Pernah tak anda mata kiri atas bergerak –gerak ? Ala mata berkedip-kedip atau orang kita selalu panggil mata ‘bergerenyet’.
Dulu-dulu masa Tok Wan masi kecik la, ibu Tok Wan cakap kalau kelopak mata sebelah kiri bahagian atas berkedip, tu tandanya ada orang yang jauh atau lama terpisah mahu berjumpa dengan kita.
Kalau yang berkedip tu pula kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah, itu petanda ada berita kurang baik/musibah yang akan berlaku.
Sejauh mana kesahihanya Tok Wan pun tak tahulah. Bagi Tok Wan benda-benda macam ni kita tak pelu terlalu fikir, kata-kata atau ramalan orang dulu-dulu ini, nanti terpesong pula akidah kita dan boleh membawa kepada syirik.
Sebagai orang islam, kita kena sentiasa berdoa memohon pada Allah SWT agar dijauhkan daripada segala bencana dan bahaya.
Table of Contents
Mata Kiri Atas Bergerak – Punca Dan Sebabnya
Sumber : indianexpress.com
Berbalik kepada topik kita tentang mata kiri atas bergerak, situasi ni di dalam dunia perubatan modem di kenali sebagai ‘Eye Twitching’ atau ‘Myokymia’ dan dalam bahasa melayunya juga dipanggil mata bergerak-gerak.
Kejadian mata berkedip ini berlaku pada bahagian otot muka dan bahagian otot mata. Kerdipan ini tidak semestinya hanya berlaku pada mata sebelah kiri bahagian atas. Ianya boleh berlaku sama ada di atas matamahupun bawah mata kita.
Jadi apa sebenarnya petanda dan punca mata kita berkedip-kedip secara tiba-tiba?
Kekeringan Mata
Sumber : lifesytle.bisnes.com
Kekeringan pada mata biasa berlaku mengikut keadaan usia tua seperti mereka yang berumur 50 tahun ke atas kerana pada usia ini terdapat perubahan pada badan.
Salah satu faktor yang menyebabkan kekeringan pada mata untuk golongan yang berusia ni adalah penurunan kemampuan mengeluarkan air mata.
Selain itu, sejarah penggunaan vitamin juga memberi kesan kepada kelembapan mata. Peningkatan usia juga akan menyebabkan kita mengalami perubahan hormone. Kaum wanita pula lebih terdedah kepada masalah mata kering, disebabkan oleh kehamilan, pengambilan pil perancang, dan menopaus yang disebabkan oleh hormone.
Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant) dan pemakai kanta sentuh.
Kafein dan Alkohol Berlebihan
Sumber : comunicaffe.com
Kebanyakan pakar kesihatan mata pula percaya, bahawa mengambil minuman berkafein atau alkohol secara berlebihan akan menyumbang kepada masalah ‘eye twitching’
Terlalu Penat
Terlalu penat dan kurang tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain juga boleh menjadi punca kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi adalah penawar dan cara yang paling terbaik untuk merehatkan mata untuk menyelesaikan masalah mata berkedip-kedip.
Susah tidur? Ketahui 6 Punca Tak Boleh Tidur Lena Pada Waktu Malam
Stress
Bagi sesetengah orang, ketika dalam keadaan yang tertekan, mereka akan mengalami ketenganggan pada mata yang mana ianya merupakan tindak balas dari reaksi tubuh ketika mengalami stress. Jika anda alami situati sebegini, anda disarankan untuk mengurangkan punca stress bagi mengelak daripada berlakunya eye twitching.
Ketegangan Mata
Ianya sering berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah rabun dan menggunakan cermin mata. Tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan. Situasi ini akan menyebabkan eye twitching.
Anda disarankan membuat pemeriksaan mata untuk mendapatkan kuasa kacamata yang baru. ataupun anda boleh cuba ambil/amal Ains Tablet ni ianya berfungsi untuk turunkan power mata bagi mereka yang ada masalah mata rabun.
Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, ianya juga boleh mengundang kepada masalah ini. Untuk menjaga mata anda, Tok Wan cadangkan untuk anda memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer yang mempunyai lapisan kanta untuk menahan gelombang elektromagnetik dan pelepasan cahaya biru dan ungu yang berlebihan. Juga, lapisan pelindung menghilangkan silau dari permukaan monitor..
Lepas ni kalau terjadi mata kiri atas bergerak -gerak tu, sekurang-kurangnya anda dah tahu dah puncanya
Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan