Menyusukan Anak Angkat

Menyusukan Anak Angkat

Lumrah mengetahui setiap pasangan suami isteri yang telah berkahwin ingin mempunyai anak sendiri. Walau bagaimanapun, disebabkan beberapa faktor terutamanya cara hidup suami dan isteri dan persekitaran sekarang menyebabkan sesetengah pasangan berkahwin masih belum mempunyai anak.

Sesetengah pasangan berkahwin yang telah lama berkahwin dan masih belum mempunyai anak mengambil anak angkat sebagai salah satu cara penyelesaian. Bagi memutuskan ikatan pertalian angkat, terdapat ibu angkat yang ingin menyusukan anak angkat.  Jika cukup syarat, anak tersebut menjadi anak susuan dan mahram kepada ibu dan ayah angkatnya. Melalui penyusuan susu ibu, dipercayai hubungan antara ibu dan anak dapat dieratkan. Walaupun ianya kedengaran mustahil, tetapi terdapat ibu yang berjaya dalam menyusukan anak angkatnya walaupun ibu itu tidak pernah mengandung.

Bagi pasangan beragama Islam, Islam membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut. Fatwa berkenaan menyusukan anak angkat boleh didapati dari sumber berikut:

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.

Bagi menjayakan penyusuan anak angkat ini, terdapat beberapa persediaan yang perlu perhatian rapi sebelum anda memulakan niat murni itu. Persediaan pertama demi merealisasikan impian menyusukan anak angkat perlu bermula dengan kaunseling penyusuan bersama kaunselor laktasi. Isteri dan suami amat digalakkan untuk melaluinya. Ia bertujuan menyediakan mental dan fizikal sebelum menunaikan tanggung jawab memelihara anak angkat. Sebaik-baiknya kaunseling dilakukan berterusan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum bayi diambil. Persediaan mental amat penting kerana proses penyusuan yang ingin dilalui ini bukanlah sesuatu yang tabii tetapi proses adaptasi.

Di dalam sesi kaunseling, isteri dan suami akan dimaklumkan mengenai proses yang bakal dilalui secara keseluruhan. Latar belakang akan diselidik daripada segi kesihatan, kemampuan dan kelapangan masa. Pasangan juga akan dimaklumkan tentang kesan sampingan jika ada, semasa proses cetusan laktasi berlaku dan cabaran-cabaran yang perlu dilalui sebelum dan selepas pengambilan anak angkat.

Jika ibu dan bapa angkat ini sudah bersedia dari segi mentalnya barulah langkah seterusnya dapat dilakukan dengan mudah iaitu persediaan fizikal. Ibu dan bapa angkat ini juga perlu menyediakan peruntukan kewangan yang cukup bagi menyara kehidupan bayi ini termasuk perbelanjaan rawatan penghasilan susu ini. Dalam erti kata lain, ibu dan bapa angkat juga harus melalui proses persediaan menyambut kelahiran bayi sama seperti ibu bapa yang melahirkan secara tabii.

Apabila bayi diambil, anda harus memulakan “ikatan” dengan bayi iaitu proses stimulasi. Hal ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Caranya ialah melakukan sentuhan kulit ke kulit (skin-to-skin) dengan meletakkan bayi di atas dada. Tujuannya ialah mewujudkan hubungan rapat yang pada masa bertindak sebagai sesi perkenalan dantara ibu dan anak. Dalam masa yang sama, suami turut digalakkan melakukan perkara yang sama.

Kunci utama untuk menjayakan matlamat ini adalah penghasilan hormon prolaktin dan oksitosin di dalam tubuh seorang ibu.

Hormon prolaktin bertugas menghasilkan susu, manakala hormon oksitosin berfungsi untuk memancutkan susu keluar dari payudara seorang ibu. Kedua-dua hormon ini boleh dicetuskan apabila tubuh anda menerima rangsangan penyusuan secara berterusan dengan kerap setiap hari. Kedua-dua hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pitituari iaitu kelenjar yang terletak di bahagian otak manusia. Ianya tidak ada kena mengena dengan rahim seorang wanita. Oleh itu, walaupun seorang wanita itu belum pernah hamil atau melahirkan bayi, ibu masih boleh menghasilkan susu.

Terdapat 2 kaedah menstimulasi perembesan hormon-hormon ini agar susu dapat dihasilkan dan dipancutkan iaitu melalui pengambilan ubat yang dapat merangsang penghasilan hormon ini dan menstimulasi puting ibu, yang secara tabiinya akan merangsang perembesan hormon. Walau bagaimanapun, kaedah yang terbaik adalah gabungan kedua-dua kaedah yang disebutkan di atas.

Secara semula jadi, bayi tahu cara untuk mencari payu dara. Jadi, beri peluang kepada dia dengan membenarkan dirinya mengenali ibunya dengan lebih dekat. Ketika melalui proses ini, jangan paksa diri dan banyakkan bersabar. Apabila bayi sudah membiasakan diri, dia dengan sendirinya akan memulakan proses stimulasi penyusuan. Bertenang dan yakinkan diri walaupun tahu susu ibu belum ada. Ibu jangan memaksa diri sendiri dan biarkan bayi menghisap atau melekap sahaja pada payu dara.

Untuk membolehkan bayi kekal melekap dan meneruskan hisapan di payu dara serta merangsang payu dara pada masa yang sama, bayi perlu diberi susu sebelum susu dapat dihasilkan oleh si ibu. 2 kaedah yang terbaik adalah seperti berikut:

1. Menitiskan susu dalam botol susu perlahan-lahan ke mulut bayi dalam keadaan bayi melekap pada payu dara. Titiskan sedikit-sedikit dan serapat mungkin dengan mulut bayi.

2. Menggunakan tiub khas yang dilekatkan pada payu dara manakala hujung satu lagi berada dalam bekas atau botol yang mengandungi susu. Ini mebolehkan bayi menghisap sekali payu dara dan menerima susu melalui tiub semasa dia menyusu pada payu dara.

Ibu perlu merangsang penyusuan antara 10 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam termasuk pada waktu malam setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda mahu menyusu. Sebaik-baiknya lakukannya sebelum bayi mengamuk agar tidak menjejaskan usaha anda untuk menyusukannya secara terus daripada payu dara kelak.

Pemerahan menggunakan tangan mahupun pam payu dara adalah usaha tambahan yang boleh dilakukan dalam merangsang penghasilan susu. Malah antara usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengambil herba-herba yang diyakini dapat meningkatkan pengeluaran susu. Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat perunding laktasi terlebih dahulu sebelum mencuba mana-mana herba supaya anda tahu jenis-jenis herba yang sesuai dengan diri anda.

Bagaimana Produk Shaklee boleh membantu anda dalam penghasilan susu untuk anak angkat anda….

Seandainya ibu ingin mencuba vitamin yang lebih selamat dan semulajadi, perlu diingat bahawa vitamin tidak membanyakkan susu cuma ia membantu ibu sihat dan bertenaga serta mempercepatkan penghasilan susu dengan lebih baik apabila si ibu kerap memerah. Ianya lengkap untuk proses penyusuan tetapi harus diingat, pengambilan supplemen haruslah seiring dengan amalan mengepam yang berterusan dan direct feeding malahan pengambilan air yang mencukupi turut menjadi aspek penting dalam menjayakan penyusuan.

Pengambilan supplemen bagi menjaga kesihatan ibu sepanjang proses juga sangat digalakkan kerana induce laktasi bukanlah semudah ABC tetapi memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Supplemen seperti Pakej 3M adalah yang terbaik dan Insya Allah dapat memudahkan lagi usaha murni seorang ibu angkat.

SET 3M SHAKLEE PENYUSUAN IBU

Pakej 3M yang boleh membantu anda adalah seperti berikut:

ESP Soy Protein Isolate Powder – Membantu ibu kekal bertenaga sekaligus mencegah migrain, insomnia, dan tekanan – Merupakan ‘Milkbooster’yang membantu kelancaran penghasilan susu dengan cepat, dan pekat – Membaiki pigmentasi dengan menjadikan kulit ibu lebih anjal dan berseri

Alfafa Complex – Juga bertindak sebagai “milk-booster” – melegakan / mengelakkan sakit sendi dan belakang – Menghilangkan kelesuan dan tekanan – Membantu masalah penghadaman dan pencernaan – Melegakan sembelit – Menyingkirkan lemak dan kolesterol – Membuang angin dalam badan -Membantu masalah keputihan

Vitalea (Multivitamin) – Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrisi yang secukupnya agar sentiasa cergas, sihat dan bertenaga – Diformulasikan dengan zat besi yang membantu ibu yang menghidapi anemia/kurang darah

B-Complex – Membantu meningkatkan tenaga, serta melegakan kepenatan/kelesuan dan tekanan kerana vitamin B berperanan untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga – Membantu memberi mood yang baik dan tenang serta meningkatkan fokus sekaligus membantu kelancaran pengeluaran susu – Penting untuk kecantikan juga kerana vitamin B memelihara kulit dari dalam

Sustained Release Vita C – bertindak sebagai anti-oksidan serta berperanan untuk menjadikan kulit yang cantik dan anjal kerana vitamin menggalakkan / merangsang pembentukan kolagen dalam badan – Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan supaya ibu dan bayi tidak mudah diserang penyakit – Merangsang pembentukan sel-sel baru bagi mempercepatkan penyembuhan luka.

Ostematrix (Kalsium) – Keperluan kalsium yang secukupnya sangat penting untuk menghasilkan susu dengan cepat, banyak dan berkualiti kerana kandungan utama susu adalah kalsium dan protein. – Membantu menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang. – Membantu ibu berasa cergas dan bertenaga – Membantu mengelak sembelit

 

Sebarang pertanyaan mengenai produk atau berminat hendak menempah, anda bolehlah menghubungi saya,

Hawa Hamzah

H/P: 019-3675610 (sms/whatsapp)

(Khas untuk anda, free delivery ke mana-mana kawasan di Putrajaya 🙂

Sembelit Selepas Bersalin : Cara Mengatasinya

Sembelit ialah satu keadaan di mana kita sukar untuk membuang air besar atau jarang membuang air besar. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Bagi orang yang mempunyai kesihatan yang normal, sepatutnya boleh membuang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

  • Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
    •   Kurang serat dalam diet.
    •   Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.
    •   Pengambilan ubat-ubatan (terutamanya herba).
    •   Penyalahgunaan julap.
    •   Kebiasaan menahan untuk membuang air besar.
    •   Kekurangan air.
    •   Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
    •   Masalah dengan kolon dan rektum.
    •   Masalah dengan fungsi usus.

Akan tetapi, sesiapa yang sering terkena sembelit perlulah berhati-hati kerana sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh tindakan menahan untuk membuang air besar.

Bagi masyarakat Melayu, ibu-ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit. Ini termasuk juga kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ditakuti ‘sejuk’. Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh.

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:

  1. Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
  2. Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
  3. Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

Untuk mengatasi masalah sembelit selepas bersalin, cubalah cara-cara ini untuk mecegahnya:

  • Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.
  • Elak tabiat menahan untuk membuang air besar. Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean.

sembelit (1)

Walau bagaimanapun, para ibu boleh mengambil supplemen yang boleh membantu mengurangkan sembelit selepas bersalin. Supplemen yang disarankan supplemen yang mengandungi magnesium iaitu OSTEMATRIX Shaklee.

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis iaitu satu proses dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus dan menolak makanan ke perut. Pengambilan supplemen ini juga perlu disertakan dengan meminum air yang banyak.

OSTEMATRIX SHAKLEE (SEMBELIT)

OSTEMATRIX Shaklee boleh membantu anda untuk:

(1) Tidur malam lebih lena.

(2) Menghilangkan bisa pada kaki dan menyegarkan badan.

(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas.

(4) Melawaskan sistem penghadaman terutamanya untuk memudahkan anda ‘membuang’ pada hari keesokannya.

 

Sebarang pertanyaan mengenai produk atau berminat hendak menempah, anda bolehlah menghubungi saya,

Hawa Hamzah

H/P: 019-3675610 (sms/whatsapp)

(Khas untuk anda, free delivery ke mana-mana kawasan di Putrajaya 🙂

 

kanak kanak

Alahan Jerebu Pada Kanak-kanak

kanak kanak

Apabila dikaitkan dengan pencemaran udara dan jerebu, dua masalah kesihatan iaitu pernafasan dan alahan kulit memang sukar dielak.

Bagi orang dewasa yang mempunyai daya ketahanan badan atau imuniti lebih tinggi, sistem mekanisme badannya mungkin boleh menangkis penyakit bawaan jerebu itu. Namun tidak bagi kanak-kanak.

