Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

4 Petua Hilangkan Ketumbit Mata Berkesan

petua hilangkan ketumbit mata

Hari ini Tok Wan nak kongsikan pula petua hilangkan ketumbit mata secara semulajadi. Mata kita ni ada aura dia tersendiri. Sebab tu kita selalu dengar dari mata turun ke hati.

Ianya merupakan organ yang sentiasa menjadi tumpuan berbanding dengan organ kita yang lain. Apatah lagi jika kita hendak berkomunikasi dan berhadapan dengan orang ramai.

 

Tok Wan nak tanya ni perasan tak, jika kita diserang sakit mata seperti ketumbit pasti yang terlintas di fikiran kita rasa malu dahulu sebelum rasa sakit. Betul tak?

 

Ketumbit merupakan salah satu penyakit mata yang biasa kita hidapi. Siapa sahaja yang tidak pernah terkena ketumbit di matakan?

 

Sesiapa yang terkena penyakit ketumbit di mata kebiasaannya akan berasa sakit sedikit, mata berair dan gatal-gatal sehingga kelopak mata menjadi merah.

 

Gejala-gejala tersebut sangat mengganggu penglihatan kita dan membuatkan kita berasa tidak selesa untuk melihat dan membuka mata.

 

Terdapat dua jenis ketumbit iaitu Stye dan Chalazion. Stye merupakan jangkitan yang disebabkan oleh kuman yang berada di akar bulu mata. Kebiasaannya ketumbit jenis ini berada di pinggir mata.

 

Jika ketumbit jenis ini berada di dalam mata, ia digelar Hordeolum. Punca ketumbuhannya adalah disebabkan jangkitan kuman yang berada pada kelenjar minyak dalam kelopak mata.

 

Seterusnya, jenis Chalazion pula disebabkan oleh ketumbuhan benjolan pada kelopak mata yang biasanya lebih besar berbanding ketumbit jenis Stye. Namun ketumbit jenis ini tidak sakit berbanding Stye

 

Chalazion terjadi disebabkan penyumbatan pada kelenjar. Jika keadaan menjadi semakin teruk, stye juga boleh berubah menjadi Chalazion disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak terkawal.

 

Paling cepat ketumbit ini untuk sembuh adalah selama satu minggu dan paling lama pulak selama sebulan.

Sebenarnya ada cara nak bagi ketumbit tu cepat hilang. Macam Tok Wan janji tadi, disini Tok Wan kongsikan beberapa cara yang anda boleh cuba untuk memyembuhkan ketumbit di mata anda dalam tempoh yang cepat.

 

1. Bersihkan Mata

petua hilangkan ketumbit mata

Sumber : clevelandclinic.org

Langkah asas untuk meredakan penyakit ini adalah dengan membersihkan kawasan mata khususnya kawasan yang terkena ketumbit.

 

Anda boleh sahaja menggunakan apa-apa peralatan yang memang ada di rumah seperti tuala kecil. Anda hanya perlu basahkan tuala tersebut kemudian sapukan di bahagian mata yang terkena ketumbit.

 

Selain itu, anda juga boleh menggunakan putik kapas. Selain daripada menggunakan air biasa, anda juga boleh menggunakan syampu bayi untuk membersihkan kuman yang terdapat di mata anda iaitu di bahagian yang terkena ketumbit

 

2. Tuaman Panas

petua hilangkan ketumbit mata

Sumber : verywellhealth.com

Cara yang seterusnya ini anda lakukan dengan menyediakan sehelai tuala yang mudah menyerap air. Ia bagi memudahkan proses tuaman panas dilakukan.

Baca juga : Cara Jaga Mata Untuk Elakkan Rabun

Air yang anda gunakan hendaklah tidak terlalu panas, panas sangat nanti merosakan mata pula. Ia juga berbahaya untuk kanak-kanak.

Letakkan tuala yang telah anda rendamkan di dalam air yang suam di bahagian mata yang terkena ketumbit.

 

Kemudian biarkan sehingga anda rasa tuala tersebut sudah tidak suam lagi. Ulang sahaja langkah ini 3 kali sehari setiap hari sehingga mata anda yang terkena ketumbit sembuh.

 

3. Sudu

petua hilangkan ketumbit mata

Sumber : worldofkhushi.com

Kaedah yang ketiga ini juga tidak jauh beza dengan kaedah tuaman panas. Siapa yang tidak mempunyai sudu makan di rumahkan? Jadi anda pasti boleh buat kaedah ini.

 

Pastikan sudu yang anda gunakan adalah sudu besi ataupun yang boleh menyerap haba. Caranya, rendamkan sudu tersebut ke dalam air suam. Jika anda rasa sudu tersebut sudah suam, letakkan  sudu ke kawasan mata yang mempunyai ketumbit.

 

Biarkan sekurang-kurangnya 3 minit dan ulang cara ini 3 kali sehari sehinggalah anda yakin mata anda sudah sembuh.

 

4. Uncang Teh Hijau

petua hilangkan ketumbit mata

Sumber : medicalnewstoday.com

Mesti anda tertanya-tanya mengapa harus menggunakan uncang teh hijaukan uncang teh biasa tak boleh ke Tok Wan?

 

Bezanya ialah, uncang teh biasa tidak mengandungi asid tanik seperti uncang teh hijau yang mana boleh melindungi mata anda daripada jangkitan kuman dan bakteria sehingga menyebabkan ketumbuhan ketumbit.

 

Cara menggunakannya adalah sama seperti anda membuat air teh. Pertama sekali rendamkan uncang ini ke dalam air panas.

 

Jika anda rasa uncang ini sudah panas, keluarkan uncang kemudian keluarkan air panas yang berada di dalam uncang barulah anda letakkan di atas mata anda yang mempunyai ketumbit.

 

Pasti mata anda juga berasa segar dan sedikit lega. Ulang sahaja langkah ini setiap hari sehingga ketumbit di mata anda hilang.

 

Jika anda terkena ketumbit di mata, jangan terlalu sedih dan panik. Cuba sahaja Petua Hilangkan Ketumbit Mata Semulajadi yang Tok Wan kongsikan ni, insyaallah akan sembuh juga.

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

 

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.