Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

5 Khasiat Air Nabeez (Air Rendaman Kurma) Yang Anda Tak Tahu

5 Khasiat Air Nabeez

Tok Wan pasti ramai yang kurang mengamalkan air Nabeez. Anda tahu tak apakah itu air nabeez dan khasiat minuman ini?

Seperti yang kita tahu, memakan buah kurma adalah sunnah dan sering menjadi pilihan ramai lebih-lebih lagi di bulan Ramadan kerana khasiatnya yang cukup banyak dan mengambil berkatnya.

Namun, ramai yang tidak tahu yang amalan minum air rendaman kurma mempunyai khasiat yang cukup banyak.

Nak tahu apakah manfaatnya?

Jom Tok Wan konsgikan!

 

Apakah itu Air Nabeez?

Air Nabeez merujuk kepada air rendaman kurma atau kismis yang kemudiannya diminum keesokan harinya.

Mungkin kita perasan baru sekarang media sosial, terutamanya orang Barat mempopularkan khasiat infused water ini. Tetapi sebenarnya Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW telah lama melakukan hal ini.

Menurut sumber yang ada dikongsikan, air yang dikenali sebagai air Nabeez ini merupakan air yang selalu diminum oleh Rasulullah S.A.W.

Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;

“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim)

air nabeez rendaman kurma

Sumber: maskulin.com.my

Kurma banyak khasiatnya dan cukup kaya dengan nutrisi penting seperti serat, vitamin A,C,D,E , zat besi, kalsium, magnesium dan kalium.

Dengan merendam buah kurma, kemanisannya juga akan lebih terasa dan cukup menyegarkan. Ia sesuai diamalkan untuk seisi keluarga bagi kesihatan menyeluruh.

Baca Juga: Gastrik? Jom Kenal dan Cuba 3 Tips Ini di Bulan Ramadan

 

Khasiat Air Nabeez

 

1. Baik Untuk Sistem Penghadaman

Serat yang tinggi dalam buah kurma juga membuatkan air Nabeez sesuai untuk diminum ketika bersahur bagi mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa.

Dengan kandungan serat yang tinggi, ia dapat membantu membaiki sistem penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya.

 

2. Meningkatkan Kesihatan dengan Sifat Alkali Semulajadi

Ramai yang tak tahu Air Nabeez ini bersifat alkali dan sering menjadi pilihan untuk diamalkan.

Air Nabeez yang beralkali dapat membantu menstabilkan tahap pH dalam badan. Air Nabeez juga dapat bertindak sebagai air detoks bagi menyingkirkan toksin dalam badan.

Mengambil air tinggi alkali seperti air Nabeez dapat meningkatkan tumpuan minda dan ingatan serta memulihkan sel dan tisu dalam badan.

 

3. Membekalkan Tenaga

Kandungan fruktosa (gula semulajadi dalam kurma) mampu membekalkan tenaga segera dengan cara mengembalikan paras gula dalam darah.

Oleh sebab itu, kita disarankan untuk berbuka dengan buah kurma kerana cepat memberikan tenaga.

 

4. Dapat Mengurangkan Masalah Alahan

Salah satu khasiat istimewa yang ada pada buah kurma ialah sulfur.

Apabila menikmat air Nabeez ia dapat membantu dalam mengurangkan masalah alahan seperti rhinitis.

Dengan mengamalkan air Nabeez, simptom alahan seperti bersin, hidung berair dan tersumbat atau sakit kepala dapat dikurangkan.

air nabeez khasiat kurma

 

5. Mengelakkan Sembelit

Dalam bulan puasa terutamanya, kita kurang meminum air dan ini boleh menyebabkan masalah sembelit.

Dengan meminum air rendaman kurma, ia dapat membekalkan fiber secukupnya bagi mengelakkan masalah ini.

 

Cara Penyediaan

  1. Biasanya air Nabeez dibuat menggunakan kurma ajwa. Namun anda juga boleh gunakan kurma jenis lain ataupun kismis. Tapi bagi menjaga khasiat air Nabeez, jangan campurkan kismis dengan kurma. Gunakan sejenis buah sahaja.
  2. Sediakan buah kurma dalam bilangan ganjil. Buangkan biji dan carikkan isi buah.
  3. Tuang air masak ke dalam sebuah bekas yang berisi dengan buah kurma tadi.
  4. Tutup bekas dan simpan air semalaman / 12 jam.
  5. Anda juga boleh letak sesudu madu untuk tambah rasa manis.

 

Tips: Anda boleh sediakan air Nabeez sebelum tidur dan minum waktu sahur. Air Nabeez juga boleh disimpan sehingga satu ke dua hari. Jangan simpan melebihi 3 hari kerana rasanya akan bertukar masam dan tidak lagi sedap diminum.

Air Nabeez sangat sesuai diamalkan bagi menjaga kesihatan. Penyediaannya juga cukup mudah dan sesuai untuk diminum ketika bersahur mahupun berbuka.

Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini, amat bagus untuk kita mula amalkan bagi membekalkan tenaga dan mengurangkan masalah sembelit.

 

Jom Cuba Air Nabeez Ramadan Tahun Ini

Banyak khasiat air Nabeez ini jika dikaji secara mendalam. Tok Wan harap anda yang membaca akan mencuba air Nabeez pada Ramadan kali ini.

Selain makan buah kurma, air Nabeez ini dapat mempelbagaikan jenis hidangan anda pada masa bersahur.

 

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.