Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

7 Cara Nak Putihkan Gigi Dengan Pantas

cara nak putihkan gigi

Malu betul bila ada kawan kutuk kita ada masalah gigi yang kuning. Sebab itu ramai orang sanggup habiskan ribuan ringgit semata-mata untuk buat rawatan gigi.

Tok Wan nak bantu korang jimatkan duit dengan kongsikan cara nak putihkan gigi dengan pantas.

Tak perlu habiskan duit beli produk dekat luar sana yang mahal dan belum tentu berkesan pun. Banyak lagi cara mudah dan paling penting selamat yang boleh anda mula lakukan sendiri.

 

Tips dan Cara Nak Putihkan Gigi dengan Pantas: 

1. Guna Baking Soda

cara nak putihkan gigi - 01

Baking soda ini biasanya geng mak-mak guna kalau nak buat kek ataupun biskut. Nama lain bagi baking soda adalah “sodium bicarbonate”.

Biar Tok Wan terangkan kepada korang bagaimana serbuk penaik yang ada kat dapur tu boleh bantu putihkan gigi. Paling penting baking soda selamat digunakan sebab tak ada bahan kimia berbahaya.

Cara nak gunakan baking soda, campurkan 1 sudu baking soda dengan 2 sudu air. Selepas itu, ambil berus gigi dan gosok gigi anda guna campuran tadi selama 2 minit.

Boleh buat teknik ini selama 3 hingga 5 kali seminggu.

Hasilnya gigi anda akan lebih bersih sebab baking soda boleh mencegah pembiakan bakteria dalam mulut dan gigi akan cepat putih.

 

2. Beli Whitening Strips atau Trays

cara nak putihkan gigi - 02

Whitening strips atau whitening trays adalah sejenis film nipis yang boleh diletakkan pada gigi untuk memutihkan gigi. Kebiasaannya produk ‘whitening’ ini berfungsi sebagai peluntur warna dan menghakis kekotoran degil pada bahagian gigi.

Cuma Tok Wan nak inform kepada anda semua yang produk whitening ni ada satu kekurangan iaitu boleh menyebabkan gusi lebih sensitif.

Hal ini disebabkan oleh hydrogen peroxide dalam produk whitening tadi boleh menembusi lapisan enamel gigi dan mengganggu saraf.

 

3. Ubah Gaya Hidup

cara nak putihkan gigi - 03

Antara tabiat yang perlu diubah adalah perlu kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi. Hal ini kerana biasanya minuman kopi ini meninggalkan kesan kuning pada gigi.

Kopi mengandungi asid yang boleh menghakis lapisan enamel secara perlahan-lahan.

Kesan kuning pada gigi ini akan sukar ditanggalkan jika tabiat minum kopi ini diamalkan setiap hari dan kurangnya penjagaan gigi yang betul.

Tok Wan rasa penggemar minuman kopi boleh mencuba minuman coklat ataupun malt sebagai alternatif kepada minuman yang ada kaffein.

 

4. Makan Buah dan Sayur-sayuran

cara nak putihkan gigi - 04

Tok Wan galakkan anda semua makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Nutrisi yang terkandung dalam buah dan sayuran bukan sahaja baik untuk tubuh badan malah boleh menguatkan gigi anda.

Sebenarnya, ketika kita sedang mengunyah buah ia juga dapat menghapuskan plag yang terdapat pada gigi.

Baca juga :  10 Makanan Untuk Mata Rabun Jauh

Antara contoh buah-buahan yang baik untuk gigi adalah buah strawberi dan buah nenas.

Menurut kajian daripada pakar, nenas mengandungi enzim bromelain yang terbukti dapat membersihkan gigi dengan lebih effektif dan berkesan. Manakala, strawberi mengandungi asid malic yang dapat memutihkan gigi dengan menghapus kesan kuning yang melekat pada gigi.

Jadi, Tok Wan rasa rugi kalau sesiapa yang nak putihkan gigi tapi tak mula cuba makan buah dan sayuran.

 

5. Gosok Guna Kulit Pisang dan Oren

cara nak putihkan gigi - 05

Anda semua boleh gunakan mana-mana kulit pisang ataupu kulit oren yang baru anda makan. Tok Wan harap janganlah ada pula gunakan kulit yang dah kering dan dah ada dalam tong sampah.

Khasiat daripada kulit buah ini mengandungi asid sitrik yang mana boleh putihkan gigi.

Caranya nak lakukan tips ini mudah jer. Anda hanya perlu ambil kulit tadi dan gosokkan pada gigi selama 2 minit.

Gosokkan pada gigi itu secara lembut dan tak perlu gosok secara kasar. Selepas itu, kumurkan mulut anda dengan air dan berus semula gigi guna berus gigi.

Kulit tadi hanya boleh gunakan untuk sekali sahaja dan jangan pula disimpan.

 

6. Kerap Berus Gigi

cara nak putihkan gigi - 06

Antara cara nak putihkan gigi yang tak ramai orang sedar adalah bermula dengan kerap memberus gigi. 

Jika kita kerap memberus gigi maka akan dapat mengurangkan pembiakan bakteria yang berada dalam mulut.

Bila bakteria sudah berkurang dalam mulut pastinya akan dapat mengelakkan masalah pada bahagian gusi gigi dan masalah nafas berbau.

Dalam masa sehari seharusnya anda menggosok gigi sebanyak 2 kali sehari sahaja. Tidak perlu sampai 5 kali sehari anda menggosok gigi. Hal ini kerana jika anda menggosok gigi dengan cara yang betul pastinya gigi anda akan bersih dan sihat.

Tok Wan juga cadangkan agar anda mula menggunakan ubat gigi yang mengandungi flourida. Kandungan flourida dalam ubat gigi dikatakan dapat mencegah masalah gigi reput dan bantu melindungi enamel gigi.

 

7. Berjumpa Doktor Gigi

cara nak putihkan gigi - 07

Tok wan rasa inilah langkah terakhir boleh dilakukan untuk anda yang nak putihkan gigi dengan pantas.

Kita serahkan kepada doktor yang lebih pakar dalam bidang gigi untuk periksa keadaan gigi dan memberikan rawatan yang bersesuaian.

Antara contoh rawatan yang boleh dilakukan oleh doktor adalah rawatan veneer. Proses rawatan ini biasanya melibatkan proses memulihkan bahagian hadapan gigi agar kelihatan putih dan bentuk gigi menjadi cantik.

Kelebihan rawatan ini adalah ianya boleh bertahan selama bertahun-tahun namun kos rawatan veneer gigi adalah mahal.

Tok Wan harap anda semua dapat menjaga kesihatan gigi anda dengan lebih baik sebelum gigi menjadi rosak.

.

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.