Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

,

8 Makanan Booster Tenaga Terbaik Yang Ada di Rumah Anda

8 Makanan Booster Tenaga Terbaik Yang Ada di Rumah Anda

Setiap hari badan kita perlu kepada makanan ‘booster’ tenaga atau makanan penambah tenaga yang cepat kerana aktiviti seharian kita terlibat dengan fizikal yang banyak.

Tok Wan faham, letih dan lesu antara perkara normal yang dialami kebanyakan individu. Tetapi ada sahaja makanan booster/ penambah tenaga yang boleh membekalkan tenaga yang diperlukan.

Kekurangan tenaga boleh mendatangkan kesan dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian dan menjadikan anda kurang produktif.

Pemakanan yang betul memainkan peranan penting dalam mengekalkan kecergasan harian dan kali ni Tok Wan nak kongsikan pada anda antara makanan penambah tenaga yang boleh diambil dalam diet pemakanan anda. Semuanya mudah didapati. Nak tahu?

 

1. Pisang

makanan booster tenaga pisang

Sumber: Unsplash.com

Tok Wan rasa ramai biasa dengar yang sesiapa yang bersukan nak tenaga cepat boleh ambil pisang. Pisang mungkin merupakan antara makanan terbaik untuk membekalkan tenaga.

Mengapa pisang? Ini kerana pisang merupakan makanan yang mudah dicari, ia kaya dengan sumber karbohidrat, serat, potasium, dan vitamin B6, yang berfungsi meningkatkan tenaga dalam tubuh dan menggalakkan fungsi otot secara berterusan.

 

2. Telur

makanan booster tenaga telur

Sumber: Unsplash.com

Setiap hari kita boleh makan telur di rumah dan ianya mudah dan murah. Pelbagai jenis masakan kita boleh cipta dengan telur ini.

Istimewanya telur ini kerana Kandungan kalori sebiji telur amat rendah, hanya 70 kalori, tetapi mempunyai 6 gram protein. Ia mempunyai lebih banyak nutrien bagi setiap kalori berbanding kebanyakan makanan lain, yang membantu mengatasi kelaparan.

 

3. Ayam

makanan booster tenaga ayam

Sumber: Pixabay.com

Ayam amat mudah didapati samada di pasar besar mahupun di kedai runcit biasa. Tetapi Tok Wan nak pesan pengambilan ayam yang betul untuk mudah menambah tenaga, bukan makan ayam di restoran segera pandu lalu tersebut.

Pengambilan ssi ayam tanpa kulit adalah sumber protein yang sangat sihat. Ia mengandungi kurang lemak tepu yang tidak sihat seperti daging lain; lembu dan kambing.

Cara yang terbaik adalah mengambil hidangan sekeping ayam panggang bersama sayuran kukus pada waktu makan tengah hari memberikan ada rasa kenyang sehingga waktu makan malam.

 

4. Coklat Gelap

makanan booster tenaga coklat gelap

Sumber: Pixabay.com

Jika anda rasa nak makanan manis tapi yang ada sumber kandungan dan tenaga yang bagus, coklat adalah pilihan yang terbaik. Ia rendah kandungan gula berbanding gula-gula atau coklat susu. Ia terbukti dapat meningkatkan emosi dan fungsi otak.

Antioksidan dalam koko membantu melindungi sel, merendahkan tekanan darah dan memperbaiki tekanan darah. Ia dalam menjadikan anda lebih bertenaga dan sihat.

Baca juga : 6 Kebaikan Dark Chocolate Untuk Kesihatan

Tok Wan nak beri cadangan jika anda hendak mengambil coklat gelap, pastikan kandungan koko sekurang-kurangnya 70% ke atas kerana ianya baik untuk kanak-kanak bertenaga dan pintar.

 

5. Ubi Keledek

makanan booster tenaga ubi keledek

Sumber: Pixabay.com

Tok Wan dan Mak Jah suka ubi keledek kerana rasanya yang sedap. Jika anda nak tahu ubi keledek kaya dengan sumber tenaga berkhasiat.

Kandungan serat dan karbohidrat kompleks yang menjadikannya ia sumber tenaga yang dicerna pada kadar yang perlahan.

Ia juga merupakan sumber tenaga yang membantu dalam fungsi pemecahan nutrien untuk menghasilkan tenaga. Itu sebab orang dulu-dulu makan ubi ni banyak buat kerja fizikal tapi tak penat.

 

6. Air

makanan booster tenaga air

Sumber: Unsplash.com

Pilihan paling mudah dicari dan murah adalah pengambilan air yang sesuai dengan aktiviti dan berat badan kira. Kekurangan air menyebabkan dehidrasi yang mengakibatkan kelesuan dan keletihan.

Air amat penting untuk badan kita. Ia mewakili 60% berat tubuh dan air membantu dalam pelbagai fungsi dalam tubuh termasuk penghasilan tenaga.

Jika anda rajin bersenam, pastikan anda meminum air yang secukupnya untuk menjadikan anda kekal bertenaga.

 

7. Oat

makanan booster tenaga oat

Sumber: Pixabay.com

Oat mudah disediakan, hanya perlu tambah air panas dan boleh terus dinikmati. Ia sejenis makanan karbohidrat kompleks; penuh serat dan nutrien, kaya dengan vitamin dan mineral yang membantu proses pengeluaran tenaga.

Ia dicerna dengan perlahan dan membekalkan tenaga dengan perlahan-lahan. Mengandungi beta-glucan, sejenis serat larut yang membentuk gel tebal apabila bergabung dengan air.

 

8. Kopi

makanan booster tenaga kopi

Sumber: Unsplash.com

Mengikut kajian, 64% rakyat Amerika menjadikan kopi sebagai pilihan untuk punca tenafga kafien setiap pagi. Ini kerana kopi sangat berkesan dalam meningkatkan tenaga dan membuatkan anda lebih fokus.

Pengambilan kafein secara berlebihan boleh membuatkan kegelisahan dan mengganggu tidur anda.Jadi pastikan anda mengambilnya dalam kadar yang sederhana.

Istimewanya kopi ini adalah, Rasulullah S.A.W ada memberikan doa khusus untuk para peminum kopi, seperti berikut;

 

“Allahumma a’j’alha nūran libasharī Wa ‘āfiyatan libadanī wa Syifāa li Qalbī wa dawā an li kulli dāi,  yā qowiyyu yā matīnu”

Ertinya: Ya Allah jadikanlah bagi kopi ini, minuman sebagai cahaya untuk penglihatan ku, dan jadikanlah kesihatan untuk tubuhku, Dan jadikanlah ubat penyembuh untuk penyakit hati, dan jadikanlah kopi sebagai ubat dari segala bentuk penyakitku yang menimpa ku.Wahai Dzat yg maha kuat.

 

Jadi, Tok Wan dah kongsikan 8 makanan booster tenaga terbaik untuk anda ambil pada setiap hari bagi membantu anda kekal bertenaga setiap hari. Makanan booster tenaga mana pilihan anda?

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.