Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

,

Selain Lobak Merah, Ini 10 Makanan Untuk Mata Rabun Jauh

makanan untuk mata rabun jauh

Selain lobak, takda ka Tok Wan makanan untuk mata rabun jauh yang lain? yang bagus untuk mata. Tok Wan adalah terima soalan macam tu lebih kurang bunyi dia. Jadi bagi menjawab persoalan ramai. Tok Wan kongsikan apa lagi makanan baik untuk mata rabun jauh

Seringkali menyebut tentang apakah makanan untuk memiliki mata yang sihat dan perkara pertama yang muncul difikiran adalah lobak merah. Sejak dari kecil, kita telah terbiasa dengan ayat-ayat yang ibu ayah selalu sebut, “Nak mata sihat, kena makan lobak banyak-banyak!”.

Lobak merah yang kaya dengan vitamin A telah menjadi sesuatu yang sinonim dengan hal ini. Kalau yang tak suka makan lobak ni, nak buat macam mana?

 

Disini Tok Wan akan kongsikan antara makanan lain yang boleh dimasukkan kedalam menu makanan sihat anda.

 

10 Makanan Untuk Mata Rabun Jauh

1. Ubi Keledek (Sweet Potatoes)

makanan untuk mata rabun jauh

Buah-buahan dan sayuran yang berwarna oren seperti ubi keledek, lobak merah, mangga dan aprikot mempunyai beta-karotena yang tinggi yang bertindak sebagai antioksida dan tergolong dalam vitamin A.

Vitamin A mengekalkan tahap kesihatan kornea mata yang membolehkan cahaya ditukarkan kepada isyarat elektrik dan seterusnya menghasilkan satu penglihatan. Selain itu, ia juga membantu penglihatan malam (night vision), iaitu kebolehan mata untuk menyelaraskan ketika waktu gelap.

 

2. Sayuran Berdaun Hijau

Sayuran seperti bayam, kale dan green collards adalah sayuran yang kaya dengan vitamin C dan E. Selain itu, sayuran ini juga mempunyai lutein dan zeaxanthin yang bertindak sebagai antioksida.

Kebaikan lutein dan zeaxanthin adalah untuk menyerap sinar cahaya biru (blue light ray) bagi mengelakkan ia memasuki bahagian dalam mata daripada merosakkan sel mata.

Ia dapat mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak dan Degenerasi Makula Berkaitan dengan Usia (AMD). Untuk anda yang mengamalkan Western diet, sayuran berdaun hijau tidak boleh diketepikan!

 

3. Telur

Telur adalah sumber makanan lain yang boleh membantu dalam membentuk mata yang sihat. Ia juga mempunyai lutein dan zeaxanthin.

Tetapi telur yang telah diperkaya (fortified eggs) dengan DHA (docosahexaenoic acid) dan ALA (alpha linolenic acid) mempunyai khasiat yang lebih tinggi untuk diserap dan dimanfaatkan oleh badan.

Ini bermakna pengambilan secara kerap telur yang diperkaya dengan DHA dan ALA akan meningkatkan lagi kebaikan lutein dan zeaxanthin untuk mengekalkan mata yang sihat.

 

4. Kacang Badam

Kerosakan pada mata yang disebabkan oleh pencemaran, asap dan sinar-sinar yang berbahaya boleh meninggalkan kesan dan akibat yang negatif dalam jangka masa panjang, namun dengan mengamalkan pengambilan vitamin E dapat mengelakkan hal ini.

 

Vitamin E yang terdapat dalam kacang badam juga mempunyai antioksida yang melindungi sel-sel dalam badan, termasuklah sel mata. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin E seperti badam selain ianya makanan untuk mata rabun jauh, ianya adalah penting untuk kesihatan badan secara menyeluruh.

Satu auns kacang badam (dalam 23 biji) yang dipanggang dapat memenuhi lebih kurang 45% dalam pengambilan seharian anda.

 

5. Salmon

Adakah mata anda selalu terasa kering dan pedih? Antara penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan memakan ikan yang menghasilkan minyak seperti omega-3s, sebanyak dua atau tiga kali sehari.

Antara ikan-ikan yang anda boleh jadikan sajian dalam menu sihat anda ialah ikan salmon, tuna, sardin, dan tenggiri (mackerel).

Antara punca mata kita sering kering dan pedih atau dikenali sebagai dry eye syndrome adalah disebabkan oleh kurangnya penghasilan airmata dan tahukah anda, airmata bukan mengandungi air sahaja, ia juga terdiri daripada komponen lendir dan minyak.

Oleh itu, kurangnya asid lemak (fatty acid) seperti DHA dan EPA (eicosapentaenoic acid) boleh menyumbang kepada penyakit ini.

 

6. Lada Benggala (Capsicum)

Mesti ramai tak tahu Lada benggala juga antara makanan untuk mata rabun jauh. Ianya juga menyumbang banyak vitamin yang diperlukan oleh badan seperti vitamin C, A, dan E dan ianya lebih baik dimakan begitu sahaja atau secara mentah.

Kajian sains mengatakan sayuran ini baik untuk saluran darah di bahagian mata kita. Malah, ia juga akan merendahkan risiko daripada penyakit katarak.

 

7. Betik

Adakah anda tahu dari mana betik mendapat warnanya yang oren kekuningan? Ianya datang daripada likopena (lycopene), sejenis karotena yang boleh mengurangkan pembentukan penyakit katarak.

Tetapi, penyumbang vitamin utama yang terkandung dalam buah betik ialah vitamin C. Terdapat kajian mencadangkan vitamin ini boleh menjana semula antioksida dan vitamin E yang terdapat dalam mata kita. Antara makanan lain yang kaya dengan vitamin C ialah buahan sitrus dan juga beri.

 

8. Kekacang

Bagi anda yang vegetarian ataupun yang ingin mengamalkan menu kurang lemak dan tinggi kandungan serat, anda boleh memasukkan kekacang seperti kacang kuda dan lentil dalam menu sihat anda.

Ia juga meningkatkan tahap penglihatan ketika waktu malam dan mengurangkan risiko penyakit AMD.

 

9. Produk Tenusu

Produk tenusu seperti susu lembu dan yogurt juga mempunyai kebaikan untuk mata kita. Bagi anda yang gemar minum susu, boleh mempelbagaikan menu susu seperti mencampurkan dalam kopi dan teh, ataupun bersama bijirin sarapan pagi.

Anda juga boleh mencampurkan yogurt bersama dengan salad buah-buahan. Susu mengandungi vitamin A dan juga mineral zink. Vitamin A melindungi kornea mata, manakala zink, membawa vitamin ini daripada organ hati terus kepada mata.

Mineral zink dapat membantu dengan penglihatan ketika malam dan juga menghalang daripada penyakit katarak.

 

10. Daging

Daging juga kaya dengan mineral zink, dimana makanan ini boleh menyumbang kepada penglihatan yang baik dalam jangka masa panjang.

Bahagian mata kita juga mempunyai kandugan zink yang tinggi, terutamanya di bahagian retina dan tisu vaskular di sekeliling retina.

 

Tok Wan harap perkongsian Tok Wan tentang  makanan untuk mata rabun jauh ni membantu. Kalau ada masalah rabun yang teruk tu boleh la cuba AINS ni

 

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

 

 

 

 

 

 

 

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.