aizat

5 Tabiat Yang Menyebabkan Masalah Gemuk

5 TABIAT YANG MENYEBABKAN MASALAH GEMUK!

(1) Makan makanan rendah/bebas lemak

Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan pemakanan yang betul dari pakar.

(2) Tidur terlalu sedikit/banyak

Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.

(3) Minuman bergas

Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.

(4) Elak waktu makan

Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan merangsang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.

(5) Makan terlalu cepat

Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebihan. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.

–> http://kesihatan.info/go/kuruspantas <– Sebuah Komuniti Page untuk berkongsi tips dan panduan macam mana cara nak kurus dan sihat tanpa perlu makan sebarang pil kurus

nak-kuruskan-badan

10 Cara Simple Kuruskan Badan

cara kuruskan badan
Nak kurus, kena usaha…Ini dia, teknik mudah dan simple yang tak pernah terfikir dek akal pun sebelum ni.

Kredit kepada www.kesihatan.info/go/kuruspantas (En. Ben) sebab semangat beliau membantu mereka yang nak kurus ni.

Tip Kuruskan Badan #1

Katakan anda tinggal di sebuah apartment tingkat 6. Semasa menunggu lif, biarkan orang lain menekan dahulu aras tingkat masing masing, tugas anda hanyalah melihat aras mereka. Pasti ada yang menekan tingkat 4, 7, atau 8. Anda pilihlah sendiri samada untuk turun di tingkat mana (4,7 atau 9) DENGAN MENGGUNAKAN TANGGA terus ke aras 6 (rumah anda).. Amacam! Kan kalori terbakar tu..

Tip Kuruskan Badan #2

Bila makan dikenduri kawan baik anda, pastikan anda mulakan pemakanan anda dengan buah-buahan terlebih dahulu!

Tip Kuruskan Badan #3

Katakan anda sedang menunggu lif beramai ramai untuk naik ke Pejabat anda. Ada sorang mamat ni pergi tekan tingkat 1 sedangkan tingkat 1 tu hanya sebanyak 20 anak tangga je. Cara perli yang paling sopan ialah dengan tarik nafas anda sambil menggeleng-gelengkan kepala. Esok, mesti mamat tu segan nak tekan tingkat 1 lagi.

Tip Kuruskan Badan #4

Bila sedang bekerja, pastikan anda membawa bersama botol air 3 liter setiap hari. Simpan botol itu di pantry bukannya di bawah meja anda. Setiap selang 1 jam anda perlu bergerak ke pantry untuk minum. sehari 40 kalori terbakar sebab pergerakan ini 🙂

Tip Kuruskan Badan #5

Bermainlah dengan anak anda setiap petang. Bermain kejar-kejar, lepas 10 minit pasti peluh bercurah-curah dan anak anda akan tidur awal malam itu. Kan senang 🙂

Tip Kuruskan Badan #6

Bila bangun pagi sebelum gosok gigi, minum segelas air terlebih dahulu OK.

Tip Kuruskan Badan #7

Parking kereta anda jauh sedikit bila pergi ke Shopping Complex. Ini membuatkan anda berjalan lebih banyak pada hari itu 🙂

Tip Kuruskan Badan #8

Katakan anda sudah menempang tiket wayang pada pukul 2pm minggu ini. Pastikan anda datang awal 2 jam bagi membolehkan anda berwindow shopping. Tu pun bakar kalori jugak tanpa disedari.

Tip Kuruskan Badan #9

Setiap kali makan tengahari, ambil nasi suku TAPI sayur 3 jenis..

Tip Kuruskan Badan #10

Kawan-kawan tak nak bersenam bersama anda? Tak jadi masalah, anda pergi je ke taman dan jogging dibelakang mak cik atau pak cik di sana. Jangan terkejut, bila Pak cik atau Mak cik tu nak jadikan anda anak menantu mereka.

Tip Kuruskan Badan #11 dan banyak lagi di www.kesihatan.info/go/kuruspantas (klik disini)