Bahaya pil perancang boleh bawa maut? Ini bukan benda baru, dah lama. Cuma dekat negara kita Malaysia ni ramai yang kurang ambik berat benda-benda macam ni. Kebetulan baru-baru ni viral kes kematian seorang wanita di sebabkan oleh pil perancang. Jadi isu penggunaan pil ni naik semula jadi perbulaan ramai.
Pil ni dikenali juga sebagai ‘Oral Contraceptive Pill’, (OCP) tujuanya untuk mencegah kehamilan atau digunakan untuk indikasi lain seperti pengawalan kitaran haid yang tidak teratur, pendarahan rahim, Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), jerawat, endometriosis dan lain-lain.
Table of Contents
Kenali 3 Jenis Pil Perancang (OCP)
Ada 3 jenis pil perancang yang anda perlu tahu. Dan setiap satunya mempunyai cara pengambilan berbeza dan kesan yang berbeza. Tidak semua wanita boleh mengambil pil pencegahan ini.
Pil Pencegahan Kehamilan Campuran
- Pil ni ada dua jenis kandugnan iaitu estrogen dan progestogen,
- Sukatan dos sama atau berbeza dalam setiap pil.
- Kebiasanya dipasarkan dalam bilangan 21 biji pil di mana 1 biji pil diambil setiap hari, diikuti dengan 7 hari tanpa pil; atau dalam bilangan 28 biji pil di mana 1 biji pil diambil setiap hari tanpa tempoh rehat.
Pil Pencegahan Kehamilan Progesteron Sahaja
- Hanya mengandungi progesteron sahaja di dalam setiap pil
- Menjadi alternatif apabila estrogen tidak boleh diambil oleh seseorang individu. Pil ini dipasarkan dalam bilangan 28 biji pil dan 1 biji pil diambil setiap hari.
- Pil jenis ini adalah pilihan OCP yang sesuai untuk ibu yang sedang menyusu.
Pil Pencegahan Kehamilan Kecemasan
- Mengandungi levonorgestrel, iaitu sejenis progestogen.
- Digunakan untuk mencegah kehamilan selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan atau jika sesuatu kaedah kontraseptif lain telah gagal. Oleh itu ia harus diambil secepat mungkin selepas hubungan kelamin yang tidak dilindungi. Pil jenis ini tidak boleh digunakan sebagai kaedah kontraseptif biasa.
- Ia juga merupakan pil yang sangat penting untuk diambil oleh mangsa serangan seks untuk mencegah kehamilan yang tidak diingini.
Cara Pil Perancang Berfungsi
OCP bertindak dengan menukarkan paras hormon di dalam badan dan mencegah ovulasi di mana tiada ovum yang akan dilepaskan dari ovari. Ia juga bertindak dengan menebalkan mukus di serviks untuk mengurangkan peluang kemasukan sperma di rahim dan juga menipiskan lapisan rahim untuk mencegah kehamilan.
Untuk mendapatkan kesan yang optima adalah penting mengambil OCP setiap hari dan sebaik-baiknya pada masa yang sama. Ketidak patuhan atau terlupa makan pil akan membawa kepada kegagalan kesan kontraseptif.
Bahaya Pil Perancang dan Kesan Sampingan
Bahaya Pil Perancang Menyebabkan Darah Beku
Menurut KKM salah satu komplikasi paling penting yang berkaitan dengan penggunaan OCP adalah venous thromboembolism (VTE). VTE adalah satu keadaan di mana darah membeku dalam urat dan darah beku ini boleh memecah dan bergerak ke paru-paru dan boleh mengancam nyawa.
Insiden VTE dalam seorang wanita yang mengambil OCP bertambah 3-5 kali ganda berbanding wanita sihat yang tidak mengambil OCP. Risiko VTE akan lebih tinggi sekiranya terdapat faktor-faktor risiko yang lain.
Oleh itu, OCP harus digunakan dengan berhati-hati oleh para wanita dengan faktor risiko seperti sejarah keluarga dalam pembekuan darah, obesiti (indeks jisim badan [BMI] melebihi 30kg/m²), tidak boleh bergerak untuk jangkamasa panjang (contohnya di kerusi roda), kencing manis, tekanan darah tinggi, merokok, umur lebih 35 tahun dan migrain.
Jika OCP disalahgunakan oleh wanita dari kumpulan ini, beliau berisiko tinggi mengalami kesan darah beku di kaki atau paru-paru, strok dan serangan jantung.
Kesan sampingan biasa OCP termasuk rasa loya dan muntah, kekejangan perut, perubahan dalam berat badan, pengekalan cecair dalam badan, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, sakit kepala, kemurungan, pendarahan antara haid dan lain-lain. Sekiranya berlaku kesan sampingan semasa mengambil OCP, mereka harus berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi.
Gangguan Psikologi dan Kemurungan
OCP bertindak dengan menghalang proses semulajadi ovulasi. Gangguan proses ini di kalangan wanita akan menyebabkan kesan sampingan seperti rasa sakit dan tidak selesa, gangguan emosi dan psikologi serta kemurungan. Sesetengah wanita mungkin akan mengalami masalah kehamilan. Oleh itu, perhatian harus diberikan kepada wanita muda yang berhasrat untuk menggunakan OCP. Mereka harus diberi kaunseling mengenai penggunaan OCP dan ini termasuk penekanan kepada kesan-kesan positif OCP apabila ia digunakan dengan betul dan juga kesan-kesan sampingan apabila disalahgunakan. Kesan sampingan OCP yang biasa perlu disampaikan.
Kesimpulan
Mak Jah tahu, perancangan keluarga tu penting. Selain daripada pil perangan kehamilan ada lagi cara yang selamat dan kaedah-kaedah lain yang kita boleh gunakan.
Bagi Mak Jah bahaya pil perancang ni bila disalah gunakan dan tanpa mendapatkan nasihat doktor. Yang lebih bahaya bila mengambil dan beli pil perancang di farmasi tanpa nasihat doktor.
Pastikan pengambilan pil perancang ni bukan di buat secara suka-suka tanpa mendapatkan nasihat mengenai cara yang betul untuk menggunakan OCP dengan memahami prinsip bagaimana ia bertindak, apakah kesan-kesan sampingan dan juga apakah risiko jika disalahgunakan.
Kaum wanita perlu mendapatkan kaunseling sebelum mengambil OCP dan mereka yang tidak sesuai untuk mengambil OCP perlu dikaunsel dengan kaedah-kaedah perancang keluarga lain yang lebih selamat dan tidak akan membawa risiko atas kesihatan mereka.
Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan