Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

,

6 Kebaikan Mandi Air Sejuk Waktu Pagi. Nombor 3 Ramai Yang Tak Sangka.

Siapa yang tak suka mandi air sejuk waktu pagi ni Tok Wan rasa rugi sangat. Banyak kajian menunjukkan kebaikan mandi air sejuk ni. Tapi ramai mengadu pada Tok Wan terutamanya budak-budak yang mereka kurang gemar mandi air sejuk sebab akan menggeletar seluruh badan pad waktu pagi. Orang dewasa pun sama sahaja, mereka lebih gemar mandi air panas menggunakan ‘water heater’ kerana takut sejuk.

Disebabkan Tok Wan memang duduk kampung masa kecil, Tok Wan memang setiap hari mandi air sejuk. Jadi bagi menggalakkan ramai orang untuk mandi air sejuk, Tok Wan nak kongsikan kebaikan mandi air sejuk yang ramai tak tahu.

 

1. Membantu Bangun Waktu Pagi

mandi air sejuk bangun waktu pagi

Sumber: Pexels.com

Biasanya apabila bangun waktu pagi ni akan rasa malas-malas dan masih mengantuk. Jadi dengan mandi air sejuk, badan anda akan rasa sedikit kejutan. Kejutan ini akan meningkatkan kadar pengambilan oksigen dan menaikkan kadar denyutan jantung.

Dengan semua sebab ini, peredaran darah akan cepat mengelilingi badan anda bagi memcari dan mengekalkan suhu badan yang normal. Kiranya, bila mandi air sejuk waktu pagi ni terus segar.

 

2. Mengurangkan Stres

mandi air sejuk mengurangkan stres

Sumber: Unsplash.com

Selepas anda mandi air sejuk yang melegakan badan anda, anda akan berasa tenang. Menurut kajian, air sejuk dapat mengurangkan tekanan yang boleh membawa kepada stress dan kemurungan.

Ini kerana reseptor ‘sejuk’ dalam kulit anda akan menghantar impuls elektrik dari saraf periferi ke otak, membuatkan ia mengaktifkan anti kemurungan dan meningkatkan mood anda.

 

3. Membantu Proses Turunkan Berat Badan

mandi air sejuk turunkan berat badan

Sumber: Pexels.com

Tok Wan rasa mesti ramai tak tahu perkara ini. Mandi air sejuk boleh bantu turunkan berat badan tau. Tak percaya? Mari Tok Wan beritahu. Sebahagian sel lemak, seperti lemak coklat, boleh menjana haba badan dengan membakar lemak.

Proses ini terjadi apabila badan terdedah dengan situasi sejuk seperti mandi air sejuk. Menurut Gerrit Keferstein, MD, sel-sel ini biasanya berada di kawasan leher dan bahu. Jadi, memang sesuai sangat la mandi waktu pagi!

Itu sebab kalau perasan orang-orang lama yang mandi air sejuk dari perigi dulu payah nak gemuk, kurus je.

 

4. Meningkatkan Hormon Gembira

mandi air sejuk hormon gembira

Sumber: Unsplash.com

Eh, mandi air sejuk pun boleh buat kita jadi gembira? Ya, betul. Mandi air sejuk pada waktu pagi boleh membuatkan kita jadi gembira. Hal ini kerana apabila air sejuk sudah bertindak memberi ketenangan dan mengurangkan stress.

Semasa impuls elektrik dihantar ke otak, hormon endorphins atau lebih dikenail sebagai hormon gembira turut dihasilkan. Ini akan menggalakkan perasaan bahagia dan optimistik. Bukan mahal pun nak rasa gembira dan bahagia ni sebenarnya, mandi je pun.

 

5. Pemulihan Fizikal Lebih Cepat

mandi air sejuk pemulihan fizikal

Sumber: Pexels.com

Atlet atau individu yang suka bersukan amat mudah untuk cedera dan mengalami sengal dan bengkak dan memerlukan masa untuk pulih. Mandi air sejuk dapat membantu memulihkan fizikal dengan lebih cepat.

Kajian yang telah terbuku di Journal of Strength and Conditioning Research, membuktikan bahawa mandi terapi air kontra (menggunakan air panas, kemudian air sejuk) dapat membantu meningkatkan pemulihan dan mengurangkan kepenatan.

Baca juga : Kerap Mengantuk Tapi Tidur Dah Cukup?

Kajian ini sangat membantu ahli sukan dalam mencari kelegaan kesakitan otot selepas latihan sukan. Banyak fasiliti sukan dah menyediakan ‘cold bath’ berikutan kajian ini.

 

6. Kesuburan Lelaki

mandi air sejuk kesuburan lelaki

Sumber: Unsplash.com

Para lelaki Tok Wan harap dapat beri perhatian untuk perkara ini. Tahukah anda mandi air sejuk dapat meningkatkan tahap kesuburan para jejaka?

Mungkin ramai yang tidak sedar akan kebaikan ini kerana mandi air panas/suam lebih menyegarkan bagi mereka. Menurut kajian pada 2013, bahawa mandi air panas/suam amat tidak baik untuk testis anda kerana ianya akan mengurangkan penghasilan sperma yang berkualiti.

Jadi Tok Wan cadangkan pada sesiapa yang merancang untuk memiliki zuriat, aktiviti sauna dan spa serta mandi air panas adalah perkara yang anda patut elakkan.

 

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.