Sebab itu bukan sesuatu yang menghairankan jika klinik, hospital kerajaan dan swasta menerima banyak kes di kalangan kanak-kanak berkaitan dua masalah tersebut.

Pakar kanak-kanak dari Pusat Perubatan Taman Desa, Dr. Eric Lee Kim Hor berkata, memang banyak kes berkaitan masalah alahan dan pernafasan dilaporkan di kalangan kanak-kanak yang dimasukan ke wad kecemasan akibat pernafasan dan batuk setiap kali berlakunya jerebu.

Malah ketika negara dilanda jerebu paling teruk sekitar tahun 1997 dulu jumlah kes berkaitan alahan pernafasan dan kulit telah meningkat lebih kurang 20 peratus.

Ini kerana kedua-dua masalah tersebut amat sensitif dengan perubahan kualiti udara persekitaran mereka.

“Secara umum alahan sebenarnya satu subjek yang besar, umpama satu segi tiga yang ada dalamnya ialah asma, alergi rhinitis (sinus) dan ekzema.

“Penyebabnya adalah satu saja iaitu Ige sejenis imuniti yang ada dalam badan manusia.

“Biasanya bagi kes alahan, satu hingga tiga bayi yang baru dilahirkan akan mengalaminya. Ia mungkin akan lebih buruk kepada bayi yang tidak menyusu badan kerana sistem imuniti badan yang rendah,” jelasnya yang ditemui di kliniknya baru-baru ini.

Menurut Dr. Eric, ibu bapa perlu dari semasa ke semasa memantau keadaan anak mereka apatah lagi dalam keadaan udara yang tercemar seperti jerebu.

Anak-anak perlu dibawa berjumpa doktor untuk mengenal pasti sama ada mereka mempunyai penyakit asma atau ekzema dan resdung kerana tiga penyakit itu amat berkaitan.

“Jika dilihat, alahan yang berlaku pada kanak-kanak sebenarnya bersifat sementara. Memang banyak kes alahan di kalangan kanak-kanak yang pulih dalam masa dua hingga tiga bulan sahaja.

“Mungkin yang akan kekal ialah resdung sahaja. Dalam kes yang teruk mungkin alahan akan bertukar kepada lelah,” katanya.

Dr. Eric mengingatkan bahawa ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak, kerana lelah dan batuk adalah dua perkara yang berbeza.

“Salah satu cara untuk mengenal pasti sama ada anak lelah atau tidak ialah dengan mendengar pernafasan mereka iaitu pernafasan mereka berbunyi.

“Katakan jika sudah diberi ubat pun masih batuk, mungkin anak anda sudah dijangkiti virus. Biasanya apabila anak mencecah umur tiga tahun imunisasi mereka akan meningkat dan sekali gus mengurangkan risiko untuk terkena penyakit tersebut dengan lebih kerap lagi,” ujarnya.

Bagi masalah ekzema pula, kata Dr. Eric, alahan itu tidak boleh dipulihkan namun boleh dikawal.

Kawalannya pula bergantung kepada apa yang menjadi penyebab masalah tersebut.

“Jika rumah, maka kena pastikan semuanya bersih supaya anak tidak mendapat serangan kegatalan kulit yang kronik

“Memang ruam adalah satu perkara yang biasa, bintik-bintik merah di muka, namun bila bayi tidak menyusu badan, agak susah untuk sistem imunitinya sendiri bertindak, jadi ibu bapa perlu prihatin dengan memberikan susu yang sesuai yang bersifat hipo allergenic ataupun susu soya,” jelasnya.

Justeru, ibu dan bapa perlu sedar bahawa bayi baru lahir mempunyai sistem imunisasi yang rendah, jadi setiap kelainan pada bayi perlu diberi perhatian,” jelasnya.

Sumber: Utusan Online

“Selamat Tinggal Ahli Kelab Resdung & Jerawat. Kami Dah Jumpa Kelab BARU <klik>

Sinusitis

Rawat Resdung (Sinusitis) Cara Betul

Sinusitis
Sumber gambar: http://www.drbehrmann.com/New/gp.html

HIDUNG anda selalu tersumbat akibat selesema. Hingus anda berwarna kuning dan pekat. Anda juga sering batuk serta berasa penat dan pening.

