Manfaat jogging ni Tok Wan dan Mak Jah sedar ramai antara kita yang tahu tapi persoalannya adakah kita jogging sekadar ikut ikutan contohnya sekadar lifestyle atau kita benar benar sedar banyaknya manfaat dari jogging ini.
Tok Wan nak bagitau jogging ni adalah satu bentuk larian yang berterusan atau dengan kata lain berterusan pada kadar yang konsisten dan perlahan. Ia lebih perlahan daripada berlari tetapi lebih cepat daripada berjalan.
Tok Wan nak bagitau sebenarnya tujuan utama jogging ini adalah untuk mengekalkan tempo kecergasan kita tanpa menyebabkan banyak ketegangan atau sakit sendi pada tubuh.
Jogging ni adalah senaman lengkap dan juga berfungsi untuk menyediakan badan untuk senaman yang lebih intensif dan aktiviti fizikal lain contohnya bermain bola sepak atau sukan sukan lain. Korang jangan terkejut apabila mengetahui banyaknya kelebihan dan manfaat jogging yang Tok Wan akan ceritakan kat bawah ni iaitu :
Table of Contents
1. Menurunkan Berat Badan
Sumber: Unsplash.com
Kenyataan ni Tok Wan tau pasti ramai yang faham kan. Sebenarnya jika kita jogging setengah jam pun senang senang membakar sekitar 300 kalori. Jogging meningkatkan metabolisme dan lebih berkesan daripada berjalan kaki semata-mata. Diet yang sihat bersama-sama dengan jogging akan memudahkan kita untuk menurunkan berat badan berlebihan dalam badan kita. Jogging bukan sahaja membakar lemak tetapi juga membantu kita mengekalkan berat badan kita. Sebab tu jogging ni sangat sinonim dan popular sebagai jalan penyelesaian untuk mereka yang ada masalah untuk turunkan berat badan.
2. Menguatkan Tulang
Sumber: Unsplash.com
Ok, point ni penting. Jogging ni sangat bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan tulang. Apabila kita memulakan jogging, tulang mengalami tekanan dan beban. Jogging membuatkan tulang bersedia untuk menanggung tekanan tambahan ini secara konsisten.
Baca Juga: 5 Cara Melindungi Lutut Apabila Semakin Tua
Jogging menguatkan tulang, mencegah trauma dan kecederaan tulang. Selain meningkatkan ketebalan tulang dan menghilangkan masalah seperti osteoporosis, osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. Jogging juga menjadikan tulang pinggul dan tulang belakang lebih kuat.
3. Memberikan Ketenangan
Sumber: Unsplash.com
Tok Wan nak nasihatkan kepada pembaca yang tengah stress sekarang ni, tolonglah dengar nasihat Tok Wan. Jogging. Jogging memainkan peranan utama dalam meningkatkan kesihatan mental seseorang.
Apabila kita jogging, tubuh kita akan melepaskan hormon yang dipanggil endorfin yang akan membantu mengangkat semangat kita dan membuat kita berasa positif tentang diri kita. Dan itulah sebabnya kita berasa tenang dan lega selepas berjogging. Perasan tak lepas kita jogging, tiba tiba kita rasa happy tanpa sebab. Haa sebab tu la.
4. Bagus Untuk Kesihatan Jantung
Sumber: Unsplash.com
Part ni Tok Wan rasa memang kita tak dapat nak deny lagi. Jogging sememangnya adalah senaman kardiovaskular yang sangat bagus yang meningkatkan kesihatan jantung kita. Ia membantu untuk menjaga masalah jantung dan penyakit.
Jogging memastikan bahawa darah dipam lebih cepat ke jantung. Seterusnya dapat mengekalkan tekanan darah, tahap kolesterol dan tahap glukosa dalam darah. Memang bagus jogging ni lebih lebih lagi untuk yang lewat usia macam Tok Wan dan Mak Jah ni.
5. Menambah Baik Sistem Pernafasan
Sumber: Pexels.com
Yang terakhir sekali, Tok Wan nak pesan yang aktiviti jogging ni memang akan meningkatkan sistem pernafasan kita. Sama seperti senaman aerobik lain, joging juga akan meningkatkan kapasiti paru-paru dan menguatkan otot-otot sistem pernafasan.
Hal ini membuatkan paru-paru mengambil lebih banyak oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida secara efisien. Dengan kata lain, jogging ni pastinya akan meningkatkan daya tahan otot pernafasan kita.
Tok Wan dan Mak Jah juga nak ingatkan korang semua yang sebenarnya jogging ni adalah lebih baik pada waktu petang, bukannya awal pagi. Hal ini kerana suhu badan kita lebih rendah pada waktu pagi dan fungsi tubuh badan kita tidak optimum sepenuhnya lagi pada masa ini.
Jadi, jogging pada waktu petang adalah jauh lebih bermanfaat dan terbaik untuk tubuh badan kita. Pada masa ini, fungsi paru-paru kita lebih baik dan tulang-tulang kita telahpun aktif sepenuhnya. Suhu badan kita juga lebih tinggi di waktu petang, membuatkan tubuh kita lebih mudah untuk berlari atau bersenam.
Tok Wan harapkan semoga semua tips yang Tok Wan bagi ni memberi manfaat kepada pembaca setia semua.
Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan