Beras kita beli, tapi bila bersama isteri cepat pancut, ermmm lemah. Tok Wan bukan nak jatuhkan martabat korang sebagai seorang lelaki. Tetapi tolonglah jangan ego dalam bab nafkah batin kepada isteri.
Salah satu punca tertinggi penceraian dekat Malaysia ni berpunca dari sebab nafkah batin tau, jangan main-main. Walaupun tak 100% masalah berpunca dari lelaki.
Tapi kali ni Tok Wan nak cerita bab kita orang lelaki. Bab hal ehwal wanita nanti Mak Jah kamu ja la yang cerita.
Cepat pancut tu kira macam mana Tok Wan? Berapa lama masa yang di kira ideal atau lelaki tu “power”
Sebenarnya tiada lagi ukuran atau kiraan yang tepat untuk mengukur atau menetapkan berapa lama seorang lelaki itu patut bertahan.
Tetapi ada satu kajian di buat oleh International Society of Sexual Medicine, masa paling ideal seseorang lelaki normal boleh bertahan dalam masa 5 ke 7 minit.
Satu dapatan daripada National Health Service (NHS) pula melaporan, tempoh yang dianggap sebagai ejakulasi pramatang adalah 1 minit selepas zakar masuk ke dalam faraj. Mudah nak kata, baru ja celup seminit dah keluar air mani.
Tok Wan bukan nak melucah, tapi nak bagi faham. Takut nanti terlaku berkias, lain pula jadinya.
Tapi tu la perihal dalam selimut ni memang agak sensitive dan memalukan. Tapi sampai bila korang nak simpan masalah tu terbuku di dalam dada?
Tak sayang bini hang pa ka?
Sebab tu Tok Wan dan team duniakesihatan buat channel telegram khas ni untuk kumpulkan orang-orang lelaki di https://t.me/duniakesihatan untuk borak masalah ni dan cari solusi.
Selain tu juga, kami berkongsi tentang ilmu-ilmu kesihatan, anda ada nak tanya boleh anya di sana..insya allah ada yang akan bantu. Masuk free je tak berbayar pun.
Table of Contents
Apa Punca Lelaki Cepat Pancut
Sumber : makehimyours.com.au
Sebelum nak cari jalan penyelesaianya kita kena tahu juga apa punca pucuk pangkal kepada masalah suami-suami di luar sana cepat pancut. Atau bahasa doktor-doktor panggil enjakulasi pra matang.
2 Jenis Ejakulasi Pramatang / Lelaki Cepat Pancut
- Ejakulasi pramatang primer – Berlaku sejak awal lagi, sebelum khawin lagi
- Ejakulasi pramatang sekunder – Baru saja berlaku (selepas khawin) /ketika anda meningkat usia tua
Ejakulasi Pramatang Primer
- Salah satu punca yang paling kerap berlaku adalah disebabkan aktiviti kuat melancap/onani ketika muda
- Kemalangan
Ejakulasi pramatang sekunder
- Ianya berlaku disebabkan oleh peningatan usia, corak gaya hidup, pemakanan dan lain-lain.
Antara punca berlakunya cepat pancut sekunder yang ramai dari orang lelaki tak perasan adalah disebabkan ;
- Terlalu teruja/gelojoh
- Zakar sensitif
- Terlebih rangsangan
- Tekanan
- Kemurungan
- Gelisah dengan prestasi sendiri
- Tidak selesa dengan pasangan
- Masalah hormon
- Kencing manis
Cara Atasi Masalah Cepat Pancut
Sumber : bolde.com
Berikut ni antara tips-tips yang Tok Wan boleh kongsikan berdasarkan pengalaman, pembacaan dan kajian oleh doctor-doktor pakar yang korang boleh cuba untuk atasi masalah tu.
1# Gunakan Kondom
Bagi yang ada masalah zakar terlalu sensitive, boleh cuba kaedah ni. Kondom membantu untuk kurangkan sentuhan secara terus kulit ke kulit yang boleh buatkan zakar cepat teransang. Ianya dapat membantu masalah air mani cepat keluar.
Tips, boleh cuba guna kondom jenis ‘climax control’ yang diperbuat dari lateks/getah yang lebih tebal sedikit
2# Foreplay
Bagi yang terlaju teruja tu. Tok Wan bagi tips ni. Sila bertenang, kontrol sikit. Buat “foreplay” ataupun senang cerita buat adegan pemanasan sebelum membuat hubungan seks. Contohnya ciuman, rabaan. Aksi-aksi intim yang menimbulkan rasa ghairah. Kalau boleh biar bagi pasangan sedap dulu. Sebab orang perempuan ni lambat nak mencapai klimaks
3# Melancap Sebelum Aktiviti Seksual
Ini adalah petua orang lama. Ini kerana onani mampu mengurangkan tahap sensitiviti zakar ketika melakukan aktiviti seksual. Cara ni, suami perlu melancap dalam tempoh masa sekitar 1 ke 2 jam sebelum bersenggama dengan isteri dalam usaha mengelakkan masalah air mani cepat keluar.
Tapi amalkan selalu pun tak bagus juga. Ada cara yang lebih baik daripada buat aktivti ni, iaitu dengan baiki dari dalaman 3 Herba Tradisional Untuk Lelaki Lemah Tenaga Batin
Nak lebih tips? Boleh download 50 idea asrama
4# Berjumpa Doktor Untuk Ubatan & Rawatan
Akhir sekali, jika rasa teruk sangat sebaiknya Tok Wan nasihatkan korang pergilah berjumpa dengan doktor atau pakar sakit tuan lebih afdhal. Kalau rasa malu boleh cuba usha-usha sini dulu kot-kot la masalah tu sama dengan yang anda alami disini
Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan