medial plica syndrome – Plica adalah lipatan tisu pada sendi lutut. Apabila ia terlalu kerap digunakan, ia boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak.

5. Osgood / Schlatter Disease – ia adalah benjolan yang sangat sakit tumbuh dibawah lutut, dimana tendon menghubungkan kepala lutut kepada tulang betis/kering. Rasa sakit sering pergi dan kembali mengikut masa. Iaa biasanya berlaku kepada remaja lelaki dan perempuan yang berusia antara 13 dan 14 tahun.

6. Osteoarthritis – sakit lutut yang biasa berlaku kepada mereka yang berusia 50 tahun keatas

7. Kepala lutut beralih kedudukan – ia berlaku apabila kepada lutut beralih sedikit daripadakedudukan asal, ia menyebabkan rasa sakit dan bengkak.

8. Tendonitits – sakit pada bahagian tendon. Tendon adalah pengikat yang kuat anatara tulang dan otot. Aktiviti fizikal yang berlebihan boleh mneyebabkan tendon mengalami radang dan bengkak.

Jika semua punca sakit lutut diatas tidak dirawat, kesakitan yang sama mungkin boleh berlaku berulang-ulang mengikut masa.

.

.

Oh bahayanya jika tak dirawat segera.

Aku tertarik dengan satu produk ini..

Katanya produk ini boleh merawat :

Sengal Sendi – Mana-mana anggota badan yang lenguh, kebas dan terasa sengal di mana-mana sendi dapat diselesaikan dengan PRO kas.

Tulang – Pergerakan yang terbatas disebabkan masalah dalaman yang berkaitan dengan tulang dapat diselesaikan dengan PRO Kas.

Kesegaran – Berasa lemah dan tidak bermaya. PRO kas dapat membantunya selepas menggunakan.

Sakit Lutut – Tidak dapat berdiri lama, susah untuk berjalan, solat dan jalankan apa jua aktiviti harian. Mari ikhtiarkan dengan PRO Kas.

Produk dengan jenama Pro Kas ini berfungsi khas untuk merawat sakit lutut, sengal sendi, masalah tulang dan memulihkan kesegaran.

sakit lutut

Bagaimana Pro Kas Berfungsi Menghilangkan Sakit Lutut?

6 Bahan Pro Kas™ Untuk Penawar Sakit Lutut & Otot

ALOE VERA

Antioksidan, antibiotik yang bekerja sebagai stimulator pertumbuhan sel dan membaiki bekas luka, mengatasi bengkak sendi / sakit lutut dan sifat inhibitor nyeri.

SOYA

Mengandungi 50% protein bagi setiap 100g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur!

VITAMIN & MINERAL

Kaya vitamin dan mineral seperti kalsium, sodium, besi, kalium, mangan, seng, asam folat, pelbagai jenis vitamin, asam amino.

DELIMA

Mengandungi vitamin c sebagai penurun risiko arthiritis dan ianya baik untuk tulang.

DMSO

Pembawa bahan-bahan Pro KAS masuk ke dalam anggota badan dengan menggunakan teknologi nano dengan membetulkan DNA tanpa perlu melakukan pembedahan.

MENTHOL

Mempunyai anestetik tempatan dan kualiti counterirritant, dan ia digunakan secara meluas untuk melegakan sakit otot.

 

.

.

Aku mesti dapatkan satu Pro Kas untuk ibu ku.

Takkan nak biarkan dia susah nak buat kerja sebab tak dapat berdiri lama, takkan nak biarkan dia solat duduk di rumah saja, takkan nak biarkan dia tak dapat berjemaah disurau.

Aku buka Facebook Pro Kas dan terus order. PAID!

brad-pitt-bicycle

Berbasikal Untuk Jantung Yang Sihat

brad-pitt-bicycle

Berbasikal untuk jantung yang sihat

Senaman adalah penting untuk kesihatan fizikal dan emosional kita. Selain daripada mampu menggembirakan kita melalui pelepasan hormon “endorphin”, ia juga membantu kita mengawal berat badan dan memastikan setiap sel tubuh berada dalam keadaan optimum.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh salah sebuah jurnal perubatan terkemuka dunia, The Lancet, mendedahkan bahawa satu pertiga daripada golongan dewasa di dunia tidak aktif secara fizikal, dan gaya hidup ini mengorbankan lebih kurang lima juta orang setiap tahun. Malaysia diletakkan pada tangga ke-10 bagi negara paling malas di dunia dengan kadar tidak aktif di kalangan dewasa pada 61.4%.

Ramai yang mengetahui bahawa berbasikal merupakan antara cara terbaik untuk kekal sihat dan cergas. Berbasikal merupakan senaman yang ideal bagi masyarakat di semua peringkat umur dan latar belakang. Tidak seperti tanggapan umum, berbasikal bukan hanya tertumpu pada bahagian kaki.

Berbasikal merupakan aktiviti kardio pernafasan yang menguatkan badan dan pada masa yang sama membolehkan pengamalnya bergembira dan bersosial. Berbasikal secara kerap membantu mengelakkan penyakit seperti barah, kencing manis, obesiti, artritis dan juga kemurungan. Berbasikal secara keseluruhannya dapat meningkatkan kadar kecergasan seseorang, namun kelebihan berbasikal bagi jantung adalah lebih besar.

Melancarkan aliran darah

Aliran darah yang lancar dapat meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi seseorang kerana pengumpulan toksin dalam badan dihalang. Berbasikal mampu mengerjakan jantung dan saluran darah dengan mengalirkan darah yang tinggi kandungan oksigen ke seluruh badan, sambil membakar lemak badan dan mengurangkan selulit. Ia juga mengalakkan jantung menjadi lebih efisien dan memperbaiki sistem pernafasan dan aliran darah dengan menguatkan otot jantung.

Mampu mengawal tekanan darah

Berbasikal meningkatkan kawalan tekanan darah sebanyak 10/8 mmHg bagi pesakit yang mengalami darah tinggi dan membantu merendahkan kadar tekanan darah sewaktu rehat bagi mengurangkan risiko kematian secara mengejut bagi mereka yang sihat (Journal of Cardiovascular Pharmacology, 1995).

Ia juga mengurangkan mendapan darah dan lemak badan pada arteri, serta meningkatkan kemampuan badan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit termasuklah kencing manis dan darah tinggi. Berbasikal secara kerap menjadikan kadar kematian bagi kedua-dua jantina bagi semua peringkat umur turun sebanyak 40% (Journal of Internal Medicine, 2000).

Mengurangkan paras kolesterol `jahat’

Berbasikal juga berfungsi sebagai pengawal tubuh yang baik. Ia memainkan peranan dalam mengurangkan kadar kolesterol jahat, LDL, sambil meningkatkan kadar kolesterol baik, HDL. Semakin tinggi nisbah HDL/LDL anda, lebih sihat badan anda kerana kolesterol lebih banyak dibuang berbanding dikumpulkan. Ini bermakna terdapat kurang kolesterol dalam badan yang akan diserap masuk ke dalam tisu dan arteri, lantas mengelakkan keadaan bergelar arteriosklerosis.

Berbasikal secara kerap mengurangkan sebanyak 50% risiko menghidap penyakit kardiovaskular seperti stroke, penyakit yang keempat paling banyak membunuh di Malaysia. (Helping Needy Stroke Victims, The Star Online, 2011).

Terdapat banyak tip latihan yang dapat anda amalkan untuk meningkatkan prestasi berbasikal.

Berikut merupakan beberapa cara mudah untuk menguatkan badan dan mencergaskan diri semasa senaman:

Pemakanan yang seimbang – Amalan pemakanan yang baik merupakan langkah pertama untuk kekal cergas. Memakan makanan yang berkhasiat dengan sayur-sayuran hijau, buah-buahan serta hidangan yang terdiri daripada protein dan karbohidrat yang lambat dihadamkan dapat membantu badan anda mendapatkan nutrien yang diperlukan, menggantikan tisu yang terpakai serta menghasilkan tenaga.

Menghidratkan tubuh – Penyahhidratan mengehadkan prestasi anda dalam acara kompetitif dan boleh mengakibatkan kekejangan otot serta masalah lain. Malah, kekurangan air dalam badan walaupun pada kadar yang sedikit boleh merendahkan metabolisme dan mengurangkan kemampuan anda untuk bersenam secara efisien. Amalkan pengambilan air pada selingan masa yang tetap sepanjang 2-4 jam selepas anda berbasikal bagi menghidratkan tubuh anda semula.

Kekal fleksibel – Aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan yang dijalankan dengan cara yang betul merupakan faktor penting bagi mengelakkan kecederaan. Pemanasan badan membantu anda untuk bersedia secara mental dan fizikal bagi aspek-aspek sukan yang lebih mencabar, manakala penyejukan badan membantu badan anda untuk kembali ke mod rehat secara perlahan-lahan.

Mendapatkan tidur yang cukup – Kebaikan tidur memberi kesan kepada hampir semua aspek kehidupan seharian kita. Badan anda menghasilkan molekul protein dengan lebih banyak ketika anda tidur, dan ini menjadikan anda lebih kuat melawan jangkitan serta membantu anda untuk kekal sihat.

Sinusitis

Rawat Resdung (Sinusitis) Cara Betul

Sinusitis
Sumber gambar: http://www.drbehrmann.com/New/gp.html

HIDUNG anda selalu tersumbat akibat selesema. Hingus anda berwarna kuning dan pekat. Anda juga sering batuk serta berasa penat dan pening.

Malah, pipi, sekitar mata, tulang atas gigi dan dahi sering berasa sakit seperti ada sesuatu di dalamnya yang menekan tengkorak anda.

Anda berasa anda diserang demam selesema lalu mengambil ubat selesema biasa tetapi ia masih tidak mengurangkan kesengsaraan anda.

Akhirnya anda mengheret kaki ke klinik setelah berdepan dengan pening yang teruk dan selepas diperiksa, doktor menyatakan anda menghidap sinusitis (resdung).

Sampai manakah tahap kesedaran anda? Adakah selepas pening teruk baru merujuk pada pakar atau masih membiarkannya kerana menganggap ia hanyalah masalah biasa berpunca daripada cuaca yang tidak menentu?

Ya, sinusitis bukanlah masalah yang membawa maut secara langsung tetapi ia memberi kesan kepada kehidupan seharian pesakit serta keyakinan diri.

Bayangkan, bagaimana anda mahu menjadi produktif atau bersemangat jika sering bersin tidak henti serta berasa pening yang teruk sehingga menjejaskan kehidupan anda.

Pakar Runding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mallina Sivarajasingam berkata, ramai pesakit yang merujuk kepada pakar selepas melalui saat-saat menyusahkan itu untuk tempoh lama.

“Selesema biasa akan reda dalam tempoh tiga hari hingga seminggu dan jika berterusan, berkemungkinan pesakit mempunyai masalah resdung (sinusitis).

“Ada sesetengah kes pesakit tidak dapat melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan perubahan altitud seperti menaiki kapal terbang dan menyelam skuba disebabkan sakit kepala vakum (vacuum headache) akibat daripada sinusitis.

“Malah, ada yang sampai ke tahap jangkitan pada sinus menyebabkan adanya polip (ketumbuhan) di dalam hidung, menyukarkan pesakit untuk bernafas.

“Lagi teruk jika kuman sinusitis merebak ke otak kerana lapisan tulang kepala tidak tebal.

