Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

Cukup Minum Air di Bulan Puasa? Ini Caranya 8 Gelas Sehari!

Cukup Minum Air di Bulan Puasa

Tok Wan pernah jelaskan sebelum ini 14 Kelebihan Minum Air Yang Ramai Tak Tahu. Ya, kita perlu cukup minum air kerana tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan.

Air diperlukan untuk membekalkan nutrien kepada organ tubuh badan dan juga bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, menjadi agen pembuang bahan toksik dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ badan.

Bagi seseorang yang kurang cukup minum air, ia akan meningkatkan risiko terkena penyakit seperti sakit kepala, batu karang, sakit sendi dan otot, lesu pada wajah dan kehausan. Seseorang yang mengalami hidrasi akan mengeluarkan air kencing yang berbau kuat dan berwarna kuning pekat.

Apabila menyebut tentang bulan puasa, pasti ramai yang keliru bagaimana untuk cukup minum air sebanyak 8 gelas sehari seperti yang selalu disarankan.

Bab tu jangan risau, Mari Tok Wan kongsikan kepada anda cara-cara pengambilan air di bulan puasa — bermula semasa berbuka puasa, sehinggalah sewaktu bersahur, cukup 8 gelas sehari.

Baca Juga: 5 Khasiat Air Nabeez (Air Rendaman Kurma) Yang Anda Tak Tahu

cukup minum air minum 8 gelas air di bulan puasa

Sumber: Google

Cadangan minum air ketika puasa:

  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas makan sahur
  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas sebelum solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Tarawikh
  • 1 gelas sebelum tidur

Mudah kan aturan minum air begini?

 

Tips Mudah Waktu untuk Cukup Minum Air

cukup minum air tips mudah

Sumber: Unsplash

Ini ada tips lain yang Tok Wan boleh cadangkan untuk anda cukup minum air sepanjang bulan Ramadan. Tips ini membantu anda kekal terhidrat sepanjang Ramadan.

 

Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur – Ketika makan sahur, kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa Usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral. Kurang minum manis semasa sahur akan mengurangkan rasa cepat dahaga.

Minum Waktu Tidur – Peluang untuk minum hanya pada waktu malam, jadi kalau nak kerap minum lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.

Makanan Dengan Kandungan Air Tinggi – Anda juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.

Elak Minum Banyak Ketika Berbuka – Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi bila berpuasa, tetapi cuba jangan pula minum air sampai hilang selera nak makan. Minum 8 gelas air saat berbuka bukanlah penyelesaian yang tepat.

Berbuka Dengan Kurma & 2 Gelas Air – Tentu ramai yang sudah tahu bahawa kita disarankan berbuka dengan kurma terlebih dahulu tetapi tahukah anda kebaikan daripada tindakan yang diamal?
Ya, buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi yang cukup tinggi, serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi. Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa. Dan pastinya air yang diambil pula akan menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan.

Bawa Air Ketika Keluar Malam Setiap kali pergi terawih atau keluar mencari barang, elok bawalah air sebotol. Ini satu jalan mudah untuk menjaga tubuh badan daripada kekurangan air.

 

Tok Wan faham bukan mudah nak mengikuti tips yang dikongsikan kerana puasa Ramadan hanya setahun sekali. Nak bawa botol air ke mana-mana selepas Maghrib tu mungkin boleh dicuba.

Namun Tok Wan yakin, jika kita berbuka puasa secara sederhana, kurangkan air manis dan cukup minum air seperti yang Tok Wan kongsikan, kesihatan anda akan lebih baik selepas bulan Ramadan.

Bonus! Bentuk badan anda juga mungkin akan nampak lebih menarik menjelang Raya nanti jika mengikuti tips yang Tok Wan beri ini walaupun tidak bersenam pada bulan Ramadan. Tak nak ke? Rugi tu.

 

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.