Blog untuk gaya sihat di hujung jari anda.

5 Tips Melegakan Sakit Pinggang Belakang

sakit pinggang belakang

Hari ni Tok Wan nak kongsi sikit tips melegakan sakit pinggang  belakang. Usia macam Tok Wan ni memang sakit-sakit pinggang dan sakit belakang tu selalu juga la datang, lagi-lagi lepas buat kerja-kerja dekat kampung ni ha..

Dekat kampung ni biasalah, kerja tebas semak-samun dekat dusun, angkut tandan pisang, baiki reban ayam dan macam-macam lagi lah.

Dah tua-tua ni biasalah aktiviti lebih banyak dengan kebun. Tapi Tok Wan percaya masalah sakit pinggang dan sakit belakang ni ramai yang hadapi, tak kira usia muda atau tua.

Pernah tak masa nak buat melakukan aktiviti seharian, anda rasa tidak selasa di sekitar pingang dan bahagian belakang?

Kadangkala rasa lenguh lain macam. Sampai rasa sakit untuk bergerak. Nak berdiri atau duduk pun sakit. Rasa nak baring dan mengeliat saja.

Tanda-tanda ni menunjukkan anda berkemungkinan menghadapi sakit belakang.

 

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sakit belakang adalah penyakit yang sering dihidapi. Setiap orang akan mengalami sekurang-sekurangnya satu episod sakit belakang sewaktu hayatnya.

Maksudnya bila kena sakit belakang atau pingang tu normal. Tapi anda juga tak boleh biarkan perkara ini kerap berlaku. Lebih-lebih lagi jika masi muda, kena peka.

Pinggang nak pakai lama kot. Selagi hayat di kandung badan. Jadi Tok Wan nak bagi ingat sikit, kalau ada rasa sakit-sakit belakang atau pinggang tu, kena tahu punca jangan biarkan.

Sebab, jika biarkan benda ni berlaku kerap, keadaan ini boleh memberi kesan buruk pada tubuh badan anda kerana membataskan pergerakan dan mengganggu aktiviti kehidupan.

Sebelum Tok Wan nak kongsi tips untuk melegakan sakit pinggang dan belakang, elok la kita perhati dulu apa punca kepada masalah ni

Punca Sakit Pinggang Belakang

Sama ada kita sedar atau tidak, punca sakit belakang ni banyak di sebabkan oleh aktiviti atau pekerjaan yang kita buat seharian. Antaranya ;

 

Angkat barang berat

sakit pinggang belakang

Sumber : Pexels.com

Kerja-kerja mengangakat barang-barang berat seperti kotak, almari dan lain-lain boleh memberi tekanan pada bahagian belakang. Kebanyakan kita bila mengangkat berat dengan cara membongkokkan badan. Atau mengangkat barang yang terlalu berat. Perkara ini tidak elok dan menjadi salah satu punca yang kerap menyebabkan ramai yang mengalami sakit-sakit belakang dan pinggang

 

Kerap Membongkok

sakit pinggang belakang

Sumber : Hellosehat.com

Membongkok juga boleh menjadi salah satu faktor berlakunya sakit-sakit belakang, lebih-lebih lagi jika membongkok dalam masa yang lama dan kerap. Keadaan membongkok ni kerap berlaku semasa duduk membuat kerja-kerja pejabat atau ketika mengangkat barang.

Postur badan dan posisi sebegini akan menyebabkan bahagian belakang dan bahu kita mengalami tekanan. Tekanan yang terlalu lama atau kerap, boleh menyebabkan otot kita menjadi keras.

 

Kerap Memakai Kasut Tumit Tinggi Bagi Orang Perempuan

sakit pinggang belakang

Sumber : Pexels.com

Bagi kaum perempuan pula, pemakaian kasut tumit tinggi antara penyumbang ramai wanita menderita sakit belakang. Kasut tumit tinggi, menyebabkan kedudukan tapak kaki menyenget ke atas. Ianya akan menyebabkan tekanan pada tulang belakang pada masa yang lama.

 

Duduk terlalu lama

Sumber : Pexels.com

Kebiasanya mereka yang kerja office atau yang kerja menghadap komputer dalam keadaan yang lama akan mengalami masalah ini. Masalah ini berpunca daripada kedudukan postur badan semasa duduk yang membongkok.

 

Stress

Sesetengah masalah sakit pinggang belakang ni juga boleh berpunca daripada masalah mental seperti stres berlebihan. Selain itu, gangguan tidur atau kurang mendapat rehat yang mencukupi juga boleh menjadi salah satu faktor menyebabkan sakit pada belakang.

 

Menghidap Penyakit Lain

Kebiasaannya penyakit ini berkait rapat dengan bahagian belakang badan seperti masalah urat saraf, jangkitan pada tulang belakang dan kanser.

Selain itu, sakit belakang juga boleh berlaku disebabkan oleh penyakit lain. Antaranya seperti jangkitan pada buang pinggang dan penyakit batu karang.

 

Tips Cara Melegakan Sakit Pinggang  Belakang

Disini Tok Wan kongsikan sikit apa aktiviti yang korang boleh lakukan untuk melegakan sakit-sakit pinggang dan belakang yang korang alami.

 

1. Melakukan Reganggan

sakit pinggang belakang

Sumber : Pexels.com

Tiada yang lebih melegakan bila sakit-sakit pinggang dan belakang ni datang melanda. Apa yang boleh anda buat, adalah berehat seketika dari melakukan aktiviti atau kerja yang anda sedang laksanakan. Ambik 1 minit ke 5 minit. Jika duduk, anda boleh berdiri atau berjalan-jalan keluar dari office dan buat reganggan ringgan.

Contoh aktiviti reganggan yang anda boleh buat seperti berdiri lalu menundukan kepala tangan mencapai lantai. Mengerak-gerakkan tangan dan lain-lain

 

2. Bersenam

Sumber : Pexels.com

Jika anda sudah lama tak bersenam, anda perlu luangkan sedikit masa untuk keluarkan peluh. Lakukan senaman yang melibatkan bahagian belakang badan.

Senaman akan membantu mengurangkan kesakitan dan juga melatih tubuh badan kita untuk lebih kuat

 

3. Menjaga postur dan posisi badan

Sumber : mesotropin.com

Yang ni Tok Wan pun kadang terlupa, ye la benda yang dah jadi kebiasaan ni memang susah nak ubah. Cumanya nak tak nak kita kena juga beringat untuk pastikan agar elakkan dari membongkok kerana ia memberi kesan buruk pada badan anda.

Bagi yang kerja office,jika anda duduk terlalu lama, biasakan untuk bersandar dengan tegak.Boleh sediakan bantal lembut di belakang badan. sebagai sokongan pada tulang belakang dan punggung.

 

4. Jaga Tidur 

Sumber : Pexels.com

Tidur pun kena jaga. Posisi tidur yang salah boleh menyebabkan anda kurang tidur dan sakit pada bahagian belakang pada keesokan hari nya.

Untuk mendapatkan posisi tidur yang betul dan selesa, anda boleh cuba:

  • Tidur mengiring dengan meletakkan bantal di antara kedua-dua lutut
  • Tidur dalam keadaan baring, dan letakkan bantal di bawah lutut
  • Elakkan dari tidur meniarap kerana ia memberi tekanan pada belakang

Atau pun anda boleh semak 6 Punca Tak Boleh Tidur Lena Pada Waktu Malam

 

5Jaga Pemakanan

Sumber : Pexels.com

Ramai yang obesiti, pasti akan mengalami sakit-sakit tulang belakang. Punca berat badan yang berlebihan boleh memberi tekanan pada tulang belakang. Lalu, menyebabkan kesakitan.

Jaga makan ni paling nombor satu dalam nak jaga kesihatan diri. Kebanyakan masalah kesihatan berpunca daripada pemakanan kita.

Nak sihat, nak tak nak kenalah jaga makan

9 Kaedah Terbukti Turun Berat Badan Tanpa Bersenam

Rasanaya apa yang Tok Wan kongsikan, tips melegakan sakit pinggang belakang, ramai dah tahu cuma tak ambik berat. Normal la tu, selagi tak kena selagi tu kita leka. Jadi Tok Wan berkongsi disini sebagai ingat-mengingati kepada perkara yang baik-baik.

 

 

Nak lagi info kesihatan dari DuniaKesihatan.com Bersama Tok Wan dan Mak Jah? Boleh join group Telegram rasmi Dunia Kesihatan. Klik di sini. ->>> https://t.me/duniakesihatan

 

 

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
50 IDEA ASMARA

Related articles

Sihat Hanya Di Hujung Jari

Health blog

Dunia Kesihatan adalah sebuah hub digital media yang memaparkan niche kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup, psikologi, resepi sihat dan makanan.

Dunia Kesihatan

Join Komuniti Kami
Explore Categories

Join Komuniti kami

Nak tips & ilmu yang premium tentang kesihatan. Tekan Butang “Join Telegram Sekarang”.

PERCUMA JERR.