“Sinusitis boleh dirawat sama ada melalui pengambilan ubat-ubatan terutamanya antibiotik bagi mematikan kuman atau ada kes perlu melakukan pembedahan sinus,” ujarnya.

Apa itu sinusitis

Terang Dr. Mallina, orang ramai sering salah faham dengan istilah sinus. Semua orang mempunyai sinus iaitu rongga-rongga di dalam tengkorak yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil dan masalah yang dihidapi dipanggil sinusitis.

Sinus terletak pada bahagian muka iaitu pipi di bawah mata, di antara dua mata, sedikit di belakang hidung serta turut meliputi bahagian dahi seseorang.

“Mari Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Encik Resdung & Cik Jerawat <klik>

“Ia berfungsi untuk meringankan tulang di samping memberi resonan pada vokal dan lendir yang dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa disalirkan ke dalam hidung.

“Jangkitan sinusitis atau resdung berlaku apabila salur yang pengaliran lendir secara semula-jadi itu tersumbat lalu membengkak serta bernanah di dalamnya,” ujar Dr. Mallina.

Terangnya, pesakit akan merasa simptom seakan-akan selesema biasa tetapi dalam tempoh lama disertai dengan pelbagai simptom lain terutamanya pening dan sakit pada tulang di wajah iaitu di sekitar mata, pipi, atas gigi dan dahi.

Sinusitis dibahagikan kepada dua jenis iaitu akut (berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik.

Punca Sinusitis (Resdung)

Pelbagai punca menyebabkan sinusitis. Punca yang paling kerap adalah selesema biasa berlanjutan yang tidak dirawat lalu menyebabkan jangkitan bakteria pada sinus.

Rinitis yang teruk, berulang dan tidak dirawat juga boleh menyebabkan sinusitis kerana alahan pada hidung akan mengganggu bahagian sinus.

Sinusitis turut boleh berlaku jika pesakit pernah mengalami kecederaan pada tulang hidung atau keretakan pada tengkorak.

Tulang rawan yang bengkok mungkin terkena pada bahagian sinus lalu menyebabkan jangkitan kuman.

Selain itu, apa saja yang mengganggu sistem penyaliran mukus dari sinus akan menyebabkan sinusitis.

Perubahan cuaca sejuk, alahan, masalah sistem imun seperti virus HIV dan pesakit kanser yang menjalani kimoterapi juga boleh menjadi penyebab sinusitis.

Rawatan Alternatif Resdung

Sinusitis yang lebih dikenali sebagai resdung dalam kalangan orang tempatan sering dikaitkan dengan ‘ulat’ yang memakan muka.

Pelbagai cara alternatif yang dijalankan bagi mematikan ‘ulat resdung ‘ ini. Antara yang paling terkenal teknik berasap iaitu asap daripada kertas herba yang dibakar akan disalurkan pada seluruh muka.

Menurut Dr. Mallina, tidak ada masalah jika pesakit mahu berusaha melalui cara alternatif asalkan ia tidak memudaratkan.

Tetapi tegasnya, tiada teknik berasap yang digunakan dalam perubatan hospital dan dia juga tidak pernah menemui ulat di dalam rongga sinus.

“Apa yang paling hampir dengan teknik berasap tersebut adalah ubat wap mentol yang mampu melancarkan pernafasan tetapi ia hanya melegakan untuk sementara.

“Tiada masalah meneruskan rawatan alternatif asalkan tidak memudaratkan kerana saya percaya ia juga sebagai langkah psikologi untuk pesakit.

“Namun, saya syorkan pesakit juga mencuba rawatan dengan doktor kerana ia terbukti dengan kajian yang dijalankan oleh pakar,” ujarnya.

Beliau turut menolak andaian yang jerawat berpunca daripada sinusitis (resdung) kerana jelasnya, jerawat merupakan jangkitan pada lapisan luar iaitu kulit manakala sinusitis berada di dalam.

Sumber: Utusan Online

“Mari Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Encik Resdung & Cik Jerawat <klik>