Malah, pipi, sekitar mata, tulang atas gigi dan dahi sering berasa sakit seperti ada sesuatu di dalamnya yang menekan tengkorak anda.

Anda berasa anda diserang demam selesema lalu mengambil ubat selesema biasa tetapi ia masih tidak mengurangkan kesengsaraan anda.

Akhirnya anda mengheret kaki ke klinik setelah berdepan dengan pening yang teruk dan selepas diperiksa, doktor menyatakan anda menghidap sinusitis (resdung).

Sampai manakah tahap kesedaran anda? Adakah selepas pening teruk baru merujuk pada pakar atau masih membiarkannya kerana menganggap ia hanyalah masalah biasa berpunca daripada cuaca yang tidak menentu?

Ya, sinusitis bukanlah masalah yang membawa maut secara langsung tetapi ia memberi kesan kepada kehidupan seharian pesakit serta keyakinan diri.

Bayangkan, bagaimana anda mahu menjadi produktif atau bersemangat jika sering bersin tidak henti serta berasa pening yang teruk sehingga menjejaskan kehidupan anda.

Pakar Runding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mallina Sivarajasingam berkata, ramai pesakit yang merujuk kepada pakar selepas melalui saat-saat menyusahkan itu untuk tempoh lama.

“Selesema biasa akan reda dalam tempoh tiga hari hingga seminggu dan jika berterusan, berkemungkinan pesakit mempunyai masalah resdung (sinusitis).

“Ada sesetengah kes pesakit tidak dapat melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan perubahan altitud seperti menaiki kapal terbang dan menyelam skuba disebabkan sakit kepala vakum (vacuum headache) akibat daripada sinusitis.

“Malah, ada yang sampai ke tahap jangkitan pada sinus menyebabkan adanya polip (ketumbuhan) di dalam hidung, menyukarkan pesakit untuk bernafas.

“Lagi teruk jika kuman sinusitis merebak ke otak kerana lapisan tulang kepala tidak tebal.

“Sinusitis boleh dirawat sama ada melalui pengambilan ubat-ubatan terutamanya antibiotik bagi mematikan kuman atau ada kes perlu melakukan pembedahan sinus,” ujarnya.

Apa itu sinusitis

Terang Dr. Mallina, orang ramai sering salah faham dengan istilah sinus. Semua orang mempunyai sinus iaitu rongga-rongga di dalam tengkorak yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil dan masalah yang dihidapi dipanggil sinusitis.

Sinus terletak pada bahagian muka iaitu pipi di bawah mata, di antara dua mata, sedikit di belakang hidung serta turut meliputi bahagian dahi seseorang.

“Mari Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Encik Resdung & Cik Jerawat <klik>

“Ia berfungsi untuk meringankan tulang di samping memberi resonan pada vokal dan lendir yang dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa disalirkan ke dalam hidung.

“Jangkitan sinusitis atau resdung berlaku apabila salur yang pengaliran lendir secara semula-jadi itu tersumbat lalu membengkak serta bernanah di dalamnya,” ujar Dr. Mallina.

Terangnya, pesakit akan merasa simptom seakan-akan selesema biasa tetapi dalam tempoh lama disertai dengan pelbagai simptom lain terutamanya pening dan sakit pada tulang di wajah iaitu di sekitar mata, pipi, atas gigi dan dahi.

Sinusitis dibahagikan kepada dua jenis iaitu akut (berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik.

Punca Sinusitis (Resdung)

Pelbagai punca menyebabkan sinusitis. Punca yang paling kerap adalah selesema biasa berlanjutan yang tidak dirawat lalu menyebabkan jangkitan bakteria pada sinus.

Rinitis yang teruk, berulang dan tidak dirawat juga boleh menyebabkan sinusitis kerana alahan pada hidung akan mengganggu bahagian sinus.

Sinusitis turut boleh berlaku jika pesakit pernah mengalami kecederaan pada tulang hidung atau keretakan pada tengkorak.

Tulang rawan yang bengkok mungkin terkena pada bahagian sinus lalu menyebabkan jangkitan kuman.

Selain itu, apa saja yang mengganggu sistem penyaliran mukus dari sinus akan menyebabkan sinusitis.

Perubahan cuaca sejuk, alahan, masalah sistem imun seperti virus HIV dan pesakit kanser yang menjalani kimoterapi juga boleh menjadi penyebab sinusitis.

Rawatan Alternatif Resdung

Sinusitis yang lebih dikenali sebagai resdung dalam kalangan orang tempatan sering dikaitkan dengan ‘ulat’ yang memakan muka.

Pelbagai cara alternatif yang dijalankan bagi mematikan ‘ulat resdung ‘ ini. Antara yang paling terkenal teknik berasap iaitu asap daripada kertas herba yang dibakar akan disalurkan pada seluruh muka.

Menurut Dr. Mallina, tidak ada masalah jika pesakit mahu berusaha melalui cara alternatif asalkan ia tidak memudaratkan.

Tetapi tegasnya, tiada teknik berasap yang digunakan dalam perubatan hospital dan dia juga tidak pernah menemui ulat di dalam rongga sinus.

“Apa yang paling hampir dengan teknik berasap tersebut adalah ubat wap mentol yang mampu melancarkan pernafasan tetapi ia hanya melegakan untuk sementara.

“Tiada masalah meneruskan rawatan alternatif asalkan tidak memudaratkan kerana saya percaya ia juga sebagai langkah psikologi untuk pesakit.

“Namun, saya syorkan pesakit juga mencuba rawatan dengan doktor kerana ia terbukti dengan kajian yang dijalankan oleh pakar,” ujarnya.

Beliau turut menolak andaian yang jerawat berpunca daripada sinusitis (resdung) kerana jelasnya, jerawat merupakan jangkitan pada lapisan luar iaitu kulit manakala sinusitis berada di dalam.

Sumber: Utusan Online

“Mari Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Encik Resdung & Cik Jerawat <klik>

Fresh-Potato

Ubi Kentang dan Khasiatnya

ubi kentang
Khasiat ubi kentang

KALAU kanak-kanak mungkin mereka boleh makan kentang goreng tetapi saya mesti makan nasi setiap hari,” kata seorang rakan apabila mendengar saranan menggantikan hidangan nasi kepada ubi kentang.

Sebenarnya, hidangan ubi kentang bukan hanya kentang goreng seperti yang terdapat di restoran-restoran segera yang menjadi sumber lemak, meningkatkan kolesterol, melonjakkan risiko darah tinggi dan penyebab obesiti.

Hakikatnya, bukanlah ubi kentang yang menentukan sama ada baik atau buruk untuk kesihatan. Yang penting bagaimana bahan ini disediakan untuk dimakan.

Umum mengetahui ubi kentang sumber nutrisi karbohidrat popular di seluruh dunia.

Bagi menikmati khasiat sebenar ubi kentang, anda boleh menghasilkan hidangan seperti kek coklat kentang atau sup berkrim kentang.

Tahukah anda selain membekalkan sumber karbohidrat, kentang mempunyai khasiat lain untuk kesihatan?

Kajian menunjukkan dengan mengambil kira-kira 150 gram kentang, kita dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi.

Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan, Carina Lipold memberitahu, ubi kentang mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya dijadikan sebahagian amalan diet.

Katanya, ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral, fitokimia, rendah kalori dan pada masa sama mempunyai indeks kekenyangan tinggi.

“Sebiji kentang bersaiz sederhana (kira-kira 150 gram) yang dikukus dan dimakan dengan kulitnya, memberi sehingga 48 peratus daripada pengambilan harian Vitamin C yang disyorkan untuk seseorang, lebih kalium atau potasium daripada pisang serta mineral penting lain.

“Secara kesimpulan, saya boleh katakan kentang adalah ubi yang banyak kebaikan dan sesuai untuk sebarang amalan diet,” katanya pada majlis pengenalan menu dengan ramuan ubi kentang oleh Lembaga Kentang Amerika Syarikat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Gluten

Selain itu, ubi kentang dikenali sebagai makanan yang bebas gluten.

Menurut Carina, gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai.

Para pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus akan mendapat manfaat besar daripada kentang kerana makanan ini dinyah hidrat amat sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten.

Jadi tidak hairanlah, makanan ini sesuai untuk semua peringkat umur dan budaya, kentang malah menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.

Dalam piramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi.

Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat.