resdung

Resdung – Risiko Jangkitan Otak

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.

Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

“Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

“Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,” kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Read More

gout

Punca Penyakit Gout

BERPANTANG makan, itu nasihat yang sering diberi kepada pesakit gout. Udang, sotong, ketam dan semua jenis makanan laut serta sesetengah `sayur sejuk’ menjadi makanan larangan.

Namun, tidak dapat menahan selera, ramai juga yang terpaksa ingkar, walaupun tahu risiko bakal menunggu. Pemakanan tidak sihat dan seimbang boleh memburukkan keadaan pesakit gout.

Tergolong dalam kumpulan arthritis, gout sebenarnya penyakit metabolik yang menyebabkan asid urik berkumpul pada sendi, terutama pada kaki, dan menyebabkan rasa sakit.

Gout adalah bengkak sendi yang bermula pada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan; menyebabkan penghidapnya berasa sangat sakit hingga ada yang tidak boleh berjalan.

Read More

berak berdarah

Buang Air Besar Berdarah

Penyakit buasir memang begitu kerap berlaku di kalangan masyarakat moden yang stres. Umum sudah amat mengetahui tanda utama buasir iaitu pendarahan di dalam najis dari rektum. Sebenarnya permasalahan ini adalah lebih penting dari persoalan tentang buasir itu sendiri kerana terdapat bermacam-macam penyebab atau penyakit lain selain buasir yang juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam najis.

Rektum adalah sebahagian daripada usus besar yang terletak di atas lubang dubur (anus). Ia digunakan oleh usus untuk menyimpan najis sebelum sampai masa yang sesuai untuk dibuang. Pendarahan di dalam najis berlaku apabila sel-sel darah merah normal yang terletak di dalam saluran dan pembuluh darah, telah keluar dari dinding-dinding usus dan mengalir serta bertakung di dalam rongga-rongga usus. Darah yang berwarna merah cerah menandakan pendarahan itu berlaku dari bahagian pembuluh darah arteri dan terletak di bahagian yang sangat hampir dengan lubang dubur seperti usus sigmoid ataupun rektum.

Read More

Buasir ketika hamil

Jawapan disediakan oleh Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan & Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.

SOALAN:

SAYA sedang hamil anak ketiga dan setiap kali hamil, saya akan berdepan masalah buasir. Baru-baru ini, saya dapati daging yang mengelilingi saluran faraj seakan tersembul keluar.

Ia tidak sakit tetapi saya bimbang. Adakah ia disebabkan tekanan buasir dan bayi yang semakin membesar ? Adakah ia kekal atau akan kembali normal selepas bersalin?-Mahani

JAWAPAN:

Read More