Pisang adalah salah satu buah yang mudah didapati di mana-mana. Namun, tidak ramai mengetahui khasiat pisang yang sangat banyak boleh dimanfaatkan oleh kita.
Selain kurma, buah pisang juga disebut dalam Al-Quran pada ayat ke 29, Surah Al-Waqiah yang bermaksud “dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya.”
Ternyata pisang mempunyai kelasnya yang tersendiri kerana banyak khasiat pisang yang kita boleh perolehi untuk mengubat pelbagai jenis penyakit.
Tok Wan akan kongsikan 17 khasiat pisang yang perlu anda tahu dan amalkan dengan sebaiknya.
Table of Contents
Ada Apa Dengan Pisang?
Pisang mengandungi tiga jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat.
Sebiji pisang memberikan perangsang segera pada pencernaan secara berlanjutan dan banyak tenaga. Kajian telah membuktikan bahawa dengan hanya dua biji pisang akan memberikan tenaga yang cukup untuk sebuah latihan berat selama 90 minit.
Tidak hairan mengapa pisang adalah buah pilihan kebanyakan atlet terkemuka di dunia. Bekalan tenaga bukan satu-satunya yang didapati dari pisang tetapi pisang dapat membantu kita agar tetap cergas.
Hal ini juga dapat membantu mengatasi atau mencegah dan mengatasi sejumlah besar penyakit dan kondisi badan yang kurang cergas, sehingga pisang merupakan suatu keharusan untuk melengkapi diet harian.
Depresi
Menurut survey yang dilakukan oleh MIND di antara pesakit pesakit depresi, banyak orang merasa lebih baik setelah makan pisang. Hal ini terjadi kerana khasiat pisang yang mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan diubah oleh tubuh menjadi serotonin, yang akan membuat anda menjadi relax, memperbaiki suasana hati (mood) dan secara umum akan membuat seseorang merasa lebih nyaman.
Diabetes
Vitamin B6 terkandung dalam pisang akan mengawal tahap glukosa darah anda dan akan mempengaruhi suasana hati anda.
Anemia
Pisang mengandungi zat besi tinggi, Pisang juga dapat merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan membantu dalam berbagai kes anemia (kurang darah).
Tekanan Darah Tinggi
Buah tropika yang unik ini sangat tinggi kalium namun rendah garam, sehingga sempurna untuk mengalahkan tekanan darah. Begitu banyak gunanya sehingga US Food and Drug Administration (FDA) akan mengambil pisang untuk melakukan lebih banyak ujian rasmi mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan risiko tekanan darah dan strok.
Menambah Kemampuan Otak
200 siswa di sekolah Twickenham (Middlesex) terlibat dalam ujian yang lalu, mereka memakan pisang ketika sarapan, istirehat dan makan tengahari untuk menguji peningkatan kekuatan otak mereka.
Penelitian telah membuktikan bahawa khasiat pisang dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu siswa dalam belajar dan juga membantu siswa menjadi semakin peka utk berfikir.
Sembelit
Pisang mengandung zat fiber dalam kadar tinggi yang dapat membantu menormalkan kembali kerja pencernaan anda. Pisang akan membantu mengatasi permasalahan pencernaan ini tanpa anda harus memakan ubat yang lain dan proses nyahtinja akan jadi semakin lancar.
Ubat Mabuk
Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan mabuk (darat, laut dan ddara) adalah dengan meminum milkshake pisang ditambah dengan madu sebagai pemanis.
Milkshake pisang akan berkesan menenangkan perut anda. Dengan bantuan madu akan mengawal kadar gula darah anda untuk menjadi kembali normal, sementara susu akan menenangkan perut dan sistem pencernaan anda.
Memulas Dan Sakit Perut
Pisang memiliki kesan antasid pada tubuh, jadi jika anda sakit memulas dan perut terasa senak maka cubalah makan pisang untuk mengurangkan rasa sakitnya.
Mual di Pagi Hari (Morning Sickness)
Ambil pisang antara waktu makan membantu menjaga kadar gula dalaam darah dan menghindari mual di pagi hari.
Gigitan Nyamuk
Sebelum anda menggunakan krim atau cairan anti gigitan nyamuk, cubalah dulu menggosok kawasan yang terkena gigitan nyamuk dengan bahagian dalam kulit pisang.
Ramai orang sudah merasakan kegunaan lain kulit pisang kerana akan mengurangkan pembengkakan dan gatal pada kulit.
Saraf
Khasiat pisang yang mengandungi Vitamin B dalam kadar tinggi sangat membantu dalam menenangkan sistem saraf.
Usus
Pisang boleh digunakan sebagai bahan makanan utama untuk diet bagi pesakit luka usus kerana pisang akan mencegah gangguan pencernaan disebabkan teksturnya yang sangat lembut dan halus.
Pisang adalah adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa menyebabkan stres dalam beberapa kes penyakit yang parah. Pisang juga akan meneutralkan kelebihan zat asam dan mengurangi kerengsaan dengan melapisi permukaan dalam usus
Mengawal Suhu
Banyak budaya lain di dunia melihat pisang sebagai buah “penyejuk” yang dapat menurunkan suhu samada fizikal dan emosional. Di Thailand, para ibu hamil, mereka akan makan pisang sebelum melahirkan dengan keyakinan bahwa si bayi akan lahir dengan suhu sejuk.
Membantu Perokok
Buah pisang dapat membantu mereka yang berhasrat untuk berhenti merokok.
Vitamin B6, B12 yang dikandungnya, serta kalium dan magnesium akan sangat membantu tubuh anda untuk cepat sembuh dari kesan berhenti mengambil nikotin.
Stres
Kandungan kalium dalam pisang adalah mineral yang penting, yang akan membantu menormalkan denyutan jantung, mengirim lebih banyak oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cecair dalam tubuh.
Ketika kita stres, metabolisma kita akan meningkat, sehingga mengurangkan kadar kalium. Ini dapat dineutralkan (rebalanced) dengan bantuan menjadikan pisang sebagai snek.
Strok
Menurut penelitian di The New England Journal of Medicine, makan pisang sebagai sebahagian dari diet teratur dapat menurunkan risiko kematian kerana strok sebanyak 40%!
Kutil
Mereka yang suka pada perubatan tradisional sudah ramai yang tahu bahawa pisang boleh menghilangkan atau mengecilkan kutil.
Jika anda ingin menghilangkan kutil, ambillah sepotong pisang dan letakkan di kutil anda, dengan bahagian kuning atau kulit ada diluar, tekap kutil dengan plaster untuk beberapa waktu, ulang setiap pagi dan tenghari, setelah beberapa hari dan lihat hasilnya.
Peringatan!
Jangan simpan pisang anda di peti sejuk kerana struktur buah pisang akan berubah bila sudah dibekukan dan akan menghilangkan sebahagian khasiat pisang.
Jadi, Tok Wan nak anda mula makan pisang kerana bukan sahaja rasanya yang sedap tetapi khasiatnya yang sangat menakjubkan untuk tubuh badan kita.
Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan