Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

,

Kerap Mengantuk Tapi Tidur Dah Cukup? 7 Punca Sebab Masalah Ini Terjadi

Masalah kerap mengantuk tapi tidur dah cukup ini buka perkara baru. Ramai yang rasa bahawa mereka telah cukup tidur tetapi masih mengantuk. Tok Wan tahu ramai nampak macam perkara mudah, tetapi ia boleh mengganggu prestasi kerja atau rutin seharian kita jika ia kerap berlaku.

Menurut laman web Bustle, seorang pakar tidur dan penasihat tidur untuk Oura, Michael Breus menyatakan tidur bukan hanya tentang kuantiti, tetapi kualiti.

Tidur cukup tetapi masih mengantuk boleh menunjukkan keadaan mental atau fizikal tertentu yang kita alami, atau mungkin tidur kita kurang berkualiti kerana aktiviti kita lakukan sepanjang hari atau sebelum tidur.

Berikut Tok Wan senaraikan beberapa punca yang mungkin menunjukkan kenapa kita cukup tidur tetapi masih mengantuk:

 

1. Kurang Pergerakan Sepanjang Hari

kerap mengantuk kurang pergerakan

Sumber: Unsplash.com

Eh Tok Wan, bukan kurang bergerak lagi tak penat ke? Rupa-rupanya, kurang pergerakan juga boleh menjejaskan kualiti tidur kita, seterusnya boleh menyebabkan kita semakin mengantuk pada esok hari.

Malah, tidak berbuat apa-apa atau tidak memasukkan sebarang aktiviti fizikal ke dalam rutin seharian juga boleh membuatkan anda berasa lebih letih.

Ramai orang beranggapan senaman boleh menyebabkan badan letih dan akhirnya menjejaskan kualiti tidur. Yela, banyak keluar peluh lagi penat kan.

Bagaimanapun, mengikut kajian pakar perubatan dalaman yang berpusat di Baltimore, Dr. Vivek Cherian, senaman intensiti sederhana yang kerap boleh menggalakkan tidur lena pada individu.

 

2. Berat Badan Berlebihan

kerap mengantuk berat berlebihan

Sumber: Unsplash.com

Berat badan berlebihan memang banyak mempengaruhi kesihatan kita, antaranya boleh menyebabkan seseorang itu mudah letih, termasuk merasakan dia sudah cukup tidur tetapi masih kerap mengantuk.

Merujuk pada Healthline, semakin berat berat badan pada seseorang, semakin sukar untuk badan melakukan tugasan harian, seperti mengemas rumah dan melayan ahli keluarga.

Baca juga : Selain Lobak Merah, Ini 10 Makanan Untuk Mata Rabuh Jauh

Oleh itu, cuba turunkan berat badan untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti dan meningkatkan stamina tubuh badan kita.

Tak tahu nak mula bagaimana? Tok Wan cadangkan anda mula dengan aktiviti fizikal yang mudah, seperti berjalan atau senaman ringan lain, kemudian tingkatkan secara beransur-ansur apabila stamina anda meningkat.

Paling penting, mula makan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh, dan hadkan pengambilan gula, makanan segera dan makanan berlemak.

 

3. Kekurangan Nutrisi

kerap mengantuk kekurangan nutrisi

Sumber: Unsplash.com

Tak cukup nutrisi atau orang kampung Tok Wan cakap tak cukup vitamin. Kekurangan vitamin B juga boleh menyebabkan badan lebih letih walaupun kita sudah cukup tidur.

Hal ini kerana vitamin B bertanggungjawab untuk membantu memproses makanan menjadi tenaga. Selain itu, kekurangan magnesium dan zat besi juga boleh menurunkan gula dalam darah seseorang sehingga badan berasa letih.

Jika kekurangan nutrisi menjadi punca tidur yang cukup tetapi masih mengantuk, dapatkan nasihat doktor untuk membantu mengawal pengambilan nutrisi yang betul.

Contoh makanan tinggi vitamin B adalah dada ayam, telur, sayuran seperti bayam, timun dan lobak serta kekacang seperti almond dan kacang tanah.

 

4. Bimbang Berlebihan

kerap mengantuk bimbang berlebihan

Sumber: Pexels.com

Kebimbangan atau kegelisahan juga boleh membuatkan seseorang itu berasa sudah cukup tidur tetapi masih kerap mengantuk dan letih.

Mereka yang selalu ada kebimbangan melampau biasanya mengalami gangguan tidur seperti insomnia dan cenderung mengalami gangguan tidur lebih teruk apabila melalui situasi tertekan.

Walaupun anda mendapat tempoh tidur dikatakan mencukupi, jiwa yang tidak tenang semasa tidur boleh menyebabkan tidur kurang nyenyak dan berkualiti, sehingga seseorang itu akan bangun masih letih.

 

5. Kemurungan

kerap mengantuk kemurungan

Sumber: Pexels.com

Salah satu gejala kemurungan yang biasa adalah keletihan. Apabila bangun tidur masih letih, ia akan membuat individu itu kemurungan dan bertambah letih sepanjang hari, tidak kira berapa banyak tidur mereka semalam.

Individu yang mengalami kemurungan mungkin berasa lebih letih daripada yang mereka sangka dan bangun dengan rasa tidak segar.

Adalah penting untuk mengetahui sama ada kemurungan adalah punca kita mendapat tidur yang cukup tetapi masih mengantuk pada keesokan harinya.

 

6. ‘Sleep Apnea’ atau Apnea Tidur

kerap mengantuk sleep apnea

Sumber: Freepik.com

Orang yang mengalami apnea tidur sering merasakan mereka telah cukup tidur tetapi masih mengantuk pada keesokan harinya.

Jika kita rujuk WebMD, apnea tidur dengan kata mudah menghentikan pernafasan seseorang sepanjang malam dan membangunkan mereka secara ringkas di tengah tidur, tetapi mereka yang mengalaminya mungkin tidak menyedarinya. Biasanya disertai dengan dengkur yang kuat.

Akhirnya, Sleep Apnea menjadikan tidur tidak nyenyak dan berkualiti walaupun kita mungkin tidur dengan tempoh mencukupi selama tujuh hingga lapan jam bagi orang dewasa.

Boleh dapatkan nasihat doktor yang mungkin mengesyorkan perubahan gaya hidup untuk menurunkan berat badan dan amalkan pemakanan sihat. Sesetengah orang yang mengalami apnea tidur mungkin memerlukan alat bantuan CPAP untuk membantu memastikan saluran pernafasan mereka terbuka semasa tidur.

 

7. Sindrom Keletihan Kronik

kerap mengantuk keletihan kronik

Sumber: Pixabay.com

Keletihan kronik tanpa kita sedari mungkin punca individu mendapat tidur yang cukup tetapi masih mengantuk.

Sindrom keletihan kronik akan menyebabkan seseorang berasa sangat letih, selalunya tidak dapat diselesaikan dengan tidur, termasuk tidur dalam tempoh yang mencukupi.

Keletihan kronik ini juga boleh membuatkan seseorang tidak boleh tidur kerana badan tidak dapat mengubah mood untuk tidur terus walaupun dah fasa berehat.

Tok Wan cadangkan jika rasa letih yang teruk atau kronik, seeloknya mandi air panas beberapa ketika dan minum susu suam sebelum tidur bagi memberi mood yang baik dan membantu tidur selepas itu.

 

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.