Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

,

5 Punca Tumit Kaki Merekah Yang Anda Tak Sedar

5 Punca Tumit Kaki Merekah Yang Anda Tak Sedar

Tumit kaki merekah ni tidak mengapa kan Tok Wan, elok tersorok bawah kaki. Siapa saja yang nak tengok? Ya, Tok Wan setuju. Namun, kecantikan tidak terhad kepada rupa paras sahaja.

Namun, semua orang menilai individu yang lain melalui pandang pertama atau orang putih kata ‘first impression’. Untuk lelaki mungkin tidak menjadi masalah tetapi dirisaukan untuk para wanita. Dari hujung rambut sampai hujung kaki akan diperhatikan.

Apabila sampai hujung kaki, tumit kaki pula merekah. Terus orang pandang kita tidak pandai menjaga diri walaupun ianya nampak remeh.

Jika ditanya, mereka keliru dan tak tahu mengapa tumit kaki mereka merekah. Mari Tok Wan bantu dan beritahu punca utama tumit kaki merekah supaya anda berwaspada.

 

1. Penggunaan Alas Kaki Yang Salah

tumit kaki merekah alas kaki kasut

Sumber: Pexels.com

Tok Wan tengok ramai yang tak sedar bahawa penggunaan alas kaki yang salah akan membuatkan tumit mereka menebal secara perlahan-lahan.

Antara yang gemar mereka lakukan ialah kerap memakai kasut bertapak nipis atau kasut terbuka di bahagian tumit atau memakai kasut tumit tinggi yang ketat.

Apabila semakin menebal, tumit akan semakin keras dan akhirnya merekah. Pakai kasut bertapak tebal dan bertutup sepenuhnya dapat membantu mengekalkan tumit kaki anda agar sentiasa terpelihara.

 

2. Berat Badan Berlebihan

tumit kaki merekah berat badan

Sumber: Pixabay.com

Tumit kaki adalah bahagian kaki yang paling bawah dan sudah semestinya tugas utamanya adalah menanggung beban berat badan kita apabila kita hendak ke mana-mana. Jadi berat badan dan tumit sangat berkait rapat.

Berat badan yang perlu ditanggung oleh kaki ketika kita berjalan akan memberi tekanan kepada bahagian ini yang dipercayai menyebabkan tumit merekah.

Ia biasanya berlaku pada individu yang banyak berdiri atau berjalan dalam jangka masa lama mengikut rutin harian individu tersebut.

 

3. Sabun Yang Tak Sesuai

tumit kaki merekah sabun tak sesuai

Sumber: Unsplash.com

Apabila kita mandi sudah semestinya kita memakai sabun untuk membersihkan seluruh badan kita. Tetapi, penggunaan sabun yang tak sesuai boleh mengeringkan kulit kita.

Paras pH semula jadi kulit badan manusia adalah sekitar 4.5 hingga 5.5 iaitu sedikit berasid. Nilai ini juga bergantung kepada skala asid kerana kulit adalah sistem pertahanan pertama yang menghalang segala jenis bakteria.

Lapisan asid memberikan kuasa kepada kulit untuk melindungi kita daripada kuman, bakteria, angin dan pencemaran. Ia juga berfungsi mengekalkan kelembapan seluruh kulit badan kita seperti tumit.

Jadi apabila pergi ke kedai untuk membeli sabun mandi, Tok Wan ingatkan anda ambil sedikit masa untuk melihat paras pH yang sesuai untuk jaga kulit anda termasuk tumit kaki.

 

4. Suhu Yang Tak Sesuai

tumit kaki merekah suhu tak sesuai

Sumber: Pixabay.com

Kulit kita sangat istimewa. Kulit di tumit kaki juga amat sensitif dan boleh menjadi kering akibat tindak balas suhu di persekitaran kita seperti cuaca yang tidak menentu.

Kulit akan menjadi kering apabila sering terdedah atau duduk di kawasan bersuhu sejuk. Individu yang mempunyai pekerjaan di dalam pejabat berhawa dingin mudah terdedah dengan risiko ini.

Bukan sahaja suhu sejuk mempengaruhi kulit kering ini, suhu yang panas juga perlu kita jaga-jaga. Rutin kita seperti mandi air panas terlalu lama boleh menghilangkan kelembapan semula jadi kulit.

Manja betul kulit kita ni. Jadi, Tok Wan nasihatkan sentiasa berwaspada dan bersederhana apabila di mana sahaja.

 

5. Pemakanan Tidak Seimbang

tumit kaki merekah pemakanan tidak seimbang

Sumber: Unsplash.com

Kita adalah apa yang kita makan. Dalaman badan kita sangat bergantung kepada apa yang kita makan dalam seharian untuk kita kekal bertenaga dan sihat.

Baca juga : 8 Makanan Booster Tenaga Terbaik Yang Ada di Rumah Anda

Kegagalan individu mengambil makanan seimbang juga mendorong kepada permasalahan kulit kering dan tumit kaki merekah. Kekurangan nutrisi seperti vitamin, mineral, zat zink dan asid lemak Omega-3 boleh menyebabkan rekahan tumit.

Cadangan hidangan yang Tok Wan sarankan untuk kulit sehingga tumit kekal cantik adalah seperti bijirin, sumber zat besi dan zink mudah seperi ayam serta kalsium seperti susu lembu atau susu kambing.

 

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.