Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

Kesan Buruk Penderaan Kanak-Kanak Kaitanya Dengan Johnny Depp Dan Amber Heard

kesan buruk penderaan kanak-kanak

Kesan buruk penderaan kanak-kanak dan apa kaitanya dengan kisah Johnny Depp dan bekas isterinya Amber Heard?

Bagi yang masi tak tahu, sini Mak Jah nak membawang sikit cerita sensasi masa ni yang buatkan semua orang tiba-tiba sibuk nak tahu pasal si Johnny Depp dan Amber ni.

Ceritanya bekas isteri kepada Johnny Deep, si Amber Heard ni telah keluarkan kenyataan fitnah kepada beliau. Yang mana kenyataan si Amber ni telah menjatuhkan maruah dan reputsai pelakon filem “Pirates of the Caribbean” tu.

Lagi tragik, disebabkan fitnah tersebut,  selama 6 tahun Depp telah dibenci anak, keluarga serta peminat ekoran fitnah yang dilemparkan bekas isterinya. Bukan itu sahaja, malah sampaikan satu Hollywood boikot Deep ni termasuklah Disney tak nak ambik beliau untuk apa-apa kerjasama lagi termasuk berlakon.

 

Kalau nak cerita pasal diorang ni panjang lagi, korang boleh google je. Cuma kali ni apa yang Mak Jah tertarik nak kongsikan ialah kisah pengajaran di sebalik Johnny Depp dan bekas isterinya Amber Heard yang mana Mak Jah nak bawa korang berfikir apa kesan buruk penderaan kanak-kanak apabila mereka meningkat dewasa kelak.

Realitinya kita boleh lihat melalui mereka berdua ni, yang juga merupakan mangsa penderaan kanak-kanak semasa kecil.

 

Sebelum tu apa dan macam mana yang di katakan penderaan kanak-kanak?

 

Apa Itu Penderaan Kanak -Kanak

Menurut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), tafsiran “kanak-kanak” adalah:

  • Seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun; dan
  • Berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam Seksyen 82 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Penderaan kanak-kanak ialah istilah generik yang merangkumi kesemua layanan buruk kepada seseorang kanak-kanak. Ia termasuk serangan fizikal dan seksual yang serius dan juga kes-kes di mana tahap penjagaan tidak mencapai jangkaan yang munasabah. “HM Government (2006) Working Together to Safeguard Children : A guide to inter-agency working to safeguard and promote the welfare of children” yang mengklasifikasikan penderaan kanak-kanak kepada empat kategori yang luas iaitu :

  • Penderaan fizikal
  • Penderaan seksual
  • Penderaan emosi
  • Pengabaian

Kesan Buruk Penderaan Kanak-Kanak

Berbalik kepada kesan buruk penderaan kanak-kanak dan apa kaitanya dengan si Johnny dan Amber  ni. Mereka berdua datang dari latar belakang keluarga yang hampir sama. Masa kecik-kecik lagi diorang selalu jadi mangsa dera kena balun mak bapak diorang.

Paling teruk emak kepada si Johnny ni. Selain mendera memang suka kutuk-kutuk fizikal.

Johnny ingatkan perkara tersebut adalah normal sehingga sampai satu tahap umur dia boleh berfikir apa yang berlaku sebenarnya tidak betul.

Jika anda mengikuti kisah dua aktor hollywood ini, anda akan dapat melihat sisi gelap kesan buruk penderaan kanak-kanak apabila mereka ini meningkat dewasa.

 

Perkara ini kita dapat nilai sendiri berdasarkan kisah  yang berlaku di antara Johny Deep dan Amber Heard

 

1# Menyebabkan Kecelaruan Personaliti Narkisistik (NPD)

kesan buruk penderaan kanak-kanak

Amber di dikatakan mempunyai narsistik . Ianya menyebabkan Amber hanya pentingkan diri sendiri, memuja atau me­nga­gumi diri sendiri dengan berlebihan. Merasakan dia sentiasa betul, walaupun apa yang dilakukan tidak betul. Dia percaya dengan semua penipuan yang dia cipta sendiri dan nak satu dunia percaya kepada dia.

2# Mewarisi Perangai Sifat Kasar dan Baran

Amber hilang semua kawan sehinggakan di makhamah. Pada setiap hari dia hanya ditemani oleh adiknya bernama Whitney. Kenapa ramai yang tinggalkan Amber? Menurut Johnny, Whiteney juga tidak terlepas jadi mangsa belasahan Amber.

 

3# Impak Psikologi Dan Emosi

Kemampuan untuk mengawal emosi dalam keadaan tertekan akan ditunjukkan dalam performance kita. Bila kita sudah tak boleh mengawal apa yang kita fikir, emosi dan kelakuan maka kita akan gagal untuk kawal perkara lain.

Ini dapat di lihat dan saksikan sendiri oleh ramai orang ketika kes saman fitnah Depp terhadap Amber di makhamah.

 

4# Menganggap Kekerasan Perkara Biasa

Mereka yang selalu di dera semasa kanak-kanak lagi, mungkin percaya bahawa keganasan adalah perkara biasa daripada hubungan kekeluargaan.

Itulah yang berlaku kepada Amber yang menyebabkan dia selalu memukul orang di sekitarnya tanpa rasa bersalah termasuklah Johnny Deep bekas suaminya.

 

Johnny Depp juga sendiri mengaku, hanya selepas usianya meningkat baru dia sedar dan tahu bahawa yang dia merupakan mangsa kes penderaan kanak-kanak, dan apa yang dilakukan oleh ibu bapa kepada dirinya adalah sesuatu yang tidak normal

 

Apa Kata Pakar

Menurut Dr. Farah Putrinegara Ahmad Bahrom, pakar psikologi Malaysia kesan buruk penderaan kanak-kanak ini akan memberi kesan negative dari segeri psikologi kanak-kanak tersebut.

Selain itu ianya juga akan boleh menyebakan beberapa masalah psikologi dan emosi yang lain seperti

  • Perasaan takut
  • Anxiety
  • Insomnia
  • Cepat stress
  • Bersendiri
  • Rasa sunyi

Keganasan akan menyebabkan kanak-kanak berasa keliru, sedih, marah dan takut. Cara mereka menyatakan perasaan masing-masing bergantung kepada umur dan tahap pembesaran mereka.

Perasaan bayi dan kanak-kanak kecil digambarkan dalam tingkah laku mereka. Kanak-kanak akan secara tidak langsung menjadi tertekan sekiranya ibu bapa tertekan.

Kanak-kanak kecil boleh menyalahkan diri mereka disebabkan oleh keganasan manakala kanak-kanak sekolah mahu menyembunyikan segala yang berlaku di rumah mereka daripada rakan-rakan.

Remaja mungkin berasa marah dan menyalahkan ibubapa yang ganas atau ibu bapa yang mendera. Mereka juga mungkin berasa geram atau terbeban kerana terpaksa melindungi ahli keluarga yang didera.

 

Sesetengah mereka boleh melibatkan diri dalam tingkah laku ganas atau mengambil risiko yang berbahaya.

Keganasan Rumah Tangga Faktor Penderaan Kanak-Kanak

Keganasan rumah tangga amat merosakkan kanak-kanak sama ada mereka mengalaminya sendiri atau melihat atau mendengar apabila ia berlaku terhadap ibu bapa, abang atau kakak.

Diperlakukan dengan keganasan dan menyaksikan keganasan memberi kesan kepada kanak-kanak daripada semua peringkat umur dan boleh mempengaruhi cara bagaimana mereka menangani konflik sepanjang hayat mereka kemudian.

Mereka mungkin percaya bahawa keganasan adalah perkara biasa daripada hubungan kekeluargaan.

 

Kesimpulan

johnny-depp-amber-heard

Daripada kisah Johny Deep dan bekas isterinya Amber itu sendiri kita dapat menyaksikan bagaimana kesan penderaan kanak-kanak itu mempengaruhi perwatakan dan tingkalu seseorang apabila mereka meningkat dewasa. Walaupun tiada kajian secara terperinci dijalankan terhadap kedua mereka.

 

Namun penderaan kanak-kanak ini memang tidak seharunsya berlaku dan perlu dihentikan. Jika anda melihat berlaku kes penderaan segera laporkan.

 

Akta Kanak-Kanak

SEKSYEN 28 AKK 2001 – Menyatakan mana-mana agggota keluarga yang mensyaki penderaan atau pengabaian kanak-kanak  wajib melaporkan kes kepada pihak berkuasa polis atau JKM. Mana-mana anggota yang gagal melaporkan jika disabitkan akan dikenakan hukuman denda tidak mellebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali

SESKYEN 29A AKK 2001 – Menyatakan bahawa mana-mana orang awam boleh melaporkan aduan penderaan dan pengabaian kanak-kanak kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat

 

Cara Melaporkan Kes Penderaan Kanak -Kanak

  • Melaporkan kes penderaan kepada JKM/Polis;
  • Pelaporan kes penderaan boleh dibuat kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal atau membuat aduan melalui Talian Kasih 15999; ATAU Whatsapp 019-26 15999
  • Aduan penderaan kanak-kanak boleh dilakukan melalui Twitter, Facebook KPWKM, JKM; Instagram

 

Pesan Mak Jah anak ialah satu amanah, ujian dan anugerah yang sangat berharga kurniaan dari Allah kepada hambanya.

Mereka dipinjamkan kepada kita yang mana harus dipelihara, dijaga dan dididik dengan sebaik-baiknya termasuk memastikan keselamatannya di dunia dan di akhirat.

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

 

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.