Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

,

Awas! Sindrom ‘Happy Hypoxia’ Kekurangan Oksigen Yang Tak Disedari Pesakit Covid-19

Sindrom Happy Hypoxia Kekurangan Oksigen

1 April 2022 bermulanya fasa endemik yang telah diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob. Namun, kita belum menang dan ada satu gejala bahaya yang ramai pesakit Covid-19 tidak sedar dan boleh memudaratkan nyawa iaitu kekurangan oksigen atau ‘Happy Hypoxia’.

Sindrom Happy Hypoxia iaitu keadaan di mana kadar oksigen menurun tetapi pesakit dilihat normal. Perkara ini agak baru untuk Tok Wan tapi Tok Wan cuba dapatkan info untuk kita semua.

Biasanya, gejala kekurangan oksigen disertai dengan sesak nafas, termengah-mengah, sakit kepala, gelisah dan kulit bertukar menjadi kebiru-biruan.

 

Apa Kata Pakar?

happy hypoxia kekurangan oksigen hospital

Pakar Perunding Perubatan dan Paru-Paru Pusat Perubatan Sunway Velocity, Kuala Lumpur, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa berkata, Hypoxia berpunca daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan jantung yang menyebabkan kerosakan pada otak, paru-paru dan organ dalaman badan sekali gus membawa maut jika tidak dirawat segera.

Katanya, keadaan itu berlaku apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

“Tahap pernafasan pesakit Hypoxia boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal antara 12 hingga 20 kali seminit.

“Kita juga akan melihat pesakit akan menjadi semakin risau dan panik selain tercungap-cungap kerana kesukarannya bernafas,” katanya ketika ditemu bual oleh Harian Metro.

Apa yang membimbangkan katanya, perkara sebaliknya berlaku kepada pesakit Covid-19 yang mengalami Hypoxia apabila tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

“Mereka kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pesakit Covid-19 ini dipanggil ‘Happy Hypoxic’.

“Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.

“Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, ‘Pulse Oximeter’ kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.

“Bagi pesakit Covid-19, Happy Hypoxia ini boleh berlaku apabila pesakit berada pada kategori empat dan lima iaitu tahap virus mula menunjukkan kesannya di paru-paru.

“Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia ini boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.

Happy Hypoxia yang dialami pesakit Covid-19 bagaimanapun tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan oksigen dan keadaan itu membimbangkan dan boleh membawa maut jika tidak diberi rawatan segera.

happy hypoxia kekurangan oksigen pulse oximeter

Penyebab Happy Hypoxia

Punca happy hypoxia pada pesakit Covid-19 biasanya disebabkan darah menjadi pekat pada jaringan pembuluh darah di bahagian paru-paru.

Keadaan ini menyebabkan keradangan dalam tubuh disebabkan jangkitan virus Covid-19. Ketika tubuh mengalami keradangan, protein akan membentuk darah beku sebagai tindak balas semula jadi kepada sistem kekebalan tubuh.

Apabila ia berlebihan, sel pada jaringan paru-paru tidak mampu membekalkan oksigen mencukupi dan keadaan ini berbahaya kepada pesakit sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Pembekuan darah tidak hanya terjadi pada paru-paru tetapi boleh merebak ke organ vital lain seperti buah pinggang dan otak yang boleh menyebabkan kematian pesakit.

 

Gejala Happy Hypoxia

Meskipun happy hypoxia tidak menunjukkan gejala kekurangan oksigen tetapi masalah ini sebenarnya boleh dikesan. Antara gejala yang perlu diberi perhatian adalah;

  1. Tubuh terasa lemah
  2. Bibir atau jari tangan dan kaki bertukar menjadi kebiru-biruan
  3. Kadar ketepuan oksigen menurun dibawah 94 peratus

 

Cara Cegah Happy Hypoxia

happy hypoxia kekurangan oksigen pulse oximeter 2

Masalah happy hypoxia ini sebenarnya boleh dicegah agar tidak memberi kesan buruk kepada pesakit termasuk kematian.

Bagi pesakit Covid-19, memeriksa kadar ketepuan oksigen secara berkala dengan alat pulse oximeter sangat membantu. Bagaimanapun sekiranya tiada alat tersebut, pesakit perlu peka terhadap gejala pada tubuh.

Ini kerana sindrom itu boleh dialami penderita Covid-19 tanpa gejala atau pun yang mempunyai gejala ringan.

Baca Juga: 10 Teknik Mudah Menghilangkan Stres

“Jadi, bagi mencegah kematian disebabkan fenomena ‘Happy Hypoxia’ ini, pesakit Covid-19 yang dikuarantin di rumah digalakkan membeli ‘Pulse Oximeter’ di farmasi bagi memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus,” kata pakar itu lagi.

 

Jom Waspada

Tok Wan harap perkongsian berkenaan Happy Hypoxia atau kekurangan oksigen tanpa gejala ini dapat membantu setiap kita berwaspada kerana kita masih dalam fasa endemik dan virus masih ada di mana-mana.

Segera ke hospital berdekatan sekiranya tahap oksigen di bawah 94 peratus bagi membendung penyakit ini.

 

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan 

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.