Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

6 Cara Jaga Mata Untuk Elakkan Rabun

Nak jaga mata ni tak susah sebenarnya. Tapi zaman sekarang ni tak macam zaman Tok Wan dulu. Kita banyak menghabiskan masa yang lama duduk menghadap di depan komputer/gajet. Ini boleh meletihkan mata kita dan kita perlu menjaga mata kita dengan baik.

Menatap pada skrin untuk masa yang lama boleh menyebabkan ketegangan mata dan ini juga boleh menyebabkan masalah visual. Mata anda dipengaruhi oleh gaya hidup dan kesihatan anda.

Dengan membuat beberapa perubahan kecil dan mengikuti beberapa cara yang Tok Wan kongsikan ini, boleh menjadi sesuatu yang diperlukan untuk penjagaan mata yang berkesan.

 

1. Kurangkan Diri Dari Skrin Komputer/Gajet

jaga mata kurangkan diri skrin

Sumber: Unsplash.com

Melihat skrin komputer/gajet terlalu lama boleh menyebabkan:

  • Penglihatan kabur
  • Mata kering
  • Ketegangan mata
  • Sakit leher, belakang dan bahu
  • Sakit kepala
  • Masalah menumpukan penglihatan pada jarak jauh

Untuk melindungi mata, anda harus:

  • Selaraskan skrin agar mata dan bahagian atas monitor anda adalah pada tahap yang sama. Ini membolehkan pandangan anda sedikit ke bawah di skrin.
  • Pastikan preskripsi kacamata atau kanta sentuh anda adalah terkini dan bagus untuk melihat skrin komputer.
  • Pilih kerusi yang selesa dan boleh memberikan sokongan yang baik untuk anda. Ini untuk elakkan anda duduk tidak sekata dan kedudukan mata berubah-ubah Ketika kerja.
  • Jika mata anda rasa kering, cuba berkedip banyak kali untuk memberi kelegaan.
  • Rehatkan mata setiap 20 minit. Lihat jauh ke jarak 20 kaki dan seeloknya kehijauan pokok selama 20 saat. Berdiri atau pergi berjalan0jalan setiap 2 jam dan berehat selama 15 minit.
  • Cuba untuk elakkan silau dari tingkap dan lampu. Gunakan skrin anti -silau Ketika bekerja di hadapan komputer, atau cermin mata hitam/ anti-silau ketika memandu jika diperlukan.
  • Jika ketegangan mata anda tidak dapat dihilangkan, boleh anda pergi jumpa doktor mata untuk berbincang dengannya mengenai cermin mata yang sesuai untuk melihat komputer/gajet.

 

2. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

jaga mata tidur mencukupi

Sumber: Unsplash.com

Purata orang zaman sekarang kurang tidur kerana asyik dengan gajet sebelum tidur. Tidur membolehkan mata anda berehat sepenuhnya dan memperolehi tenaga semula selepas kerja seharian yang penuh dengan tekanan.

Sekiranya anda tidak dapat tidur dengan masa yang cukup pada waktu malam, anda berisiko untuk mendapat mata kering, yang boleh menyebabkan rasa sakit, kegatalan dan penglihatan kabur.

Dalam kes-kes yang lebih teruk, anda mungkin mengalami kerosakan saraf optik akibat peredaran darah yang teruk dan tersumbat di mata.

 

3. Elakkan Menggosok Mata

jaga mata elak gosok mata

Sumber: Pexels.com

Tangan terdedah kepada banyak kotoran, debu dan bakteria, dan semua ini boleh dipindahkan ke mata dengan mudah setiap kali anda menyentuh atau menggosoknya. Jadi elakkan meletakkan tangan ke amra anda untuk mengelakkan jangkitan dan kerengsaan. Tok Wan perhati kanak-kanak selalu gosok mata selepas bermain, agak khuatir juga. Ibu bapa kena ingatkan anak-anak mereka tentang perkara ini, orang dewasa juga tidak terkecuali. Jika hendak gosok mata juga akibat gatal, ambil kain bersih dan gosok dengan perlahan.

 

4. Selalu Membuat Senaman Mata

jaga mata senaman mata

Sumber: Pexels.com

Oleh kerana mata ada banyak otot, elok kita buat beberapa senaman untuk kekalkan mata kita dalam keadaan baik. Senaman mata yang Tok Wan nak cadangkan ini lebih berkesan jika dilakukan pada waktu malam, apabila mata anda rasa letih dan sebelum pergi tidur. Sekiranya anda melakukan senaman dengan konsisten selama sebulan, Tok Wan yakin anda akan mula lihat perbezaan.

Senaman mata yang boleh dibuat adalah dengan memanaskan mata anda selama lima saat dengan tapak tangan yang hangat dan lakukan tiga kali. Memusingkan mata juga dapat membantu otot mata anda. Boleh anda cuba untuk psuignkan amta anda kira-kira sepuluh kali dalam kedua-dua arah.

Untuk tajamkan fokus, ambil sebatang pen dan letak pada panjang lengan dan tumpukan penglihatan pada pen itu. Gerakkan pen mendekat dengan perlahan sehingga kira-kira enam inci untuk sepuluh kali.

Membuat senaman mata ini dengan kerap dapat membantu pergerakan mata dan menjadikan penglihatan mata lebih tajam.

 

5. Pakai Pelindung Kaca Mata

jaga mata pakai pelindung kaca mata

Sumber: Pexels.com

Memakai pelindung kaca mata apabila bermain sukan atau melakukan aktiviti di sekitar rumah. Pelindung kaca mata termasuk kaca mata keselamatan dan cermin mata, perisai keselamatan, dan pengawal mata yang direka khas untuk memberikan perlindungan yang betul untuk aktiviti tertentu.

Contoh pelindung kaca mata yang Tok Wan maksudkan adalah memakai “goggles” semasa berenang di kolam renang atau di laut. Ini boleh kurangkan risiko mata termasuk air klorin berlebihan atau air masin jika di pantai.

 

6. Makan Diet Seimbang Serta ‘Supplement’

jaga mata diet seimbang

Sumber: Unsplash.com

Diet yang seimbang dan makanan yang kaya dengan antioksidan, seperti Vitamin A dan C. Makan seperti sayur-sayuran dan ikan adalah antara yang baik demi menjaga kesihatan mata kita.

Terdapat banyak makanan seperti ikan salmon, tuna, sardin, tiram, kacang walnut, dan kacang soya yang mengandungi asid lemak Omega-3 yang penting untuk kesihatan makula yang merupakan bahagian mata yang bertanggungjawab untuk penglihatan pusat.

Pengambilan antioksidan yang tidak mencukupi, kekerapan minuman ringan dan lemak tepu boleh menghasilkan reaksi radikal bebas yang boelh merosakkan makula di bahagian tengah retina. Mengekalkan glukosa darah, tekanan darah dan tahap kolesterol yang rendah boleh membantu menjaga kesihatan mata dan badan anda.

Namun dalam zaman serba sibuk ni, Tok Wan faham tak ramai ada masa nak ambil diet seimbang kerana memerlukan komitmen mencari makanan terbaik. Oleh itu, Tok Wan sarankan ambil makanan tambahan ‘supplement’ bagi menampung kekurangan khasiat untuk mata kita. Supplement yang Tok Wan nak cadangkan adalah AINS Eyes Supplement.

 

 

Tok Wan cadangkan AINS ni sebab ianya terbukti selamat la sebab lama dah Lulus KKM (MAL19016027T), siap ada hologram lagi. Khasiat yang ada dalam makanan tambahan AINS ini terdiri daripada makanan yang terbaik iaitu buah Kurma, buah Delima, buah Anggur, Tomato, Avocado, Lobak, Kobis dan Kuaci. Sekali makan 1 tablet boleh dapat 8 khasiat terus, jimat masa. Selain itu, makanan ni sesuai dari umur 7 tahun hingga 60 tahun.  Yela, Tok Wan tengok sekarang ini ada dah anak-anak masuk sekolah rendah dah pakai cermin mata, kesian. Senang makan AINS ni, sebab ianya dalam bentuk tablet yang sedap dikunyah. Kalau nak mudah, tekan je NAK BELI ni dan buat pembelian, sampai terus depan rumah.

 

Akhir kata Tok Wan nak pesan, mata adalah anugerah dari Allah SWT yang sangat istimewa kerana banyak perkara boleh kita lakukan dengan adanya mata. Biarlah kita jaga mata kita dengan baik sampai kita tua macam Tok Wan dan Mak Jah ni, Alhamdulillah sihat lagi mata. Semoga semua tips yang Tok Wan bagi ni memberi manfaat pada semua.

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

 

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.