Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

5 Kesan Rokok & Bahan Kimia Dalam Rokok

kesan rokok dan bahan kimia dalam rokok

Kesan rokok kepada kesihatan sangat berkait dengan bahan kimia dalam rokok itu sendiri. Saranan terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengharamkan rokok dan vape adalah satu perkara yang positif yang perlu disokong oleh semua masyarakat.

 

Malah di Malaysia, ulamak dan para mufti juga telah mengeluarkan fatwa  bahawa hukum merokok adalah haram bagi umat islam disebakan lebih banyak keburukan dan mudarat daripada kebaikan. Rujukan BAYAN LINNAS SIRI KE-18 : MEROKOK : HUKUM DAN PENYELESAIANNYA

 

01#Kesan Rokok Kepada Kesihatan Kanak-Kanak

Kanak-kanak juga dikategorikan sebagai perokok pasif. Ini kerana kanak-kanak menyedut asap rokok basi yang disebarkan oleh perokok. Akibatnya, kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok basi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Di antara masalah kesihatan yang mungkin dialami adalah batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

 

02#Kesan Rokok Kepada ibu Mengandung

Walaupun ibu mengandung tidak merokok, tetapi kesan asap rokok daripada persekitaranya, terutama jika suami seorang perokok, asap rokok sangat tidak sihat dan ianya merisikokan ibu dan bayi dalam kandungan. antara risikonya ;

  • Ibu mengandung mempunyai risiko untuk mengalami keguguran
  • Risiko bayi mati dalam kandungan
  • Risiko melahirkan bayi pra matang
  • Bayi yang lahir mempunyai risiko tidak cukup berat
  • Bayi mempunyai komplikasi pernafasan

03#Kesan Merokok Terhadap Kesuburan Lelaki

Tingkahlaku merokok akan mengakibatkan gangguan pada tahap kesuburan lelaki. Di antara gangguan yang mungkin berlaku adalah;

  • Mati pucuk yang mana saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersebut.
  • Kualiti sperma terganggu sehingga mengakibatkan kesukaran untuk mendapatkan zuriat mahupun zuriat yang kurang sempurna
  • Lemah tenaga batin kerana terjadi gangguan pada lemampuan menghasilkan ereksi.

 

04#Merokok Mengakibatkan Strok

  • Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Salah satu penyakit yang dikaitkan dengan kesan merokok adalah Strok (Angin Ahmar)
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Kerosakan ini disebabkan oleh kesan nikotin yang menjadikan salur darah akan menjadi tebal dan sempit sehingga menyukarkan aliran darah
  • Akibatnya, sebahagian badan mungkin menjadi lumpuh dan mengakibatkan maut.

05#Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok juga dikaitkan dengan serangan jantung. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah  faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Malangnya 50% golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.

Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Punca penyakit adalah asap rokok yang mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser.

Asap rokok . Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

 

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

 

Bahan Kimia Dalam Rokok

 

Sekiranya bahan-bahan pembuatan rokok itu sendiri, di perlihatkan secara bentuk asalnya, Tok Wan yakin mungkin ramai yang tidak sanggup untuk mendekati rokok.bahan kimia dalam rokok

Sumber : quittrainblog.com

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok.Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.

 

Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
Metanol Bahan Api
Nitrobenzena Gasolin
Karbon Monoksida Asap kereta
Butana Cecair pemetik api
Raksa Logam dalam jangka suhu
Vinil Klorida Bahan utama plastik
Toulena Pelarut industri
Ammonia Pencuci lantai
Arsenik Racun tikus
Kadmium Bahan utama bateri alkali
Stearik Bahan utama dalam lilin
Sianida Racun berbisa

 

Rujukan  https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/43-bahaya-merokok.html

 Cara Untuk Berhenti Merokok

Mengungakan itu muda, tetapi untuk melaksanakanya itulah yang paling sukar. Tertutama bagi perokok-perokok tegar. Yang sudah menjadi tabiat dan sebati dalam kehidupan sehari-hari. Namun begitu, disini ada beberapa tips dan petua yang mungkin boleh membantu untuk anda kurangkan merokok seperti;

  • Melengah-lengahkan jika teringin hendak merokok
  • Menarik nafas panjang terlebih dahulu
  • Minum air masak dan elakkan minuman berkafein
  • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
  • Menjauhkan diri daripada orang yang merokok
  • Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
  • Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
  • Membasuh tangan selalu
  • Mandi dengan kerap
  • Meregangkan otot lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
  • Meditasi
  • Memohon doa
  • Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

Kesimpulan

Bagi perokok tegar memang agak sukar untuk berhenti merokok secara mendadak. Tetapi melihat kepada kesan rokok dan bahaya bahan kimia dalam rokok itu sendiri cukup untuk kita sebagai manusia biasa untuk fikir akan akibat daripada perbuatan mengisap rokok itu sendiri. Sokongan daripada ahli keluarga dan juga masyarakat amat penting terutama dari segi psikologi dan juga moral untuk membantu mereka yang merkokok untuk berhenti merokok.

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

 

 

 

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.