Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

5 Kebaikan Santan Kelapa Untuk Kesihatan

5 Kebaikan Santan Untuk Kesihatan

Kebaikan santan kelapa telah lama diperakui oleh orang Melayu lama kita. Santan sangat sinonim dengan orang Melayu kerana kebanyakan masakan bangsa ini terdapat banyak kandungan santan.

Antara masakan kegemaran Tok Wan ialah kari ayam, kalua Mak Jah tak guna santan asli memang kurang ‘kick’ rasanya. Tetapi, ramai juga keluarkan mitos yang Tok Wan dengar bahawa ‘jangan guna santan segar dalam masakan kerana ia mengandungi kolesterol yang boleh menyebabkan masalah kesihatan’.

Tak 100% tepat tu. Ya, santan adalah makanan berkalori tinggi. Kira-kira 93% kalorinya berasal dari lemak, termasuk lemak tepu yang dikenali sebagai trigliserida rantai sederhana (MCT).

Namun, ia juga merupakan sumber yang baik beberapa vitamin dan mineral. Satu cawan (240gram) santan mengandungi:

  • Kalori: 552
  • Lemak: 57 gram
  • Protein: 5 gram
  • Karbohidrat: 13 gram
  • Serat: 5 gram
  • Vitamin C: 11% daripada RDI (Reference Daily Intake)
  • Folat: 10% daripada RDI
  • Zat Besi: 22% daripada RDI
  • Magnesium: 22% daripada RDI
  • Pottasium: 18% daripada RDI
  • Tembaga: 32% daripada RDI
  • Manganese: 110% daripada RDI
  • Selenium: 21% daripada RDI

 

Oleh itu, kebaikan santan yang unik ini memberikan beberapa manfaat kesihatan yang bagus dan Tok Wan senaraikan 5 daripadanya.

kebaikan santan

1. Sistem Ketahanan Badan Menjadi Kuat

Santan mengandungi asid laurik yang terkenal dengan khasiat antiseptiknya. Tubuh badan kita akan mudah melawan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria, virus, dan lain-lain dengan adanya asid laurik ini.

Satu kajian yang telah dilakukan di Filipina menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengalami radang paru-paru lebih cepat untuk sembuh dengan antibiotik dan santan.

Berbeza pula dengan mereka yang dirawat dengan hanya menggunakan antibiotik, tindak balas mereka sedikit lambat dan memakan masa yang lama.

 

2. Membantu Mengurangkan Berat Badan

kebaikan santan berat badan

Santan kelapa kaya dengan trigliserida rantai pendek dan sederhana yang dianggap lemak sihat. Ini akan membuatkan anda berasa kenyang dan makan dengan lebih sedikit.

Bukan itu sahaja, ianya lebih cenderung untuk ditukarkan kepada tenaga berbanding asid lemak rantai yang lebih panjang di mana ia boleh menyumbang kepada kegemukan.

Baca Juga: 5 Tips Kawal Berat Badan Semasa Musim Perayaan

 

3. Kulit dan Rambut yang Sihat

kebaikan santan rambut sihat

Selain itu, kebaikan santan kelapa terkenal dan seringkali di gunakan sebagai rawatan untuk kulit dan rambut yang sihat.

Kandungan lemaknya yang tinggi sangat bagus untuk mengekalkan kelembapan seterusnya membantu mengurangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala.

Hal ini disebabkan oleh kandungan asid laurik yang mempunyai sifat antibakteria dan anti-kulat.

Seterusnya, santan berkesan untuk mengurangkan kedut wajah dan membantu mencegah jerawat disebabkan oleh sifat anti-bakterianya dan membuatkan anda tampil lebih muda. Jadi, tidak hairanlah ada sabun dan syampu daripada santan diperkenalkan untuk tujuan ini.

 

4. Mencegah Penyakit Jantung

Santan kelapa dipercayai dapat meningkatkan kadar kolesterol HDL dalam badan. Kolesterol HDL mempunyai sifat anti-radang yang melindungi saluran darah.

‘Philipine National Nutrition Survey’ (PNNS) pada tahun 2003 mendapati relatif insiden yang rendah untuk masalah kolesterol berlebihan (hypercholesterolemia), darah tinggi (hypertension), angin ahmar (stroke) dan sakit jantung (angina) penduduk di Daerah Bicol yang mengambil santan dan minyak kelapa yang tinggi berbanding daerah lain di Filipina dalam makanan seharian mereka.

Prof Philippe Legrand , seorang pakar biokimia dari Makmal Biokimia dan Pemakanan Manusia di Universiti Agronomidi, Rennes, Perancis, menyatakan bahawa bahan di dalam santan atau minyak kelapa iaitu asid laurik dan asid miristik iaitu asid lemak dalam kumpulan asid lemak rantaian sederhana (MCFA) lebih cepat dimetabolismakan dalam hati manusia dan menurunkan paras kolesterol. Ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

 

5. Mengimbangkan Elektrolit di dalam Badan

Antara lain kebaikan santan kelapa adalah ia kaya dengan elektrolit seperti kalium, magnesium dan fosforus. Kalium sangat penting untuk mengekalkan degupan jantung pada tahap yang normal.

Tambahan lagi ia juga penting untuk kesihatan otot anda. Magnesium diperlukan untuk sistem imunisasi yang sihat serta untuk saraf dan otot berfungsi secara normal.

Dengan menambahkan santan ke dalam masakan anda, anda telah memastikan tubuh badan anda mendapat bekalan fosforus yang mencukupi untuk kesihatan tulang dan gigi.

 

Ingatan Mesra

Banyak kebaikan santan kelapa yang kita boleh manfaatkan. Tetapi, Tok Wan nak ingatkan kembali yang pada awal Tok Wan dah terangkan bahawa kalori dalam santan adalah tinggi dan pengambilan yang sederhana sudah cukup untuk keperluan pemakanan harian kita.

 

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.