Setiap perkara perlu ada cara ‘maintenance’ bagi memastikan perkara itu terus pada tahap yang terbaik, begitu juga dengan kesihatan mental kita. Kesihatan mental yang baik memastikan kita sentiasa gembira dan bersemangat melakukan rutin harian.
Tetapi berapa kerap anda mengambil langkah menjaga kesihatan mental?
Peruntukkan masa kira-kira 15 minit setiap pagi untuk mengekalkan dan menjaga kesihatan mental dapat memberi manfaat yang baik kepada diri dan orang sekeliling, kata Broderick Sawyer, ahli psikologi klinikal di Louisville, Kentucky.
Peningkatan tahap kortisol boleh membawa kepada beberapa komplikasi kesihatan fizikal, menurut penyelidikan dari 2020. Selain itu, kajian dari 2016 mendapati bahawa pengawalan emosi telah menunjukkan dapat meningkatkan daya tahan kesihatan pada usia yang lebih tua.
Sawyer telah mengumpulkan satu kaedah untuk kebersihan kesihatan mental. Dia menjelaskan mengapa ia harus menjadi sebahagian daripada rutin anda dan bagaimana anda boleh membinanya ke dalam hidup anda.
Table of Contents
Ya, anda perlu 15 minit
Jika anda tertekan dan berasa penat, meluangkan masa 15 minit pada waktu pagi anda untuk bersantai terasa satu beban. Walau bagaimanapun perkara itu akan menjadikan rutin harian anda lebih mudah untuk dilalui, kata Sawyer.
“Ini bukan tentang anda tidak mempunyai masa, anda sebenarnya mempunyai masa untuk banyak perkara,” katanya. “Jika kita benar-benar boleh (mengamalkan kesedaran) sepanjang hari, maka kurang tenaga digunakan untuk menjaga kesihatan mental kita.”
Tok Wan nak kongsikan bagaimana dengan mengambil masa 15 minit sehari dapat membantu anda menjaga kesihatan mental supaya anda sentiasa berasa segar dan bersemangat.
1. Cuba aktiviti baru
Langkah pertama dalam meningkatkan prestasti dan menjaga kesihatan mental anda ialah bereksperimen dengan aktiviti yang berbeza — apa sahaja yang membawa ketenangan dan merendahkan kortisol.
Sebagai permulaan, peruntukkan 15 minit pada waktu pagi setiap hari sebagai masa untuk melambatkan sesuatu rutin bagi tujuan anda berasa lebih tenang. Jadikan rutin pagi itu lebih santai seperti minum kopi perlahan-lahan dengan nafas panjang atau menukar siaran radio kepada muzik yang anda nikmati melakukan rutin.
Anda boleh juga mengubah keadaan rutin, seperti duduk di luar, berjalan-jalan atau meregangkan badan.
Perkara penting ialah terus mencuba aktiviti baharu sehingga anda menemui sesuatu yang sesuai untuk anda. Perkara ini akan mengambil sedikit masa untuk anda lihat kesannya.
2. Rekod perasaan anda
Bahagian yang paling penting dalam eksperimen adalah menggunakan jurnal.
Selepas mencuba aktiviti baharu dalam 15 minit, catat perasaan anda selepas itu dan perasaan selepas sepanjang hari. Ia boleh membantu anda membezakan jenis perkara yang paling sesuai untuk anda.
Adakah anda lebih tenang sepanjang hari? Lebih bertenaga? Lebih mampu menangani tekanan? Perasaan yang anda cari mungkin berubah, tetapi matlamatnya adalah untuk memupuk perasaan yang membantu anda berasa lebih baik semasa anda menjalani hari tersebut.
Jurnal juga boleh membantu mengekalkan sikap positif jika anda tidak segera mendapat hasil yang anda harapkan daripada amalan anda.
Jika hari tersebut tidak sebaik yang kita harapkan, ianya proses yang normal. Tulis sahaja dalam jurnal tersebut.
3. Beri perhatian kepada apa yang anda perlukan pada masa yang berbeza
Tiada satu tindakan akan berkesan sepanjang masa. Ia boleh memberi perubahan besar untuk memerhatikan perkara yang anda perlukan dalam konteks yang berbeza.
Sebagai contoh, jika anda dalam rutin harian yang sibuk pada ketika itu, anda perlu lebih fokus dan bertenaga dan tidak boleh untuk lebih santai. Setiap masa ada keperluan yang berbeza, jadi anda perlu buat penyesuaian emosi yang betul.
Kadang kala, cukup sekadar mengisi peruntukan masa 15 minit hari itu dengan secawan kopi panas untuk bertenang.
4. Tambah aktiviti sepanjang hari mengikut keperluan
Jika sudah menjadi amalan, peruntukan 15 minit pada waktu pagi itu mungkin tidak kelihatan seperti suatu bebab. Malah, anda mungkin mula tak sabar untuk memasukkan aktiviti baru yang menarik bagi meningkatkan kesihatan mental anda sepanjang hari.
Tok Wan beri saranan untuk menambah beberapa aktiviti fizikal berimpak rendah sekurang-kurangnya tiga hari seminggu seperti berjalan kaki, berbasikal atau yoga.
Anda juga boleh menjaga kesihatan mental anda dengan mengambil masa untuk menjauhkan diri daripada gajet, mematikan notifikasi kerja buat sementara agar fikiran anda lebih relaks daripada biasa.
Relaks Namun Produktif
Menjaga kesihatan mental adalah sangat perlu kerana ianya kunci untuk kita sentiasa bersemangat dalam kehidupan seharian. Ambil masa untuk relaks tak semestinya tidak produktif kerana kita telah menyusun perkara yang hendak dilakukan terlebih dahulu.
Tok Wan sarankan sentiasa jaga solat bagi yang Muslim dan sentiasa bertafakur bagi yang bukan Muslim, dapat menambah lagi ketenangan dan meningkatkan pengawalan emosi diri anda.
Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan