Tok Wan faham ramai yang masih mengantuk setelah habis bersahur dan membuat keputusan untuk tidur selepas sahur walaupun sebentar.
Namun banyak risiko tidur selepas sahur yang anda kena tahu kerana rata-rata daripada kita memang berehat sebentar untuk tidur selepas Subuh.
Mari kita ketahui risiko tidur selepas sahur yang kita kena waspada. Tok Wan juga akan kongsikan syarat bagaimana jika hendak tidur juga selepas waktu sahur.
Table of Contents
Mengapa Tidur Selepas Sahur Berbahaya?
Setelah anda makan, makanan akan dicerna untuk dijadikan nutrien yang diperlukan dan diserap oleh tubuh badan kita.
Makanan yang kaya dengan lemak dan karbohidrat memerlukan waktu untuk dicerna sekurang-kurangnya minima 2 jam. Disebabkan itu, anda tidak disarankan untuk terus melakukan aktiviti berat yang lain seperti bersukan. Ini kerana proses pencernaan memerlukan bekalan darah yang banyak.
Jadi, apabila anda tidur dalam masa 2 jam setelah makan, saluran pencernaan akan terganggu dan menyebabkan proses penyerapan nutrien tubuh akan mengalami gangguan.
Hasilnya, makanan yang dimakan tidak mampu menghasilkan tenaga yang diperlukan tubuh.
Risiko Tidur Selepas Sahur
1. Gangguan Saluran Pencernaan
Secara normal, makanan dalam perut manusia perlu diproses sekitar dua jam setelah makan sehingga kosong. Tetapi, posisi berbaring sewaktu tidur boleh mengganggu proses pengosongan perut tersebut.
Apabila ini berlaku, maka gangguan pencernaan seperti cirit-birit ataupun sembelit boleh terjadi bergantung kepada bahan makanan yang masuk ke dalam perut anda.
Oleh itu, anda dicadangkan untuk mengelakkan makanan kaya lemak, kaya gula, dan kafein dalam menu sahur. Banyakkan menu buah dan sayur agar proses pencernaan menjadi lancar.
2. Boleh Menambahkan Lemak
Tok Wan pasti perkara ini ramai nak elak. Tidur selepas sahur boleh menambahkan lemak bagi yang tak tahu.
Ini disebabkan karena sewaktu tidur, tubuh anda secara automatik akan memerlukan hanya sedikit tenaga, kesannya makanan tidak akan dimanfaatkan sebaliknya bertimbun menjadi lemak.
Hal ini boleh memburukkan keadaan kesihatan terutamanya yang sedang diet dan ingin melangsingkan tubuh.
Akhirnya risiko mengalami obesiti/kegemukan pun semakin meningkat.
Terdapat kajian menjelaskan pada saat tidur terdapat peningkatan kadar hormon grehlin yang boleh membuatkan orang merasa lebih lapar ketika bangun.
Jadi, berpuasa tidak akan menurunkan berat badan jika anda tidak mengatur menu dan tabiat harian dengan sihat.
3. Peningkatan Asid Perut
Proses pencernaan yang melibatkan makanan meransang pengeluaran asid perut. Setiap kali makanan masuk ke dalam badan, asid perut pun akan meningkat.
Keradangan dinding perut akan terjadi apabila makanan tidak tercerna dengan sempurna.
Simptomnya sakit di sekitar hulu hati atau perut kiri bahagian atas, atau rasa panas pada dada. Oleh itu, berhati-hati bagi mereka yang memiliki penyakit gastritis.
4. Refluks Asid Perut atau Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)
Refluks asid terjadi kerana laluan antara perut dan kerongkong tidak tertutup secara sempurna. Hal ini biasanya disebabkan oleh pengaruh graviti iaitu perubahan posisi.
Posisi berbaring boleh menyebabkan makanan yang belum habis dicerna mungkin berpatah balik daripada perut ke kerongkong.
Makanan ini membawa sekali asid perut, yang boleh menyebabkan keradangan, bahkan luka pada kerongkong.
Simptom-simptom refluks adalah seperti rasa panas di dada, sakit kerongkong, mual, sendawa dan mulut terasa pahit.
Hal ini sudah tentu menyebabkan rasa tidak selesa sewaktu berpuasa. GERD boleh dicegah dengan menunggu makanan tercerna sempurna dahulu sebelum memutuskan untuk tidur.
5. Penyebab Strok
Strok merupakan penyakit berbahaya yang ditakuti ramai orang. Strok juga selalu terjadi dengan tiba-tiba tanpa kita sedar.
Strok terbahagi kepada 2 iaitu strok penyumbatan (ischemic) dan strok perdarahan (hemorrhage).
Jenis strok yang terkait dengan kebiasaan tidur setelah makan adalah stroke penyumbatan. Alasannya cukup jelas, iaitu sewaktu tidur, aliran darah ke otak harus tetap berterusan mengikut keperluan.
Apabila perut juga sedang menjalankan aktiviti iaitu mencerna makanan, maka bekalan aliran darah menjadi terbahagi kepada beberapa bahagian.
Dalam jangka panjang, bila kebiasaan ini diteruskan, otak mungkin kekurangan oksigen dan menyebabkan strok.
Bagaimana Cara Untuk Tidur Selepas Sahur?
Nak tidur juga selepas sahur? Boleh, ada cara dan aturannya. Dipetik dari Kompas.com, Dr Ari Fahrial Syam, selaku ahli gastroenterologi dan Dekan Fakulti Kedoktoran Universitas Indonesia menjelaskan tidur selepas makan atau sahur tidak digalakkan bagi orang normal, lagi-lagi mereka yang menghidap GERD.
Baca Juga: Kerap Mengantuk Tapi Tidur Dah Cukup? 7 Punca Sebab Masalah Ini Terjadi
Tambahnya lagi, makanan terakhir sebelum tidur adalah pada jarak sekurang-kurangnya 2 jam bagi mencerna makanan. Selain itu, Dr Ari menyarankan untuk berehat dalam posisi setengah duduk dengan bantal yang ditinggikan.
Mari Buat Aktiviti Bermanfaat Selepas Sahur
Dengan semua perkongsian di atas, Tok Wan cadang kita elakkan kebiasaan tidur setelah makan, terutama sewaktu makan sahur untuk puasa.
Bahaya tidur setelah makan sahur ini tidak boleh dipandang enteng. Jadi, jangan biasakan diri dengan tabiat yang memudaratkan diri dan kesihatan anda.
Sebaiknya kita lakukan hal yang bermanfaat setelah sahur, seperti mengaji, membaca, dan berzikir. Jom jadi lebih sihat dengan berpuasa.
Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan