Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

6 Punca Tak Boleh Tidur Lena Pada Waktu Malam

punca tak boleh tidur malam

Dah pejam mata pun masih tak boleh tidur. Tok Wan faham ramai anak muda sekarang menghadapi masalah sukar untuk tidur malam walaupun dah 2-3 jam baring atas katil. Daripada baring secara mengiring sampailah baring meniarap.

Mata masih tak mahu terpejam dan sukar betul dan tidur. 

Risau juga bila ramai mengadu dekat Tok Wan ada masalah susah nak tidur malam. Haritu Tok Wan dah share punca ngantuk walaupun dah tidur cukup.

Oleh itu, hari ini Tok Wan rasa kena mula kongsikan kepada korang semua apa sebenar punca tak boleh tidur ini.

 

Punca Anda Tak Boleh Tidur Malam : 

1. Petanda ada Masalah Mental

punca tak boleh tidur - 01

Orang yang ada masalah tekanan perasaan yang berlebihan dan kemurungan yang melampau boleh memberikan kesan kepada sukar tidur.

Malah inilah juga yang disebutkan oleh pakar Prof Madya Dr Azlin Baharudin, bahawa ini penyakit mental yang berkait rapat dengan gejala insomnia.

Insomnia ialah gangguan tidur biasa yang boleh menyebabkan sukar untuk tidur, sukar untuk terus tidur, atau menyebabkan anda bangun terlalu awal dan tidak dapat tidur semula.Anda mungkin masih berasa letih apabila anda bangun. 

Setiap orang memerlukan jumlah tidur yang berbeza-beza bagi setiap orang, tetapi kebanyakan orang dewasa memerlukan tujuh hingga lapan jam setiap malam.

Sebab itu Tok Wan sarankan pergi terus berjumpa doktor jika terlampau kerap ataupun tak boleh tidur selama berhari-hari.

 

2. Dengkur dan Sleep Apnea

punca tak boleh tidur - 02

Tok Wan tahu mesti ada diantara korang semua yang ada masalah tidur berdengkur dan kerap kali terjaga ditengah malam. Masalah dengkur ini bukanlah petanda masalah yang serius tetapi merupakan salah satu petanda kepada penyakit ‘sleep apnea’.

Sleep Apnea adalah salah satu masalah yang menyebabkan seseorang berhenti bernafas ketika tidur selama beberapa saat. Disebabkan masalah ini terjadilah bunyi dengkuran.

Seseorang yang ada masalah tidur berdengkur, badannya terpaksa bekerja keras untuk bernafas kuat bagi mendapatkan oksigen. Dan kebanyakkan orang tidar sedar yang mereka sebenarnya ada masalah tidur berdengkur kecuali pasangan mereka yang tidur sebelah.

Oleh sebab itu, pentingnya rawatan awal untuk masalah tidur berdengkur ini sebelum menjadi masalah yang lebih besar seperti masalah sesak nafas.

 

3. Mengandung

punca tak boleh tidur - 03

Ramai ibu yang mengandung selalu alami masalah sukar untuk tidur disebabkan keletihan dan kerisauan kepada kandungan yang sedang membesar.

Tok Wan tahu yang ibu mengandung ni ada bermacam ragam terutamanya ketika ada yang mengidam nak makan, ada yang loya dan kerap muntah.

Semua perkara ini pastinya akan membuatkan si ibu sukar untuk lelapkan mata walaupun badan sudah terlalu letih.

Suami seharusnya memberi sokongan moral dan perhatian yang lebih sama ada semasa tempoh mengandung ataupun setelah melahirkan anak.

Kena bantu isteri anda dapatkan tidur yang lebih lena untuk memastikan kandungan berada dalam keadaan yang sihat.

 

4. Mimpi Ngeri

punca tak boleh tidur - 04

Tok Wan rasa Ini mesti kes sebab tak baca doa sebelum tidur sampai boleh tidur dapat mimpi ngeri. Bila dah mimpi ngeri mesti susah nak tidur semula sebab rasa seram dan takut.

Sebab itu Tokwan biasa nasihat dekat cucu untuk pastikan berwuduk sebelum tidur dan membaca doa.

Ini supaya tidurnya tidak diganggu oleh makhluk halus dan ini juga merupakah salah satu adab yang boleh dibuat sebelum tidur.

Antara contoh sunnah nabi yang kita boleh ikut adalah kena meludah tanpa air liur ke sebelah kiri ketika bermimpi buruk. Kemudian membaca (أَعُوْذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطٰانِ الرَّجِيْمِ).

Insya allah Tokwan yakin dapat mengurangkan anda kerap bermimpi perkara yang tidak elok dan mengerikan.

5. Gaya Hidup Yang Tidak Sihat

Ramai orang sekarang tidak dapat mengamalkan gaya hidup sihat disebabkan kesibukan kerja dari pagi hingga ke petang.

Bukan sahaja tidur tidak cukup malah ada yang sampai terlupa nak makan.

Gaya hidup tidak sihat seperti menghadap skrin melebihi had masa boleh menyebabkan mata mendapat cahaya berlebihan. Hal ini boleh menyebabkan mata menjadi kering dan sukar untuk tidur.

Tok Wan juga nak nasihat supaya setiap orang kena mula bersenam sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Yelah, bukan apa tubuh badan kita ini hendak dijaga dari awal sebelum jatuh sakit. Bak kata orang tua dahulu, ‘beringat sebelum kena’

 

6. Penggunaan Ubat-Ubatan

Pengambilan ubat-ubatan pastinya ada memberikan kesan kepada tubuh badan kita. Ada sesetengah ubat yang bila kita makan boleh menyebabkan kita tidak boleh tidur.

Oleh sebab itu, penting kita mengambil ubat mengikut dos dan masa yang sudah ditetapkan oleh doktor.

Tok Wan harap janganlah ada diantara kita yang mengambil ubat lebih dos ataupun memakan ubat yang sebarangan.

Risau juga nanti akan berikan kesan kepada buah pinggang dan jantung.

 

Jadi, Tok Wan harap korang dapat kenal pasti punca korang tak boleh tidur berdasarkan perkongsian kali ini. Moga bermanfaat dan jangan lupa share dekat kawan-kawan.

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

 

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.