Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

5 Tips Kawal Berat Badan Semasa Musim Perayaan

Setelah sebulan berpuasa, tibalah bulan Ramadan yang dinanti untuk diraikan untuk insan tersayang. Berat yang turun semasa bulan Ramadan biasanya akan naik Kembali kerana teruja hendak mencuba macam-macam juadah. Tok Wan pasti ramai risau dan nak kawal berat badan yang dah hilang masa berpuasa dan kekalkan bentuk badan ideal.

Di sini Tok Wan senaraikan 5 tips mudah nak kawal berat badan semasa mana-mana musim perayaan.

kawal berat badan semasa musim perayaan

Sumber: mstar.com.my

 

Minum Air Kosong Secukupnya

Tips mudah kawal berat badan yang pertama adalah banyakkan meminum air kosong yang secukupnya. Mengapa Tok Wan senaraikan tips ini sebagai yang pertama? Ini kerana air kosong sememangnya ramai tahu mempunyai kesan yang baik pada tubuh.

Ia mudah didapati di mana-mana. Semasa musim perayaan, kita banyak singgah di rumah berlainan dan mudah terdedah dengan cahaya matahari yang menyebabkan badan kita kehilangan banyak air. Jadi dengan minum banyak air kosong, suhu badan kita akan kekal terhidrasi.

Selain itu, air kosong yang secukupnya mampu melancarkan sistem penghadaman dan penting untuk sistem metabolisme badan. Air kosong juga mempunyai kosong kalori dan akan buat kita mudah kenyang dan kita kurang untuk mengambil banyak makanan semasa raya.

 

Alas Perut dengan Makanan Sihat Pada Waktu Pagi

Sebelum pergi trip beraya di rumah orang lain, alas perut dengan makanan yang berkhasiat terlebih dahulu. Tok Wan nasihatkan makan beberapa biji kurma di waktu pagi kerana mempunyai kalori yang rendah dan membekalkan tenaga yang cepat.

Selain makanan seperti roti gandum penuh, susu rendah lemak dan buah-buahan juga baik untuk dimakan sebelum menikmati hidangan utama lazat yang lain seperti lemang dan rendang.

Kunci utama pada tips ini ialah anda akan merasa kenyang dengan makanan berkhasiat sebelum menikmati juadah hari raya yang lain. Rasa lapar di waktu pagi menyebabkan anda cenderung untuk makan lebih banyak. Jadi, alas perut awal pagi untuk kawal berat badan

 

Sabar, Makan dalam Kuantiti Sederhana

Walaupun anda teruja melihat pelbagai hidangan di atas meja, Tok Wan nasihatkan anda bersabar dan ambil masa untuk menentukan makanan apa yang sepatutnya dimakan dan makanlah dalam kuantiti yang sederhana agar tidak menganggu sistem penghadaman.

Selain itu, pengambilan makanan dalam kuantiti sederhana juga membantu mengelakkan anda daripada mengambil keperluan kalori melebihi had harian anda. Tak tahu nak rujuk mana kalori makanan hari raya agar anda berwaspada? Anda boleh rujuk pada jadual yang disediakan di laman Kevin Zahari ini.

 

Kurangkan Pemgambilan Makanan Berlemak

Pelbagai juadah seperti rendang, ketupat dan lemang mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Oleh itu, anda disarankan untuk elakkan daripada mengambil makanan sebegini dalam kuantiti yang banyak kerana ia boleh menaikkan berat badan anda dengan lebih cepat.

Jaga pemakanan lebih mudah untuk kawal berat badan kerana pemakanan yang betul tanpa senaman juga sangat membantu untuk turunkan dan kawal berat badan.

 

Lebihkan Pengambilan Sayur & Buah-buahan

kawal berat badan pengambilan sayur buah

Kebiasaannya, jarang kita melihat hidangan sayuran disajikan di musim perayaan. Anda boleh mengambil lebih sayur dan buah-buahan ketika makan di rumah kerana ia mampu membekalkan jumlah serat yang cukup untuk melancarkan sistem penghadaman.

Jika anda berada di rumah atau program yang menyediakan jus buah asli tanpa gula putih tambahkan, anda boleh utamakan air jus itu melebihi hidangan air yang lain kerana lebih berkhasiat dan memberikan kesegaran semasa beraya di rumah orang lain.

Untuk kawal berat badan dan mendapatkan berat badan ideal, displin yang kuat dan pengetahuan perlulah berjalan seiring agar mendapat hasil yang diidamkan. Lebih pemakanan tidak salah, tetapi setiap individu perlu bertanggungjawab atas setiap kalori berlebihan yang diambil tersebut.

Nak mulakan langkah pertama untuk bersenam? Anda boleh mulakan senaman berjalan kerana ianya mudah dilakukan di mana-mana dan murah kerana tiada kelengkapan khusus selain kasut yang sesuai.

 

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.