Bagaimana cara mencegah penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD)? Mak Jah nak kongsi sikit situasi mengenai perkembangan wabak HFMD di negara kita ni.
Menurut laporan dari Pengarah Kesihatan Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, setakat 21Mei 2022 sahaja, kes ini meningkat 20 kali ganda berbanding tahun lalu dengan 47,209 kes dilaporkan.
Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tadika dan prasekolah iaitu 711 wabak atau 61 peratus daripada kes keseluruhan, diikuti rumah persendirian dengan 407 wabak atau 35 peratus dan pusat jagaan kanak-kanak 42 wabak atau tiga peratus.
Agak merisaukan jugak, lagi-lagi jika kes ni banyak dan mudah menjangkit di kalangan kanak-kanak.
Jadi disini Mak Jah rasa sebagai opah dan orang perempuan yang sangat-sangat risau dengan situasi ini, ingin berkongsi cara pencegahan agar kita semua dan ibu bapa terutamanya yang ada anak-anak kecil tu ambik berat dan mainkan peranan untuk mengurangkan risiko daripada anak-anak terkena jangkitan penyakit HFMD ni.
Table of Contents
5 Cara Mencegah Penyakit Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)
Gambar penyakit tangan kaki dan mulut
Sebelum kita nak cegah, kita kena tahu dulu apa penyakit ni dan apa punca penyakit tangan kaki dan mulut ni. Kalau korang tak tahu, boleh baca perkongsian Tok Wan Apakah punca penyakit tangan, kaki dan mulut?
Untuk perkongsian kali ni Mak Jah nak terus sahaja kongsikan langkah-langkah pencegahan penyakit HFMD yang kita orang dewasa boleh lakukan.
1.Amalkan Kebersihan Tahap Tinggi Di Rumah
Segalanya bermula dari rumah. Oleh itu sebagai ibu bapa berperanan dalam memastikan rumah dalam keadaan yang bersih. Lakukan proses disinfeksi untuk membasmi kuman dengan mencuci peralatan dan permainan menggunakan bahan pencuci berasaskan klorin dan air.
Penyakit HFMD mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti.
Oleh itu, pastikan amalkan mencuci tangan dengan sempurna menggunakan sabun dan air bersih:
- Sebelum menguruskan anak
- Sebelum menyediakan makanan
- Selepas keluar tandas
- Selepas menukar lampin
- Selepas mencuci najis
2.Kuarantin Anak Jika Bergejalah
Aagar penularan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) tidak menjangkiti anak-anak yang lain semasa tempoh kuarantin dengan mengamalkan:
- Penjagaan kesihatan diri dan persekitaran.
- Amalkan mencuci tangan dengan betul menggunakan air dan sabun.
- Jangan berkongsi sapu tangan, tuala, alatan mainan, dengan adik beradik yang lain.
HFMD adalah penyakit berjangkit. Kuarantin atau asingkan anak anda sekiranya mereka menunjukkan gejala atau tanda HFMD.
Langkah ini penting bagi mengelakkan penyakit tersebut berjangkit kepada kanak-kanak lain.
- Demam
- Ulser pada tekak,mulut dan lidah
- Hilang selera makan
- Ruam dan lepuh pada tangan, kaki dan kawasan lampin
3.Sentiasa Mencuci Tangan Dengan Bersih
HFMD disebabkan oleh virus enterovirus.
Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti.
Penyakit ini boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer
Berikut langkah cuci tangan menggunakan air dan sabun seperti dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ajarkan juga anak-anak anda, untuk langkah mencuci tangan ini.Cuci tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun.
- Basahkan tangan, letak sabun dan ratakan
- Gosok tapak tangan
- Gosok setiap jadi dan celah jari
- Gosok kuku di tapak tangan
- Gosok belakang tangan
- Bilas dengan air bersih secukupnya
- Keringkan tangan dengan kain bersih
4.Pencegahan HFMD Di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak
Sumber : sbhi.com.au
Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh pengusaha pusat jagaan kanak-kanak atau tadika bagi mencegah dan mengawal penyakit HFMD?
Disertakan proses saringan kesihatan dan penjagaan kebersihan ini adalah bagi memastikan kanak-kanak bebas penyakit berjangkit.
Sekiranya kanak-kanak menunjukkan tanda penyakit:
- Minta ibu bapa/ penjaga bawa anak ke klinik
- Anak tidak dibenarkan masuk ke taska/ tadika/ tabika/ pra-sekolah
Selain itu juga, pemilik Pusat Jagaan Kanak-Kanak Tadika/Tabika/Taska/Pra-Sekolah boleh mengambil langkah pencegahan dengan ;
- Amalan kebersihan diri dan premis
- Latih kanak-kanak sentiasa mengamalkan 7 langkah mencuci tangan yang betul
- Cuci tangan dengan menggunakan sabun & air bersih selepas menguruskan kanak-kanak
- Cuci alatan dan permainan dengan bahan pencuci berasaskan klorin dan air
- Bersihkan lantai dan tandas premis menggunakan bahan pencuci berasaskan klorin
- Buang lampin pakai buang dalam tong sampah tertutup
- Tidak berkongsi peralatan makan dan minum serta barangan peribadi antara kanak-kanak
5.Pencegahan di Premis
Penyakit HFMD mudah merebak melalui perkongsian peralatan, oleh itu pemilik premis atau penyelia perlu pastikan premis tersebut ;
- Lakukan proses disinfeksi untuk membasmi kuman dengan mencuci peralatan dan permainan menggunakan bahan pencuci berasaskan klorin dan air.
- Elakkan juga berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta alat mainan. makanan, cawan, pinggan, sudu dan garfu
Kesimpulanya
Bagi Mak Jah, semua orang perlu mengambil tanggungjawab dan peranan dalam mencegah dan mengurangkan jangkitan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Perkara ni bukan saja kanak-kanak malah, penyakit tangan kaki dan mulut orang dewasa juga tidak terkecuali dari di jangkiti
Memandangkan penyakit ini dapat menjangkit dengan mudah dan pantas. Apa yang paling penting sekali ialah kita kena pastikan sentiasa menjaga kebersihan diri dan anak-anak setiap masa. Dan paling asas sekali ialah sentiasa basuh dan bersihkan tangan.
Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan