Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

Bahaya Ubat Batuk & Tips Tradisional Bagus Untuk Buang Kahak

bahaya ubat batuk tradisional

Bahaya ubat batuk dan cara tradisional bagus untuk buang kahak. Asslamulaikum semua, memandangkan Tok Wan tak pernah sentuh tentang bahaya dan kesan buruk ubat batuk pada umum, Mak Jah rasa elok la Mak Jah saja kongsikan.

Sejak dua tahun lalu Covid-19 melanda, ramai yang jadi fobia bila dengar orang batuk-batuk ni. Lagi-lagi bila anak kecik yang kena. Seriau terus jadinya.

 

Dengar saja batuk terus cepat-cepat cari ubat batuk. Ramai lagi rasanya yang tak tahu tentang bahaya ubat batuk ni. Isu pasal ubat batuk ni, seingat Mak Jah pernah jugak la viral satu ketika dahulu dekat negara kita Malaysia ni, kalau tak salah mak jah sekitar tahun 90’an atau awal 2000 macam tu.

 

Bahaya Ubat Batuk

Masa tu top kes penggunaan ubat batuk secara berlebihan, yang mana ianya boleh menjadi ketagih dengan kesan daripada ubat batuk.

Golongan yang dikesan terlibat dengan penyalahgunaan ubat batuk terdiri daripada remaja yang bermasalah (pelajar merokok, yang pernah menghisap ganja dan pernah menghidu gam), individu yang tertekan, bekas penagih dan penagih yang tidak mendapat bekalan dadah.

 

Menurut Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia kebiasaannya, penyalah guna ubat batuk meminum lebih daripada dos yang disyorkan untuk mendapatkan kesan serta merta drug kodein.

Kodein adalah sejenis drug penahan sakit. Ia lebih berkesan apabila berubah menjadi morfin di dalam tubuh. Kombinasi kodein dan aspirin atau asetaminofen menghasilkan kesan yang lebih hebat.

Bagaimanapun, pengambilan ubat batuk mengandungi kodein berlebihan akan memberi kesan mengantuk serta mengurangkan tahap aktiviti mental, rasa pening, mual dan seterusnya muntah.

 

Kesan pengambilan drug berlebihan melalui mulut akan menunjukkan kesan ketagih dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi. Penagih akan mengalami kerosakan paru-paru, hati, sistem penghadaman (zat makanan tidak mencukupi) dan buah pinggang.

Otot-otot badan mengecut (badan lesu dan tidak bermaya) dan berat badan menurun. Penagih selalunya akan sentiasa berada dalam keadaan lalai, lali dan hanya berminat untuk tidur. Ramai di antara mereka menemui ajal semasa tidur.

 

Sebab itu pengambilan ubat batuk farmasi perlu mengikut aturan pengambilan daripada nasihat daripada doktor. Dan tidak boleh di ambil secara suka-suka tanpa merujuk doktor atau pakar perubatan

 

Ubat Batuk Tradisional

Habis tu mak jah takan nak biar ja? Boleh ke sembuh sendiri..

Kahak banyak ni…lagi-lagi anak-anak, tak selesa…

Bertenang..bagusnya korang pembaca duniakesihatan ni insyallah selagi hayat di kandung badan Tok Wan dan Mak Jah akan berkongsi dengan korang apa sahaja tentang kesihatan

 

Ubat Batuk Tradisional Hilangkan Kahak

 

Batuk merupakan salah satu tindak balas refleks tubuh badan untuk melegakan tekak dan salur pernafasan. Walau bagaimanapun, jika batuk berlarutan ia akan mendatangkan masalah kesihatan. Kebiasaannya, seseorang individu akan mencari ubat untuk melegakan batuk disebabkan ketidakselesaan yang dialaminya.

 

Jadi kali ni Maj Jah kongsikan petua dan tips dari Dr Rizal Abu Bakar beserta penyediaanya. Tips kali ini menggunakan campuran madu bersama bawang sebagai alternatif, ubat batuk tradisional yang bagus dan tidak beri kesan negatif

ubat batuk tradisional

Sumber : Dr Rizal Abu Bakar

Bahan yang diperlukan

Caranya ialah:

  1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
  2. Leraikan ulas bawang tersebut.
  3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
  4. Gaulkan biar rata.
  5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
  6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
  7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.

 

Bagaimana dengan bawang yang tinggal tu? Kalau ada selera telan. Kalau tak ada selera, pandai-pandailah membuat keputusan. Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega tekak jadinya. Bolehlah cuba.

 

Lepas dah cuba nanti, korang boleh lah bagitau Mak Jah kesanya ok ke tak untuk korang. Atau kalau korang ada tips atau kaedah lain, boleh jugak kongsikan dengan Maj Jah dengan komen di bawah ni

 

Kalau sebelum ni ramai yang guna ubat batuk,  yang kita tak tahu pun memberi kesan negatif. Mengapa kita tak cuba ubat batuk tradisional ni yang kita sendiri boleh buat dan tahu apa bahan yang digunakan..malah yang tidak beri kesan negatif diragukan?

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

 

 

 

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.