Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

Tips Petua Hilangkan Selesema Anak Dengan 5 Jenis Makanan

petua hilangkan selsema anak

Kebetulan musim hujan ni, banyak kena demam selesema. Jadi Tok Wan dan Mak Jah nak kongsikan sikit petua hilangkan selesema anak dengan dengan 5 jenis makanan yang dah biasa kita jumpa.

 

Anak-anak kecil ni bila kurang sihat, selesema cepat menangis. Lebih-lebih lagi anak-anak kecik yang masi berusia 1 ke 2 tahun. Bukan setakat mak ayah dia, Tok Wan dan Mak Jah pun naik seriau tengok cucu-cucu kami dekat rumah ni.

Tok Wan dan Mak Jah kongsi jenis makanan yang bagus untuk hilangkan demam selesema. Bukan sebab apa,kalau yang dah dewasa pun bila dah jatuh sakit akan jadi kurang selera nak makan, ni kan pula anak-anak kecik.

 

Masa selesema ni, nak makan pun memang tak selesa. Makanan pun dah tak da rasa. Di tambah pula dengan kerongkong yang mula mengatal dan hidung tersumbat. Tak makan langsung pun tak boleh.

 

Nasihat Tok Wan dan Mak Jah, sebagai ibu bapa usah terlalu risau. Benda ni normal dan akan kembali seperti sedia kala selepas anak-anak sihat nanti.

 

Apa yang paling penting masa anak sakit ni, pastikan anak-anak masi tetap terhidarasi. Tapi kalau anak-anak mula nak minta makan sebab lapar, anda boleh la sediakan beberapa tips yang Tok Wan dan Mak Jah bagi ni untuk hilangkan selesema anak anda.

 

Petua Hilangkan Selesema Anak Dengan 5 Jenis Makanan Ini

 

1. Madu

petua hilangkan selsema anak

Sumber : Pixabay.com

 

Madu ni, Tok Wan dan Mak Jah letak nombor satu. Kita tak perlu sangkal lagi khasiatnya dalam dunia perubatan islam. Dalam Al-quran pun ada sebut yang madu ni  mampu memulihkan pelbagai penyakit.

Malah, jika di bandingkan madu merupakan antibiotik yang lebih baik berbanding ubat batuk yang ada di farmasi.

Baca juga : 6 Kebaikan Dark Chocolate Untuk Kesihatan

Ianya bagus untuk kurangkan batuk,selesema dan sakit tekak. Cuma kena pastikan anda beli madu asli semulajadi. Bukan madu tiruan yang banyak di jual dipasaran pada masa sekarang ni.

 

Cara penyedianya pula sebelum anak nak tidur, bagi anak minum madu setengah sudu besar dan minum dengan segelas air suam. Cuma bagi bayi yang bawah umur setahun, madu kurang sesuai

 

2. Sup ayam

Sumber : Pixabay.com

Yang ni Tok Wan suka makan, lebih-lebih lagi masakan Mak Jah, sup dia tu kaw-kaw la dia masak ha. Sup ayam ni sangat bagus makan ketika masi panas-panas. Boleh campurkan dengan sayur-sayuran. Ianya membantu untuk mencairkan mucus (ingus) dan meringankan hidung dari sukar bernafas, tekak dan dada.

 

Selain dari sup ayam, boleh juga sediakan sup lain seperti sup sayur, sup bebola ikan. Dan sebagainya. Janji sup dan anak suka makan. Lebihkan sikit garam pun tak apa. Sebab rasa garam tu boleh menimbulkan selera nak makan. Ya la, masa selesema ni deria rasa anak-anak pun berkurang kan.

 

3. Vitamin C

petua hilangkan selsema anak

Sumber : Pixabay.com

Nak dapatkan vitamin c untuk anak-anak sebaiknya dapatkan dengan makanan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Seeloknya dari usia kecik ni lagi, kena biasakan anak-anak makan dan dapatkan sumber dari bahan-bahan yang semulajadi masuk dalam badan tu.

Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai sumber vitamin c ialah seperti strawberi, brokoli, oren,tomato,kiwi,betik,labu,potato manis

Cuma kadang anak kecik ni kita faham, masa sakit memang susah nak makan. Buah-buahan ni kita boleh jadikan dia dalam bentuk jus.

 

4. Daging tanpa lemak

Sumber : Halodoc.com

Daging ni dia mengandungi mineral yang penting untuk meningkatkan daya imun melawan penyakit dalam tubuh kita.

Cuma, pastikan bagi makan daging yang telah di buang lemak terlebih dahulu. Ianya cara pantas untuk meningkatkan zat besi dalam tubuh kanak-kanak.

 

5. Bawang putih

Sumber : Pixabay.com

Bawang putih ni banyak khasiatnya. Tapi anak-anak banyak tak suka makan sama dengan Mak Jah jugak ni. Kalau boleh cuba usahakan. Sebabnya bau bawang putih mempunyai anti oksidan yang kuat melawan vius, ianya membantu melawan selesema anak.

Cara penyedianya, boleh cuba sediakan sup dengan hirisan bawang putih.

Untuk ibu yang menyusu badan, anda boleh amalkan pemakanan di atas. Ini kerana khasiat daripada pemakanan anda, akan dapat terus kepada anak melalui susu ibu

 

Tips lain hilangakan selesema anak

Selain daripada pemakan, ada beberapa lagi tips Tok Wan dan Mak Jah nak share ni untuk hilangkan selesema anak tu.

Antaranya banyakkan minum air. Bantu anak-anak agar banyakkan minum air. Ini kerana ianya membantu memudahkan kahak/lendir ingus agar mudah cair seterusnya membersihkan hidung yang tersumbat.

 

Semasa anak tidur, tinggikan sedikit bahagian kepala, ianya membantu untuk si kecil bernafas lebih baik ketika hidung sumbat

 

Satu lagi Tok Wan dan Mak Jah nak ingatkan, jangan paksa anak makan ketika sakit. Biarkan mereka sendiri yang bagi tahu atau tunjukan ke inginan nak makan. Bayi dan kanak-kanak akan menolak makananan yang menyakitkan. Ini disebakan masa selsema bahagian kerongkong akan mengalami gatal dan bengkak.

Jika keadaan anak anda, masi tak surut juga, Tok Wan dan Mak Jah sarankan adalah lebih baik terus bawa anak anda mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan yang anda percayai.

Semoga tips petua hilangkan selesema anak yang Tok Wan dan Mak Jah kongsikan ini, bermanfaat untuk anda.

 

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.