Resdung penyakit keturunan? Betul ke Tok Wan? Soalan ini memang ramai yang tanya Tok Wan. Yang Tok Wan boleh jawab, ada beberapa punca kenapa resdung ni terjadi dan Tok Wan boleh senaraikan punca utama yang menyebabkan resdung dan kenapa ianya boleh jadi teruk.
Tok Wan faham, ramai yang bangun pagi je dah rasa hidung gatal-gatal. Asyik bersin tak henti-henti, nafas berbau dan tekak selalu berkahak ni antara simptom resdung ni la. Mesti ramai rimas dengan masalah resdung ni kan. Jadi, Tok Wan kongsikan punca resdung supaya anda boleh elakkan dan kurangkan gejala resdung yang bagi rimas ni.
1. Genetik Keturunan
Sumber: Pixabay.com
Ya, salah satu punca utama resdung adalah satu penyakit keturunan yang boleh diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain menerusi genetik keturunan. Tok Wan ada juga resdung tapi terkawal.
Jadi, tidak hairanlah anda mempunyai masalah yang sama jika ada ahli keluarga anda yang mempunyai masalah resdung. Besar kemungkinan anda anda juga akan mewarisi penyakit resdung ini samada sedikit atau teruk resdungnya melalui genetik anda.
Jangan salahkan diri sendiri, benda begini normal. Jika tak tahan dengan resdung ni, boleh berjumpa doctor untuk dapatkan nasihat dan rawatan.
2. Alergi Tertentu
Sumber: Pexels.com
Punca resdung seterusnya adalah anda ada alergi di mana anda ada alahan kepada sesuatu perkara. Contohnya, anda alah terhad habuk. Apabila tededah kepada habuk, hidung anda akan mula gatal, bersin tak henti dan akhirnya terkena serangan resdung.
Ini boleh terjadi pada alahan pada perkara lain yang popular seperti alahan kepada bulu dan makanan laut. Jadi, apakah tanda ada masalah alergi? Mari Tok Wan kongsikan.
- Badan menjadi merah-merah secara tiba-tiba tanpa sebab diketahui
- Kulit menjadi gatal-gatal
- Kulit menjadi bengkak
- Batuk
- Tekak berkahak
- Bersin secara tiba-tiba
- Hidung menjadi sangat gatal dan berair tanpa selesema
- Hidung tersumbat secara tiba-tiba
Jadi apabila terkena alergi, kenalpasti apakah perkara yang anda alergi dan elakkan. Insha Allah, resdung anda akan berkurangan.
3. Struktur Hidung Kurang Normal
Sumber: Pixabay.com
Ramai tak tahu, struktur hidung yang tak normal punca anda mengalami resdung dan sangat susah untuk disembuhkan. Antara ketidaknormalan struktur hidung yang selalu menyumbang kepada resdung adalah:
- Saluran hidung yang sempit
- Tulang hidung yang senget
- Tumor dalam hidung
- Lelangit terbuka
Keadaan di atas menyebabkan rongga sinus anda tertutup dan akibatnya mukus akan terkumpul dalam rongga tertutup tersebut. Ini menyebabkan berlakunya jangkitan yang menjadi punca resdung. Sebaiknya anda berjumpa dengan doktor untuk kenalpasti ketidaknormalan struktur hidung anda dan dapatkan rawatan.
4. Makanan Gatal
Sumber: Unsplash.com
Punca ini Tok Wan rasa antara paling popular apabila ramai yang resdung mereka bertambah teruk apabila menikmati makanan gatal seperti udang, sotong, kerang, ketam dan tak terkecuali ada yang gatal bila makan sardin, kekacang dan juga ayam!
Baca juga : Petua Hilangkan Selesema Anak Dengan 5 Jenis Makanan
Kesian yang tak boleh makan macam ni, ada yang sampai masuk hospital jika mereka tak tahu yang mereka kena elak makan makanan gatal ini agar gejal resdung mereka tidak bertambah teruk.
5. Jangkitan Kulat
Sumber: Unsplash.com
Punca resdung seterusnya adalah jangkitan kulat. Rongga hidung kita yang gelap dan lembap adalah kawasan yang sangat sesuai untuk pertumbuhan kulat. Risiko pertumbuhan kulat dalam rongga hidung semakin meningkat jika anda mempunyai imuniti yang rendah.
Tok Wan cadangkan setiap hari anda menyedut air ke dalam hidung dan hembuskan air tersebut. Kemudian ambil kain bersih dan lap bahagian dalam hidung untuk hidung anda sentiasa bersih.
6. Persekitaran Tercemar
Sumber: Pexels.com
Persekitaran sekeliling kita sekarang sangat tercemar. Tok Wan dan Mak Jah rindu masa dahulu. Udara yang kita sedut sekarang tidak lagi bersih seperti dulu, walaupun anda menetap di kampung.
Udaranya penuh dengan partikel asap, debu dan kotoran dari semburan yang kita guna setiap hari, sektor perindustrian dan sebagainya. Paling utama, asap rokok yang anda hisap atau asap rokok yang dihidu membuatkan resdung anda bertambah teruk kerana ianya boleh memyebabkan keradangan dinding sinus.
Oleh itu, kurangkan aktiviti di luar rumah bagi mengurangkan anda terdedah kepada persekitaran yang kurang sihat.
Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan