pix_gal0

Anggaran tiga peratus rakyat Malaysia alami kegatalan, trauma psikologi akibat penyakit kulit kronik.

Berdepan situasi menakutkan apabila mengalami masalah kulit berair dan kemerah-merahan serta rasa gatal yang melampau. Selain itu, kulit pesakit bagai bersisik terutama apabila suhu meningkat.

Cuaca panas juga memberi kesan hingga kulit mereka berparut selain mengalami masalah ketidakselesaan fizikal.

Malah, penyakit itu mengundang keresahan, ketara, berulang dan menyakitkan hingga remaja ini mengalami trauma psikologi. Malu berhadapan khalayak ramai. Fungsi asas diri mereka seperti berjalan atau tidur juga terjejas akibat masalah yang dihadapi itu.

Bagi segelintir individu, masalah kulit itu mungkin dianggap biasa atau bermusim. Namun, sebenarnya ia adalah psoriasis. Ia adalah sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan.

Laporan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Psoriasis menyebut, penyakit kronik berkaitan imuniti ini biasanya muncul pada peringkat umur antara 15 hingga 25 tahun. Namun, ia boleh bermula pada sebarang peringkat umur.

Mengikut laporan Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), kira-kira tiga peratus rakyat Malaysia menderita akibat psoriasispenyakit kulit kronik yang dikaitkan dengan berbagai beban fizikal dan emosi. Pesakit psoriasis di seluruh dunia pula dianggarkan mencecah 125 juta orang.

Daripada jumlah itu, dianggarkan hampir satu per empat daripada mereka menghidap psoriasis peringkat sederhana hingga serius serta perlu diberi perhatian. Penasihat Perubatan Kehormat, Persatuan Psoriasis Malaysia, Dr Steven Chow Kim Weng, berkata secara psikologi, derita akibat psoriasis menyebabkan pesakit kurang yakin dengan imej sendiri, rendah diri, kemurungan, hilang identiti serta berdepan konflik pemencilan sosial.

Dr Steven berkata, berdasarkan kajian Persatuan Pesakit Psoriasis Persekutuan Eropah terhadap 18,000 pesakit psoriasis, 77 peratus daripada mereka mengakui psoriasis membawa impak besar serta mengganggu kehidupan harian.

“Pesakit perlu sedar Psoriasis bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh sembuh. Namun, ia dapat dikawal melalui rawatan jangka panjang.

“Walaupun simptom psoriasis hanya ada pada kulit badan, namun ia bukan penyakit di luar badan saja. Sebaliknya, ia berpotensi tinggi menyebabkan penyakit kardiovaskular dan arthritis psoriatik (gejala sakit atau bengkak pada sendi).

“Kulit kepala, lutut dan siku termasuk kuku dan tulang antara bahagian badan yang berisiko dihidapi dan penumbuhan plak pada tangan dan kaki menyukarkan pesakit melakukan sesetengah pekerjaan, senaman atau aktiviti.

“Pengalaman merawat pesakit yang menderita psoriasis sederhana hingga serius selama beberapa tahun memberi perspektif bahawa penyakit ini bukan saja menjejaskan hubungan sosial pesakit, malah menimbulkan perspektif negatif terhadap keadaan diri mereka. Justeru, rawat penyakit ini secara berkala,” katanya.

Dr Steven berkata, psoriasis terbahagi kepada beberapa jenis iaitu psoriasis bertompok (paling lazim) dan guttate psoriasis (biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak).

Ada juga psoriasis tahap kronik sehingga memerlukan rawatan di hospital antaranya erythrodermic psoriasis; Lampin psoriasis; Pustular psoriasis (teruk hingga menimbulkan kesakitan); Guttate psoriasis dan Plaque psoriasis (bertompok dan timbul).

Sehubungan itu, masyarakat dinasihat mendapatkan pemeriksaan perubatan menyeluruh dari pakar kulit atau mencuba kaedah rawatan inovatif biologik dan berkualiti tinggi.

Simptom psoriasis

  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Sumber: Berita Harian

Jangan Biarkan Penyakit Psoriasis Anda Menjadi Lebih Teruk Tanpa Sebarang Rawatan. Ubatinya Dengan Produk ______ Yang Terbukti Berkesan Menyembuhkan Pelbagai Masalah Kulit.

>> Klik Disini Untuk Melihat Produknya <<

3 thoughts on “Penyakit Kulit Psoriasis

  1. hilmi

    saya hilmi…
    saya ada produk kesihatan…
    syarikat 4life,,, antara produk nya ialah transfer fector yang paling cepat sembuh kan penyakit antara hiv… hanya 2 minggu boleh lihat kesan nya yang sangat cepat..
    kecing manis, kenser payu dara… dan lumpuh… termasuk koma ( tidak sedar)
    anda boleh beli dan anda akan tahu sendiri kesan nya..
    untuk pesakit yang nk potong kaki…
    stop!!!!! sayangi lah kaki anda kerana saya ada penawar yang tidak akan mengecewakan anda.
    3 hari anda akan nampak perubahan nya..
    setiap penyakit yang di turun kan bersama penawar nya…
    yang penting halal global.
    produk ini lebih baik daripada produk doktor…
    kerana ia tidak mengandungi dadah..
    tiada kesan sampingan jika makan terlalu banyak..
    kepada yang sihat juga boleh makan..
    sama ada 100 biji sehari tidak akan memudarat kan anda seperti capsules yang di beri oleh doktor..
    terdapat cawangan di seluruh dunia..
    19 negara di (amerika).
    8 negara di (oceania dan selatan pasifik)
    5 negara di (eurasia).
    14 negara di (asia) termasuk malaysia singapore china jepun indonesia pilipine thailand dan bayak lagi.
    31 negara di (europe)
    tahniah juga atas sokongan anda kerana syarikat 4life telah bertapak di malaysia kini sudah 9 tahun berdiri kukuh.
    terdapat 19 cawangan di seluruh malaysia..
    hubungi saya..
    saya akan bantu ada..
    tel: 01111131979 / 0177727540 / 0174725040
    whatsapp: +6582556171 (singapore nomber)
    saya akan bantu anda di seluruh malaysia dan singapore..
    somoga anda kekal sihat..
    selepas anda sihat.. jika anda memberitahu rakan anda bahawa produk kami adalah produk yang paling terbaik.. bukan di malaysia.. malahan dunia..
    anda telah dapat bukti kan ada sihat.. rakan anda juga menjadi pelangan kami…
    syarikat 4life akan bayar anda.. anda mampu sihat dan hidup mewah

  2. SyazaLuqman

    Seperti yang anda sedia maklum dalam rawatan perubatan moden belum ada ubat yang betul2 berkesan untuk menyembuhkan psoriasis. Namun sepanjang saya bekerja di klinik rawatan alternatif ayurveda Luqman Herbs Centre yang diasaskan oleh Dr. Luqman memang ramai pesakit yang hanya makan ubat herba ayurveda beliau yang semakin sembuh selepas beberapa bulan. Bercakap banyak pun tak guna, jika tuan/puan serius utk sembuhkan psoriasis saya sarankan untuk mencuba ubat Dr. Luqman Ayurveda.
    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *