Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

3 Punca Bahaya Tepung Gandum Punca Penyakit Serius

bahaya tepung gandum untuk kesihatan

Tahu tak bahaya tepung gandum untuk kesihatan kita ? Sebelum itu Tok Wan nak kongsikan, berita yang mengemparkan seluruh dunia baru-baru di sebabkan bekalan gandum dunia akan mengalami kemerosotan dan peningkatan harga mendadak.

 

Puncanya di sebabkan oleh  tindakan kerajaan India yang melarang eksport gandum akibat fenomena gelombang haba di negara mereka.

 

Nak tak nak kita di Malaysia juga akan menerima tempias ini, sebabkan tepung merupakan salah satu makanan ruji bagi rakyat Malaysia

 

Dari satu sudut positif Tok Wan lihat perkara ni bagus untuk kita agar mengubah selera makan kita, perlahan-lahan untuk berhenti daripada mengambil makanan berasaskan tepung gandum ini.

 

Tok Wan bukan saja-saja nak cerita tentang bahaya tepung gandum ni kepada kesihatan kita. Perkara ini di perkaui sendiri oleh banyak pakar nutrisi di dunia. Di Malaysia sendiri, Dr Norman Norawi menjelaskan beberapa faktor mengapa tepung gandum bahaya untuk kesihatan kita

 

3 Punca Bahaya Tepung Gandum Kepada Kesihatan

Dibawah ni antara beberapa point penting yang di kongsikan oleh Dr norwan Norawi tentang keburukan tepung gandum kepada kesihatan kita.

 

#01 Genetik Bijirin Gandum Yang sudah diubah

GANDUM KUNO moden

Tahukah anda, disebabkan permintaan yang tinggi di seluruh dunia, telah mencetuskan penghasilan baka bijirin gandum yang telah di ubah suai.

 

Gandum zaman sekarang adalah berbaka hibrid.Baka hibrid moden atau gandum durum ini tinggi protein gluten berbanding gandum zaman dulu.

 

Dimana ianya menyembabkan bijirin gandum yang dihasilkan dalam saiz yang besar dan banyak. Kesan daripada perubahan genetik bijiran gandum ini sendiri adalah tidak baik untuk kesihatan kita pada masa panjang

 

 

#02 Karbohidrat Proses

bahaya tepung gandum karbohidrat

Tepung gandum mengandungi yang di pangil karbohidrat proses. Ianya akan meningkatkan paras glukosa. Peningkatan glukosa ini akan menyebabkan kepada masalah insulin tinggi. Dimana,kesan selepas bertahun-tahun pengambilan tepung, akan menyebakan badan kita mengalami rintangan insulin yang menaji punca kepada penyakit kencing manis dan diabetis

 

 

#03 Bahaya Tepung Gandum – Tinggi Gluten

bahaya tepung gandum glueten

Sumber : laboratuar.com

Gluten ialah bahan untuk mengikat antara makanan. Nak lebih mudah, kita lihat pada adunan doh yang diguna untuk buat roti canai contohnya. Itulah dia gluten. Menjadikan roti kita lebih kenyal dan elastik.

 

Walaupun begitu, tahap kesedaran kita terhadap kesan gluten kepada kesihatan sangat rendah. Sebab kesannya sangat halus. Ianya tidak memberi kesan sacara lansung. Ianya akan berlaku dalam masa yang panjang. Namun sekiranya ianya telah merebak, ianya akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang di kaitkan dengan masalah mentel seperti kemurungan,derpression berlebihan.

 

Antara penyakit yang dikaitkan dengan gluten yang berpunca daripada tepung seperti:

2) Kembung dan masalah system pencernaan.
3) Masalah psikiatri.
4) Penyakit nyanyuk (Alzheimer)
5) Penyakit Parkinson.
6) Masalah alahan dan hipersensitif. Ekzema, asma.
7) Sakit kepala dan migrain
8) Masalah kulit seperti jerawat dan ruam.
9) Masalah tiroid
10) Masalah sindrom metabolic
11) Diabetes type 1 dan 2
12) Masalah peningkatan berat badan.
13) Sesetengah kanser seperti kanser usus dan darah.
14) Sakit sendi.
15) Spondyloarthropathy (Masalah-masalah sendi tulang belakang).
16) Kekurangan nutrisi

 

 

Gantikan Tepung Gandum dengan Beras

Tepung gandum hanya mengandungi karbohidrat sahaja, tanpa mengandungi sebarang vitamin lain. Ianya juga dipanggil makanan tanpa zat surih. Kalori kosong tanpa zat.  Pengambilan makanan berasaskan tepung gandum tiada beza dengan pengambilan gula putih yang mana semua kita tahu.  Gula banyak mendatangkan masalah kesihatan untuk jangka masa panjang.

Pengambilan makanan berasaskan tepung, merupakan amalan tidak sihat untuk jangka masa panjang. Jika boleh perlu elakkan.

Sekiranya masih mahu mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, boleh la gantikan dan lebihkan dengan makanan berasaskan beras.

 

Dengan keadaan dunia yang akan dilanda krisis makanan, elok sangat la kita membuat persedian untuk menghadkan pemakanan kita.

 

“Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan”

 

Tok Wan nasihatkan kepada diri Tok Wan sendiri juga dan kepada pembaca-pembaca sekalian, sama-sama kita ikhtihar untuk mengubah corak pemakanan kita,dah tahu bahaya tepung gandum kepada keishatan, jadi kita beralih selera kepada makanan yang lebih sihat

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

 

 

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.