Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

Bahaya Durian Membawa Maut? Perhatian 5 Golongan Ini

bahaya durian

Betulkah bahaya durian ni kepada sesetengah orang boleh membawa maut?. Musim durian 2022 datang lagi. Bagi hantu durian inilah masa yang paling ditunggu-tunggu untuk menjama dan menikmati keenakan durian dari pelbagai jenis durian yang ada.

 

Warna kuning keemasan, bau yang semerbak di tambah lagi dengan rasa lemak berkirm ketika menikmati durian ini boleh membuatkan seseorang itu susah nak melepaskan peluang sebegini. Memang tidak dapat nak dinafikan, terutama klon Musang King, Udang Merah dan Duri Hitam perghhh…..

 

Yang tak suka durian sahaja akan cakap durian tak sedap. Bagi pengemar durian ini,lebih tepat hantu durian ni, pantang nampak akan cuba makan sebanyak-banyaknya. Malah ada yang sanggup belanja besar dan pusing satu Malaysia semata-mata untuk mencari durian terbaik

 

Tak beringat…

 

Selang beberapa jam, badan mulai panas dan kepala pula pening, selain pedih ulu hati dan kembung perut akibat terlebih menikmati durian yang menyebabkan seseorang itu rasa tidak selesa

 

 

Tok Wan pun salah seorang yang suka makan durian. Cuma nak masuk kategori hantu durian tu tak lagi la.Cerita durian ni memang boleh buat pengemarnya tak keruan. Tapi Tok Wan nak ingatkan juga. Makan durian tu biar berpada-pada. 

Durian ni memang ada eloknya, tapi yang tak elok tu bila makan secara berlebihan.

 

Jadi disini Tok Wan kongsikan sebagai peringatan tentang apa bahaya makan durian ni kepada kesihatan terutama kepada golongan ni

bahaya durian kepada kesihatan

Bahaya Durian Kepada Kesihatan Golongan Berikut

Tidak dinafikan durian ini mempunyai khasiat yang baik untuk tubuh badan. Selain kaya dengan nutrien, durian juga salah satu buah-buahan yang bagus untuk memberi tenaga segera.

Tetapi awas, makan durian secara berlebihan dan tidak berpantang bagi sesetengah mereka terutama yang mempunyai masalah kesihatan adalah tidak bagus untuk tubuh badan dan kesihatan mereka.

01#Penyakit Jantung

bahaya durian kepada penyakit jantung

Kandungan potassium dalam buah durian merupakan tertinggi berbanding buah-buahan lain

Pengambilan makanan yang tinggi kandungan potasium mungkin boleh menyebabkan peningkatan paras potasium dalam darah.

Bahaya durian untuk penyakit jantung salah satunya ialah disebabkan paras potassium yang tinggi dalam darah. Ianya boleh menyebabkan gangguan kepada ritma jantung dan boleh membahayakan nyawa pesakit.

 

Secara normalnya, jantung akan berdegup dengan kadar yang sekata dan tetap setiap masa, di mana jantung akan berdegup dalam kadar 60 hingga 100 bagi jangka masa satu minit walaupun kadar ini boleh berbeza sedikit mengikut tahap kecergasan badan anda. Sekiranya jantung berdegup pada kadar yang tidak sekata dan tetap, irama ini dipanggil sebagai aritmia atau gangguan irama jantung.

 

02#Bahaya Durian Bagi Penderita Diabetis

Sumber : diabetes.co.uk

Pesakit diabetis perlu pesakit menghadkan pengambilan durian. Bahaya gula kepada penderita diabetis perlu di jauhkan. Ini disebabkan durian mempunyai kandungan gula yang tinggi (fruktosa). Makan durian secara berlebihan hanya akan memburukan keadaan dan ianya boleh menyebabkan paras gula bertambah tinggi dan keadaan bertambah teruk kepada kesihatan pesakit

 

03#Pesakit Buah Pinggang

Pengambilan durian secara berlebihan bakit pesakit buah pinggang boleh membahayakan nyawa mereka.

 

Sesetengah sistem penghadaman individu, sebatian sulpur yang tidak sempat meruap mungkin akan digunakan oleh bakteria dalam usus besar dan menghasilkan gas hydrogen sulfida

 

Fenomena ini akan menyebabkan pengumpulan gas (angin) seterusnya membuatkan kemungkinan pedih ulu hati, sendawa, sering kentut dan kembung perut.

Menurut Paka Sains Makanan Universiti Malaysia (USM), Prof Dr Wan Rosli Wan Ishak, situasi itu adalah kesan ‘negatif’ pengambilan buah durian secara berlebihan, namun waspada kepada golongan yang mempunyai penyakit serius seperti pesakit buah pinggang kerana ia boleh membahayakan nyawa mereka

Ini kerana durian mempunyai kandungan mineral potasium yang tinggi kurang sesuai kepada pesakit buah pinggang terutama yang sedang menjalani rawatan dialisis.

Bagi pesakit buah pinggang, sistem perkumuhan mereka tidak berupaya untuk mengeluarkan bahan kumuh daripada badan, contohnya potasium berbanding dengan individu normal.

 

04#Penghidap Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi, serangan jantung Tahun lalu, di Jakarta melaporkan seorang lelaki yang juga penghidap darah tinggi disyaki maut akibat pengambilan durian secara berlebihan.

Keadaan itu, mungkin boleh terjadi apabila makan terlalu banyak buah itu menyebabkan tekanan darah menjadi terlalu tinggi mengakibatkan salur darahnya pecah.

Menurut Prof Dr Wan Rosli, durian mengandungi 11 jenis alkohol di mana kandungannya durian mungkin boleh meningkatkan tekanan darah pesakit hipertensi

05#Peminum Arak/Alkohol

bahaya durian dan alkohol

Makan durian sambil minum arak adalah perkara yang sangat merbahaya dan boleh membawa kepada kematian.

Gabungan durian dan alkohol boleh menyebabkan kematian dalam beberapa kes. Ini kerana durian mengandungi sebatian sulfur yang dipanggil diethyl disulfide yang boleh menghalang enzim aldehid dehidrogenase (ALDH) dalam hati yang berfungsi untuk memecahkan alkohol.

Tambahan pula, durian mempunyai kandungan kalori yang tinggi, jadi penambahan alkohol akan menyukarkan perut dan hati untuk mencerna makanan. Ini boleh menyebabkan gejala mabuk yang berlebihan .

Tahap alkohol dalam darah yang gagal dipecahkan oleh badan kerana disekat oleh kesan durian, akan menjadi sangat toksik. Anda boleh menjadi sangat keliru, tidak bertindak balas, mengalami sesak nafas, dan tidak sedarkan diri sehingga boleh menyebabkan koma.

 

Betulkah Durian Bahaya?

Pakar seperti Dr Wan Rosli sendiri tidak menafikan durian boleh memberi manfaat kepada kesihatan jika diambil dalam kuantiti sederhana, sebaliknya bahaya durian akan memudaratkan serta mendatangkan komplikasi jika dimakan secara tidak terkawal terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik.

Perlu diingat disebabkan durian ni mempunyai kalori yang tinggi,makan durian secara berlebihan ni akan menggangu sistem pencernaan, perut dan hati kita.

 

Manakala persoalan adakah makan durian bahaya untuk ibu hamil bergantung kepada tahap kesihatan si ibu dan juga berapa banyak yang di makan.

Ibu hamil sebenarnya selamat dan boleh makan durian tetapi dalam kuantiti yang sederhana.  Durian juga boleh memberi manfaat kepada ibu mengandung kerana buah itu mengandungi sebatian tryptophan dan organo-sulpur yang memberikan kesan positif seperti memberi ketenangan, membantu mengelak imsomnia dan berfungsi sebagai antioksidan.

Namun sebagai langkah berjaga-jaga, nasihat kepada ibu hamil yang mungkin mengidam nak makan durian tetapi risau mengenai kandunganya. Adalah lebih baik dapatkan nasihat doktor. Bagi pesakit diabetes gestasi, pengambilan durian mungkin tidak digalakkan memandangkan kandungan gulanya tinggi.

 

 

Pesan Tok Wan, apa juga yang kita makan perlulah beragak dan dalam kuantiti yang tidak berlebihan. Sebab itu dalam Islam kita di ajar, agar makan tidak berlebihan. Dalam satu hadis yang maksudnya

…. makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (QS. Al a’rof: 31)

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

 

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.