Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

,

5 Aplikasi Kesihatan Terbaik Perlu Ada Di Smartphone Anda Untuk Kekal Sihat

Tok Wan nak beritahu, dalam mendapatkan badan yang ideal, pemakanan adalah 80 peratus dan senaman adalah 20 peratus. Jadi, amat penting untuk kita menjaga pemakanan selain menjadikan senaman sebagai rutin untuk membantu proses tersebut berjalan dengan baik.

Senaman adalah kegiatan fizikal yang boleh membentuk otot tubuh anda dan menyihatkan badan, yang perlu dilakukan secara berkala. Untuk mendapatkan tubuh badan yang diingini dan kesihatan yang baik, Tok Wan dan Mak Jah nak beritahu yang anda tak payah keluar duit untuk daftar keahlian di pusat-pusat gim mahupun mencari coach berbayar yang akan bimbing anda.

Dengan adanya telefon pintar, anda boleh memuat turun aplikasi-aplikasi yang membantu anda dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Tetapi aplikasi apa yang terbaik? Banyak! Ribuan aplikasi di Playstore dan Appstore yang tidak biasa kita gunakan dan akan mengambil masa untuk kita sendiri cuba satu persatu. Di sini Tok Wan dan Mak Jah nak cadangkan 5 aplikasi kesihatan untuk kita kekal sihat dan cergas yang selalu kami pakai.

 

HEALTHIFYME

aplikasi kesihatan healthifyme

 

Dengan lebih 10 juta muat turun dan rating 4.7, aplikasi ini adalah aplikasi terbaik untuk kita semak dan kawal pemakanan kita seharian. Tok Wan suka yang ni. Aplikasi ini boleh kenalpasti program dan misi anda samada untuk hilang berat badan atau dapatkan tubuh badan yang ideal.

Baca juga : Selain Lobak Merah, Ini 10 Makanan Untuk Mata Rabuh Jauh

Fungsi percuma di dalam aplikasi ini sudah cukup untuk membantu anda mendapatkan badan ideal dengan jangka masa yang anda sendiri tetapkan. Bagi yang berkemampuan, boleh pilih daripada ratusan pakar diet dan jurulatih berpengalaman berdaftar di dalam aplikasi ini untuk kesan lebih pantas. Hanya ikut sahaja program yang dibuat dalam aplikasi ini dan anda akan tersenyum dengan hasilnya.

 

HOME WORKOUT

aplikasi kesihatan home workout

 

Dengan lebih 100 juta muat turun dan rating 4.9, semestinya aplikasi ini adalah aplikasi terbaik untuk mereka yang ingin dapatkan badan yang sihat hanya di rumah, tanpa alatan gim mahal! Yang ni confirmlah Tok Wan yang pilih. Home Workout menyenaraikan lebih daripada 100 latihan yang dapat membina otot dan kekalkan fitness dengan latihan rutin aerobik, latihan litar dan gerakan untuk menjaga berat badan yang lain.

Dengan setiap latihan yang anda buat, anda dapat mengetahui berapa bilangan kalori yang telah dibakar. Ia juga terdapat animasi panduan gerakan yang sangat mudah untuk diikuti. Anda seorang pemula/beginner? Tiada masalah. Aplikasi ini akan bantu anda dari beginner to advanced!

 

CALORIE COUNTER

aplikasi kesihatan calorie counter

Lebih 10 juta pengguna telah muat turun aplikasi ini dengan rating 4.6 Aplikasi pengira kalori adalah salah satu cara paling mudah untuk mengetahui kalori dari makanan dan minuman yang kita makan. Mak Jah pula suka yang ini sebab perempuan ni bab makan sensitif sedikit. Jika anda mahu menurunkan berat badan, mengekalkan kesihatan, atau memulakan diet baru, aplikasi Calorie Counter adalah aplikasi yang terbaik kerana aplikasi ini akan memberi tahu anda jumlah kalori, lemak, dan protein yang ada dalam setiap bahan makanan.

Aplikasi ini membantu anda amalkan diet yang seimbang kerana turut menyenaraikan menu makanan yang perlu anda ambil sepanjang hari. Selain itu, Calorie Counter ini mempunyai alat pencatat berat badan yang akan membuat anda mengetahui jumlah kenaikan atau penurunan berat badan anda selama ini. Tak payah kita susah-susah kira sendiri, kan?.

 

JEFIT

aplikasi kesihatan jefit

 

Untuk penggemar gim pula, jangan tinggalkan JEFIT. Tok Wan pun main gim juga tau. Aplikasi ini ibarat jurulatih peribadi di telefon pintar anda apabila anda di gim untuk bersenam. Aplikasi ini akan menunjukkan latihan mana dan berapa banyak set yang anda perlu lakukan pada setiap sesi. Dengan opsyen menambah rakan gim, ia juga akan membuatkan anda lebih bermotivasi dan semangat semasa sesi latihan anda. Tak hairanlah aplikasi ini mendapat muat turun melebihi 5 juta pengguna dan rating 4.6!

 

FITNESS & BODYBUILDING

aplikasi kesihatan fitness

 

Aplikasi Fitness & Bodybuilding ini nampak simple tapi sangat mantap. Ia mendapat lebih 10 juta muat turun dengan rating 4.8. Apa yang best dengan aplikasi ini? Aplikasi ni lelaki ke perempuan pun sesuai pakai. Aplikasi ini membolehkan anda membuat program senaman anda sendiri yang sesuai dengan keperluan anda.

Di samping itu, Fitness & Bodybuilding ada maklumat terperinci mengenai latihan untuk setiap otot, dengan penerangan, tutorial dan video untuk kemudahan anda. Pelan senamannya bukan saja untuk orang biasa, malah juga tersedia untuk bina badan dan powerlifting. Tak perlu lagi pengajar yang mahal!

 

Sebenarnya mudah je nak jaga kesihatan masa sekarang kan? Anda yang perlu muat turun je aplikasi-aplikasi yang Tok Wan dan Mak Jah guna ni. Semua aplikasi dinyatakan ini ada di Google Playstore and Appstore, jenis lain kami tak pakai. Maaflah ye. Jom kekal fit dan sihat macam Tok Wan dan Mak Jah. Bila dah sihat, nak buat aktiviti apa pun mesti tak kisah dah.

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join channel Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.