Apa hukum dan kebaikan cabut bulu hidung? Pernah tak terfikir kenapa hidung kita berbulu? Betulkah bahaya cabut bulu hidung ni?
Sebelum tu Tok Wan nak tanya sikit, siapa sini perangai bila masuk kereta sendiri,santai-santai hidupkan enjin sebelum drive pandang cermin belakang…lepas tu bermula la aktiviti mencabut bulu hidung…hahaha
Memanglah bulu hidung yang tersembul keluar tu, akan menyebabkan penampilan kita terjejas dan kita kelihatan hodoh. Tapi ada yang lebih teruk dari itu ialah ianya tidak bagus yang mana menurut seorang Pakar Otolaryngologis luar negara, Dr. Erich Voight mengatakan ianya boleh membawa kepada keadaan otak yang mengancam nyawa.
Tabiat suka mencabut bulu hidung tentunya perbuatan yang gemar dilakukan kebanyakan orang tak kira lelaki mahupun wanita.
Selain mencabut, trend terkini ramai orang ialah dengan kaedah menggunakan waxing untuk menanggalkan bulu hidung. Terus botak licin bulu hidung tu
Membuang bulu hidung sama ada melalui waxing, cukur atau cabut,sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan dan boleh menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan.
Ini kerana bulu hidung berfungsi untuk menyaring udara yang masuk dan menjaga kelembapan di dalam rongga hidung.
Bulu hidung dapat menghalang daripada partikel debu dan kuman dari udara terus masuk secara terus ke dalam hidung. Ini termasuklah melindungi diri daripada menyedut kuman berbahaya.
Table of Contents
Kebaikan Cabut Bulu Hidung
Ialah akan menjaga penampilan kita, agar kelihatan kemas, hidup sihat dan tidak menjenggelkan. Tok Wan percaya siapa saja yang mahu kelihatan dengan muka dah hensem tapi bulu hidung tersembul keluar kan?
Bahaya Mencabut Bulu Hidung
Dari segi perubatan, mencabut bukan saja sakit tetapi boleh mengakibatkan keradangan dan mereka yang lemah pertahanan badan, jangkitan itu sukar sembuh, mengeluarkan nanah dan bengkak serta kesakitan yang berpanjangan.
Baca juga :HFMD : 5 Cara Mencegah Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut
Secara umumnya, pakar tidak menyarankan untuk kita melakukan aktiviti mencabut bulu hidung. Perkara ini bukan sahaja menyebabkan sistem saringan udara pada hidung menjadi lemah tetapi boleh menyebabkan jangkitan seperti berikut;
Jangkitan Pada Hidung
Sudah tentunya ia akan memberi kesan kepada hidung. Mencabut bulu hidung akan menyebabkan hidung lebih terbuka dan mudah terdedah kepada jangkitan kuman yang halus
Jangkitan Otak
Hidung yang dijangkiti kuman boleh mempengaruhi kesihatan otak anda. Pakar Otolaryngologis, Dr. Erich Voight berkata, ia turut boleh menyebabkan masalah meningitis.
Ini kerana menurut Dr. Erich, jika kuman melalui vena (salur darah) yang mengalirkan darah dari hidung ke bahagian otak ia boleh menyebabkan radang otak.
Meskipun jarang berlaku, namun jangkitan ini boleh berlaku terutamanya kepada individu yang mempunyai sistem imunisasi badan yang lemah.
Cara Terbaik Untuk Cabut Bulu Hidung
Sumber : t2conline.com
Walapun ada kebaikan cabut bulu hidung. Namun Bulu hidung tidak perlu di cabut sebenarnya apa lagi menanggalkan secara keseluruhan bulu hidung seperti menggunakan waxing. Sebabnya kelakuan mencabut bulu hidung sebenarnya akan mendorong pertumbuhan bulu baru lebih jauh ke dalam. Situasi ini boleh menyebabkan masalah peradangan, sakit, rasa sakit serta bonjolan kecil.
Jika perkara ini terjadi, berhentilah mencabut bulu hidung. Cara yang lebih baik, selamat dan tidak menyakitkan adalah gunakan gunting atau mesin trim bulu hidung yang berlebihan sahaja tanpa perlu cabut atau botakan secara keseluruhan bulu hidung
Sebaik-baiknya, guna kain yang dibasahkan dengan air panas untuk membersihkan kulit hidung. Jika keadaan semakin memburuk, berjumpalah dengan doktor.
Satu lagi kaedah moden dan canggih tetapi mungkin memerlukan kos yang agak tinggi iaitu dengan melakukan rawatan laser.
Tetapi kaedah ini juga tidak berapa popular untuk disarankan kerana ia boleh mencederakan membran mukus di dalam kaviti nasal meskipun hasilnya adalah agak baik.
Patikan juga, sekiranya anda tetap mahu mengunakan kaedah laser ni, sila pastikan anda mendapatkan rawatan laser di klinik yang telah disahkan bertauliah dan kredibiliti mereka terlebih dahulu.
Kesimpulanya, bulu hidung memang boleh tampak merimasakan, menjengkelkan serabai dan serabut jika tidak diuruskan dengan baik terutamanya apabila ia terkeluar daripada landasannya.
Jadi jangan abaikan kebaikan cabut bulu hidung. Namun begitu ikutlah saranan yang terbaik
Hukum Mencabut Bulu Hidung
Dalam surah Al-Fiqh ‘Ala Madzahibi Al-Arba’ah Juz 2 Hal 43-44 diterangkan tentang Hukum Menghilangkan Bulu Dan Menggunting Kuku yang maksudnya
..Dimakruhkan mencabut bulu hidung, akan tetapi disunahkan mengguntingnya jika dirasa panjang dan biarkan tetap ada. Karena keberadaanya mempunyai manfaat kesehatan (sebagai menyaring udara).
Wallahu a’lam.
[Ustadz Mufidz Syafi’i. Staff pengajar Ponpes Riyadhul Jannah, Surakarta]
Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan